Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

mak aiii!!!

>> Tuesday, October 18, 2011

assalamualaikum....

giler berdebu belog nih...! huhu~

ekceli byk betul nak dikongsi bersama, tapi kadang rasanya perlu diam sekejap.. sebab berdiam tu selalunya adalah perkara terbaik untuk kita lakukan... lagipun nak bagi u ols out there rindu-rinduan **verangan!** sama i... sebab ada kata2 ABSENCE MAKES HEART GROWS FONDER! wallahhhh!

bisnes NAZA DELIZIA macam biasa.. tak berkembang dan tak menguncup... bukan taknak majukan diri, tapi perlu fokus pada perkara yang lebih penting dahulu.. sebab ada jugak pepatah cakap, jangan sampai YANG DIKEJAR TAK DAPAT, YANG DIKENDONG BERCICIRAN.. **pepatah lagikkk???**

misi nak kurus pun berlangsung separuh jalan saja.. baru mengecut sedikit, then skarang mengembang tak hengat la pulak.. ni sume akibat cuaca yang tidak menentu menjadikan i slalu lapar.. **pulakkkk..???!!** dan misi ni jugak tak bleh nak dilakukan secara total sebab takut menjejaskan fokus utama i... tak bleh nak announce apa dia perkara yang penting sangat sebab rasanya lebih baik begitu.. kepada yang tak pasti tentang fokus utama i tu, mohon jangan membuat spekulasi ye.. KAMU itu adalah seperti BAGAI BURUNG DIPIPISKAN LADA... hakhakhak! **macam tak kene je pepatah ni!**

emosi pun agak stabil kebelakangan ni sebab tak perlu menjadi bini tarzan di sekolah dan aktiviti 'study' banyak dijalankan.. study yang dimaksudkan adalah mengenai matapelajaran yang berkaitan ngan AVON, TUPPERWARE, SENTINI, dan semua katalog yang sewaktu dengannya... kita kene banyakkan ilmu.. dan bila ilmu dah banyak, jadilah seperti padi, SEMAKIN BERISI, SEMAKIN MENUNDUK... **erkkk!**

ok.. sekarang lapar... mari jenguk peti ais 6 pintu i itew!!!

Read more...

solemnization n reception - lisa & syah

>> Thursday, June 9, 2011

ah-ha!!! salam peepers! sorry for the long silence.. tak sah kalo cuti skolah, i pun bercuti dari segala kerja termasuk cuti dari meng-online kan diri..

takde mende interesting sangat time cuti.. lebih kepada sakit jiwa dan raga (dengan soalan2 orang yang merimaskan pankreas dan rektum ku ini)

hanya event besar yg berlaku dalam family.. family saya dan family encek suami.. my parents n parents in law dapat menantu! yeay!! **tetiba!!!*

i letak gamba event kat tanah merah dulu yeh.. yg ini event adik i with his wife, happened at tanah merah kelantan..









HAAAA!!!! gamba yang last ni penting.. sebab ini je air tangan i... hahaha! ini adalah sireh junjung kedua selepas i tolong gubah untuk my buddy - MELLY nyer wedding aritu.. tak kesah la bunga idup campur bunga tak berapa idup ke.. asal pada mata i memang menarik sekali! muahahahaha! puji diri sendiri tak hengat!!! this time i buat tinggi sket, then kelam kabut sebab nak tumbang! wakakaka! lawak la... the most important lesson that i learnt is, ORANG LAIN TAK KESAH, WATPE AKU NAK KESAH...! ekekekekek!

Read more...

hamekkaw!!!

