aktiviti orang pencen
>> Tuesday, January 4, 2011
sebelum karut marut berlarutan, ingin diri ini mohon maaf kepada puan zaleha sebab buat entry ini tanpa pengetahuan beliau.. ekekekeke!
puan zaleha baru je pencen secara rasminya pada 24nov 2010 yang lalu.. beliau tetiap ari dari saat sebelom pencen asik mikir nak buat apekebende la bila dia dah pencen... huhu! abes sume idea kuar - sambung keje kat swasta, umrah, haji, projek menghutankan halaman umah, projek jln2 cari mkn, projek hujan emas di negeri orang, projek jual jambu potong, projek jual kueh bengkang, projek menghabeskan duit pencen, projek derma duit pencen untuk mega sale, dan memacam lagik lah... esok pun belum tentu abes i senaraikan sumer idea2 beliau itu.. hihi!
dan... perubahan demam orang pencen tapi tak reti duk diam ini dapat dirasai oleh setiap makhluk yang tinggal berdekatan dengan beliau... "mama tak payah la susah2 masak tiap2 hari.. memang kami lapar tapi kami takmo demok2 cam tenuk!" - ungkapan ini bermain2 di kotak fikiran ku tapi tak sampai ati nak luahkan sebab puan zaleha asik susah hati takde keje nak buat... aisehhh! pada beliau, memasak adalah aktiviti wajib selepas berpencen **mampoih! nak kuruih lagu mana nihhh?**
adik i yang menjalani semester break tempoh hari juga telah dikerah tenaga untuk membantu beliau menyediakan tapak untuk beliau menternak okid dengan jayanya.. sesungguhnya puan zaleha memang orchid maniac! beliau pernah mempunyai orchid house dahulu tapi oleh kerana keluarga beliau selalu hidup nomad (berpindah randah) maka orchid house beliau lama2 kelamaan sudah jadi 'kelawar house'... ekekeekek! dengan masa dan tenaga yang ada, inilah saat yang dinantikan beliau - membina semula orchid house dengan gahnya... good luck mama! u can do it bebeh!!!
semasa sekolah masih cuti, i telah menjadi escort setia beliau bersoping ke sana kemari tak berhenti2 tak penatkah kakimu menari2 di segenap sudut dan ruang soping kompleks di KL hingga ke langkawi... (sila baca dengan satu napasss) diulangi, i escort aje yeh... **duit gaji i dapat awal, maka ianya lesap dengan awal jugak!!**
bukan setakat soping kompleks, pasar pagi, pasar tani, pasar lambak, gerai2 jalan TAR dari satu hujung ke hujung dunia yang lain juga berjaya ditakluk oleh beliau.. makk aiihhh!!!
harap puan zaleha dapat mengharungi liku2 sebagai seorang ahli pencen dengan jayanya... dengan pesanan dari i - takmo dah escort lagik, ma! anak mu ini udah semputtt!!!
0 komenz:
Post a Comment