>> Thursday, May 26, 2011

my other blog punya la lama tak hapdet, sekali hapdet... AMEKKK!!! sampai berangkai-rangkai... bukan lepas geram ke hape.. bz dengan preparation my bro wedd, then tempahan untuk naza delizia, then sekarang kene marking paper lagik.. then nak kene packing untuk bertolak ke rumah bakal pengantin lagi.. dengan kereta ku yang kemek itu.. hadeh! mikir je pun dah penat.. hahaha!

peepers, jangan lupa untuk view my new product in NAZA DELIZIA! yeay! actually there are more to come.. cuma i je kadang kalut ntah hape2 ntah.. rasa macam keje banyak.. tapi cek fb hari2 boleh pulak! ahahaha! NGENG BETULLL!!!

by the way, terima kasih kepada customer saya yang dah pun jadik repeat customer dan harap lepas ni leh di cop sebagai regular customer pulak! hehehe! suka! suka! suka! lebih men-suka-kan diri ku ini bila ada tempahan dari luar (tempahan bukan datang dari kawan2) iaitu kak ros, staffness dari GH sultanah bahiyah yang buat special request.. makasih la bebanyak.. ALHAMDULILLAH, mungkin inila rezeki i.. syukur sesangat! harap berterusan la..

projek seterusnya adalah mencari resepi untuk buat popcakes sebagai jualan di bawah anjuran KRS SMKL sebab sekolah i yang comel itu memang tak banyak dapat peruntukan tapi banyak duit nak pakai dan i mahu kasut kawad baru dan i sudah tak mahu pinjam sana sini tebal muka 3 inci dan bila pulangkan kasut rosak dan sebagainya kene repair pastu mahal gilos - abes duit aku!!! (taip dengan 1 napas nih!) doakan kejayaan projek i ini.. harap sangat dapat berjalan sebab i rasa i dah berjuang separuh jalan.. lepas dapat semua yang i nak n i puas hati, then i'll stop.. hehe! (mampos! sampai bila baru nak rasa puas hati??)

oh ya... terlanjur berceloteh pasal KRS,  ingin juga menyampaikan jutaan terima kasih terutama kak lizamurni yang banyak membantu tanpa disuruh.. she's so concern and alert with my condition.. terima kasih banyak2.. jangan ambil pusing apa orang kata, memang di mana2 pun akan ada yang mahu jatuhkan kita.. cukuplah sepanjang handle KRS ni, dah banyak sangat perkara yang i dah belajar.. susah nak dapat team mate macam kak lizamurni! thanks so much ya!! god bless us all!!! ameen!

Read more...

the kitchen...

>> Saturday, May 14, 2011

salam peepers...

hurm.. lemah betul bab2 nak edit gamba.. berpeluh2 i dibuatnya! owh.. before showing you my new kitchen (dapur umah my mom, i ni idop menompang aje), nak jugak announce kat sinih, NAZA DELIZIA sudah mula beroperasi ya! yeay!

dengan customer yg telah meng-oder oreo cheese cake, beliau telah berjaya merasmikan dapur i ini.. makasih ye kak zehan...


dapur yang bersepah, belom 100% dikemaskini sebaiknya.. tp tak sabar nak baking n dah segan reject tempahan kengkawan, maka, inila port terbaru i.. ngehehehehe!

harap dapat beri semangat untuk i teruskan perjuangan dalam dunia pem-baking-ngan.. haha! mampos cikgu midah marah aku kalo baca belog aku ni ha.. ekekeekk!

lately, i agak tak bersemangat.. especially kat tempat keje.. too many rumours, too many controversy, too many potpetpotpet... n baking is one of my therapy.. rasa lega sangat dapat baking! bukan setakat tunaikan tempahan orang, i juga berjaya buat red velvet cake (collaborate with my sis)... nantikan resepi red velvet cake i itu yeh!

notakakikuku: MODE NYUMMEH ACTIVATED!!!!

Read more...

hope everything goes well

>> Wednesday, February 23, 2011

24hb feb, i akan bertolak ke Penang untuk menjalani suatu pembedahan.. doakan semoga semuanya baik2 saja.. dan otomatik i akan rest kejap from taking orders for my cakes... akan mula beroperasi semula pada 28hb feb..

pembedahan apa? nanti i ceritakan.. i bagi clue yeh - it's a bladeless surgery! ecewah! suh main teka2 pulak! haha! sesapa yg baca status fb i, rasanya dah tau kan... hehehe!

so, i'm gonna hav a gud rest afterwards.. n hope i'll be doing well in the surgery.. ramai yang nak tau few info bout surgery ni.. nanti lepas i dah recover, insyaallah i ceritakan step by step bout the surgery, ok?

gonna miss u ols, peepers! wish me luck ya! bubbye! c ya!

Read more...

harimau mati meninggalkan belang

>> Friday, February 18, 2011

salam to all

hari jumaat nan indah ini, tetiba datang seru nak tukaq nama belog kek i tu... sebab i rasa url dia agak panjang.. walaupun ada sedikit nilai2 komersial (perasan ada! haha!) tapi kalo nak buat logo/banner/sticker tak cantek nak tulis panjang2 kan?

i have a few ideas.. dari SYIKIN'S LITTLE KITCHEN  nak tukar kepada NAZA DELIGHT.. why? NAZA is an abbreviation for may dad's n mom's combination name (najib and zaleha)... lagipun my big sis nyer kedai dobi pun bagi nama NAZA DOBI.. hehe! ni kes takda idea lain..

kalo tak best, how bout NAZA DELIZIA... sama ngan naza delight cuma it is translated to italian... i suka yang ni.. macamana? ada pendapat? or any other suggestion?

i tak print out flyers lagi sebab memikirkan perlu edit nama label untuk produk i.. haiya! jenuh juga mikir.. keje sekolah makin berlambak lepas kuar meeting kemarin.. aiya!

Read more...

ALHAMDULILLAH!!!

>> Sunday, February 13, 2011

i feel so grateful! alhamdulillah..!

setakat ini, perjalanan i dalam usaha penghasilan chilled cheese cake tidak berhadapan dengan masalah besar.. this happens bcoz of the supports given from my lovely frens, colleagues and family serta peepers out there... jutaan terima kasih kerana percaya dengan i! i enjoyed making cakes! and of course, there is so much enjoyed to see people enjoying my cakes! alhamdulillah!

progress seterusnya adalah pembikinan flyers.. buat masa ni flyers dibuat dengan design yang simple saja.. sbg permulaan, kata org.. i juga dah menempah design utk header blog, watermark, design utk sticker, dan design untuk bisnes card... tempah design je.. tunggu dah maju sket baru hantar untuk printing purpose.. kenapa perlu tempah awal? sebab jiya (designer) adalah sangat sebok dan there are so many people who are still in Q, dan jiya sendiri perlu masa untuk mendapatkan ilham..

and i also already make a new wishlist for SLK! harap2 dapat tunaikan satu persatu wishlist ni... Insyaallah!

  • bigger mixer (industrial mixer)
  • 2 tier oven
  • produce my own gum paste design
  • taking classes on cake deco
  • chiller (to display my cakes)
for the time being, these are the targets... bila dah achieved, then i hav to focus on other target! mak saya cakap, mesti buat satu persatu.. jangan gopoh.. jangan tamak.. jangan menipu!

(BAIIIIKKK MAMAAAA!!)

honestly, i tak mengharapkan untuk menjadi kaya raya.. i tak mengharapkan i jadi jutawan.. baking is my passion.. chilled cheese cake is my specialty... dari banyak2 percubaan, chilled cheese cake kelihatan ada 'laluan' untuk i majukan diri.. i'm juz doing it because i hav passion to it... bukan sebab faktor nak duit or nak kaya.. so, i harap orang diluar sana tak salah anggap.. most of u knew that i'm a teacher.. i bukan mcm sesetengah kakitangan kerajaan yang mengambil kesempatan atas kelonggaran majikan untuk mengaut keuntungan dan memperoleh kekayaan..

i juga rasa berbangga dapat memenuhi keinginan seseorang yang sangat teruja dan teringin dan sangat kempunan or mengidam untuk menikmati cheese cake, tetapi harganya jauh lebih mahal di kebanyakan kedai2 kek.. jika ada yang murah sekalipun, nikmat 'cream cheese' tersebut tiada kerana mereka telah mengurangkan kandungannya.. so, tak rasa cheezy sgt.. tak best, kannn? nama lagi cheese cake...!!!

sekali lagi, ALHAMDULILLAH... esok i akan hantar tempahan pada cikgu suhaina n ustazah robinah.. jumaat ni pula ada order from yana.. tengs guys!



notakakikuku: tak sampai hati nak charge mahal2 kat kawan walaupun ada 'bunyi' suruh i 'up-kan' harga sebab i jual murah sangat! (ekceli, takde la murah SANGATTT! i rasa harga tu juz nice.. bpatutan la.. kan?)

Read more...

terima kasih daun keladi

>> Friday, February 11, 2011

yuhuuuu! u ols, i nak bagitau nih.. ekceli menda ni dah dekat sminggu dah.. tapi baru nak war2kan.. i juz built a new blog for my suka-suki bisnes! cuba lihat di sidebar blog ini... and rajin2 kan klik, comment or jadi follower! hahaha! teruk betul i ni paksa2 org jadik follower.. huhu!

and today's entry for the new blog is:

tips menghasilkan chilled cheese cake yang hebat!!!

wallahhhh!!! ekceli tips ni adalah himpunan peribadi dan pengalaman sendiri sepanjang menghasilkan cheese cake.. harap ianya berguna terutama kepada insan2 yang gila cheese cake macam i.. hihi!

juz klik and support me! tengs ya! harap dapat melangkah lebih jauh selepas ini... amin!

Read more...

minta tolong

>> Saturday, January 15, 2011

saya mohon kepada encek rajin, sila la tampil ke depan untuk membantu saya menghalau encek malas pergi dari sini.. saya mahu minta tolong encek rajin supaya semua kerja saya siap secepat mungkin dan dapat berjimba dan beronggeng tanpa ragu2... huhu! tolong la saya encek rajin... saya tidak mahu seteresss tapi dalam masa yang sama terlalu banyak kerja2 pengkeranian perlu di setel... encek rajin, jika mahu saya melutut sekalipun, siyes-ly saya sanggup sebab saya dah malas tahap dewa ke 8... kalo encek malas naik pangkat lagi, mau pecah buah pinggang saya menanggung keja yang tak siap! huhuhu! saya merayu pada encek rajin.. sila bantu saya... kesian kat saya tau... perut rasa semak (bukan senak), hati rasa mau pecah, otak rasa berat, jantung rasa nak jatuh, jiwa rasa macam kacau dodol... adehhhh!!!!




nota kakikukuku: tiba2 teringin pulak nak makan wajik! **hahhhh?????** (-_- ")

Read more...

senarai kesyukuran - tiru hanis zalikha!

>> Saturday, January 1, 2011



CAKKK!!! ye.. sebab dah gamba cicak kan.. seswaiii youuuu!!! ekekekekek! lappy dah sehat wal-lepat-liat and dapat berbakti semula kepada nusa dan bangsa... **pergh! ayat tak tahannn...**

lepas abes baca ni, kompem ada yang cakap, ala... kalo dah bersyukur, takyah la tulis dalam belog.. dah la tiru cam hanis zalikha... kopi cap kucing la... apa la.. okehhh! wat everrr!!! belog ai kannn.. ada ai kesah?

ekceli, u ols kenal tak ngan hanis zalikha nih? she's my fav blogger.. sila view beliau di sini.. sekian!













eh.. eh.. mana senarai ai? ececececehhh.. buat2 lupa pulak.. ekceli buat senarai ni pun sebab HZ yang sarankan (ok, i bukan fanatik sangat kat dia, tapi bila pikir2 balik, y not?) maybe orang lain tak suka senaraikan secara terbuka.. itu pendapat masing2.. cuma ai pikir sumer ni perlu sebab dapat muhasabah diri kita... ai bukan la nak jadik ustazah kat sinih.. cuma ai rasa idea 'senarai kesyukuran' ni ada baiknya.. itu aje..

  1. i bersyukur sebab ai masih bernapas. takda sesak napas.
  2. i bersyukur kerana dilahirkan sempurna sifat dan anggota.. **menjadi sangat pendiam sewaktu kecil tidak dikira sebagai kecacatan okehhh!**
  3. i bersyukur sebab i takda/belom ada penyakit kronik
  4. i bersyukur walaupun berat badan naik lepas cuti skolah tapi i belom obese (belom lagikkk yeh)
  5. i bersyukur sebab ada yang memahami diri i dan keadaan i.. thanks to them!
  6. i bersyukur dapat buat kueh dan kek menjadi dengan jayanya walaupun kali pertama mencuba resepi tersebut
  7. i bersyukur parents i bahagia and dapat tengok mereka gelak ketawa bersama
  8. i bersyukur ada sisters yang kuat gelak sampai bergegar umah, abes jatuh pasir2 masuk dalam mata.. **adehhh**
  9. i bersyukur ada brothers yang kuat makan tapi tak gemok2
  10. i bersyukur ada anak2 sedara yang comel dan suka ciskek dan eskrem macam i
  11. i bersyukur parents i sanggup bersusah payah untuk kesenangan anak2
  12. i bersyukur ada orang sanggup hadap belog i walaupun dah lama i tak hapdet
  13. i bersyukur ada pekerjaan yang memberi i rejeki tetap walaupun i selalu komplen itu ini
  14. i bersyukur sebab i bekerja di sebuah sekolah berkeluasan kecik - tak penat berjalan jauh n masih boleh pakai heels dengan gahnya
  15. i bersyukur sebab i ada suami sanggup teman i yang penakut turun tingkat bawah umah semata2 i dahaga/lapar
  16. i bersyukur dapat pergi bercuti dengan bongkak tanpa kesah bab2 bayi dan persediaannya
  17. i bersyukur sebab u ols masih membaca point kesyukuran i yang seterusnya
  18. i bersyukur mempunyai kawan2 yang sehingga kini masih rapat dan prihatin
  19. i bersyukur dapat tolong kawan2 i buat persediaan kawin diorang **sukeeee**
  20. i bersyukur resepi yang i publish di salin dan dicuba.. salin saja pun takpe.. buat bekalan di hari muka... hihi!
  21. i bersyukur mempunyai rakan sekerja yang memahami dan sensitif dengan keadaan i
  22. i bersyukur dapat melihat walaupun rabun teruk.. cuma i ada masalah memori sket! ekekekek!
  23. i bersyukur dapat kutip pengalaman yang sangat indah sepanjang berada di tempat orang esp. sarawak
  24. i bersyukur berpeluang menyelam ke dasar laut, menikmati suatu pemandangan yang sangat asing dan luar biasa dan mempunyai lesen SCUBA
  25. i bersyukur mempunyai pengalaman menjaga penguin, seals, anaconda, marmosets, capybara, flamingoes, swans, mandarin ducks, gar fish, mata-mata, pacu, n macam2 jenis animals sepanjang bekerja di underwater world langkawi
  26. i bersyukur masih dapat berkhidmat untuk komuniti walaupun secara tidak langsung
  27. i bersyukur dapat kenal lecturer paling best in the world - Dr. Lee Nyanti
  28. i bersyukur mempunyai bakat dalam seni **boleh la nyanyi sket2... lukis sket2.. buat hantaran sket2...**
  29. i bersyukur dengan semua perkara yang terjadi dalam hidup i kerana memberi i pengalaman
  30. i bersyukur ada antara anak didik i ingatkan i walaupun i tak ajar diorang lagi
  31. i bersyukur orang mengata/mengutuk i - mungkin itulah cara dorang tunjuk yang dorang still ingat kat i
  32. i bersyukur kerana berkebolehan memandu keta, moto, van, pikap
  33. i bersyukur i ada tempat berlindung dan tempat bergantung
  34. i bersyukur umah i ada internet **ekekekekek**
  35. i bersyukur mempunyai mertua yang faham i tak dapat kecek klate dengan jayanya
  36. i bersyukur tahun ni dapat 2 organizer 2011 dengan free
  37. i bersyukur dapat tahan ngantuk walaupun dah dekat 1 pagi niiiii... ** huaaarghhhh!**
  38. i bersyukur kerana i tahu panjang lagi list kesyukuran i
  39. i bersyukur di atas semua yang i pernah achieved walaupun tidaklah hebat mana
  40. i bersyukur sebab rupanya i sedar i perlu hentikan list ni sebelom kena maki! hahahaha!

so, banyak bebenor kalo nak senarai.. memandangkan semua orang dah tido, dan i pulak penakut tinggal sorang2 duk hadap lappy nih.. maka, dengan segala hormatnya i menjemput diri sendiri untuk tido...






nota kakikuku: IT'S 2011! EMBRACE IT WITH JOY AND LOVE...


Read more...

LAPPY TO THE SPA - special edition

>> Sunday, December 26, 2010

lepas ni maybe ai amik masa lama sket untuk update belog ai nih... bukan aii nak pegi bercuti ke europe atau gold coast (seperti yang didambakan) tapi sebab tetiba lappy meragam.. mungkin dah lama tak di belai manja kot... semalam baru scan keseluruhan siap defrag lagik.. tapi masih buat hal... dah bersihkan cecantik ngan baju baru, tak makan saman jugak.. tukar abes LCD skrin protector la.. keyboar protector la.. aiseh... jadi solusi nya adalah LAPPY INGIN SEKALI PEGI KE SPA untuk menenangkan fikiran dan relief stress.. dahhh asik ai je bercuti tak hengat.. lappy juga mau mogok la! aiseh! so, encek lappy... yukk! ke spa yukk!





nota kakikuku: tuan punya lappy tak pulak pegi spa sebab takut encek lappy jeles... ekekekek!

Read more...

random updates

>> Monday, December 13, 2010

hi u ols!!! eh.. eh.. silaps..


ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!

baru la ada imej cikgu cikgi di situ.. haha! susahla ai kalo nak skema manjang macam nih.. boleh keras tulang vertebrata ai nih! hihi!

okeh, memandangkan dah lama ia tak bersiaran, maka tercetuslah random updates di mana terlalu banyak perkara ai nak update tapi tak menyempat sebab sebok berhanimun! ecewah! pasangan berkahwin, sila jeles dengan saya sekarang! ;p

update 1: ai kene jaga exam STPM - sangat sangat sangap! 16hb dec baru abes! yeay! dah tak lama dah.. alhamdulillah...

update 2: ditengah2 kesangapan ai jaga exam, sempat pergi kl 2 kali n berjalan2 hingga ke melaka bandaraya bersejarah! ekceli tak sampai pun ke bandar melaka.. sipi2 dia saja.. haha!

update 3: ai jumpa red indian, tiup2 api, makan2 api.. dorang tak reti makan nasik gamaknya.. hehe! seronok dapat naik gajah n pegang burung vultures bernama stella! nanti ai upload gamba with the details, okeh... percutian kanak2 yang dialami oleh kanak2 macam ai (bajet masih muda belia)

update 4: pegi kl kali kedua adalah untuk survey handphone2 android type yang sangat pemes sekarang... pegi kat low yat plaza adalah suatu yang mengujakan para peminat gajet dan tetiba ai rasa mcm ada kat obersi pulak sebab kat situ penuh ngan foreigners! dan akhir skali telah berjaya merembat sebijik android phone.. tapi bukan ai yang rembat, my hubby! hihi! best! best!

update 5: pegi ke kl kali ini juga adalah untuk attend kenduri anak sedara sepupu mak ai sebelah tok lelaki ai.. (betul ke relationship nih.. ai pun tak sure) hehehe! kira sdara jauhlaaa senang citer..

update 6: on the way balik, ai angkut parents ai n mak sedara ai ke kedah.. penuh kereta n bonet! alhamdulillah, kete tak buat hal.. risau jugak sebab kete tu memang anti giler ngan ai.. tapi kalo hubby yang bawak, sentiasa ok je.. kalo ai yg bawak, macam2 bunyi dia kuarkan.. then enjin asik mati.. then ekon pun asik mati.. nyampah tau! jeles tul ngan ai.. huhu!

update 7: balik umah, kelihatan umah sangat bersih dan aman damai.. terima kasih kepada nazrin adik bongsu ai kerana berjaya memantapkan keadaan rumah n tak buat umah ni macam disko sepanjang ketiadaan parents! haha!

update 8: petang ni sambung jaga exam STPM - ngeng!


sekian update dari saya.. semoga berjumpa di lain kali.. ecewah!

Read more...