Showing posts with label lasik. Show all posts
Showing posts with label lasik. Show all posts

babai lenses! babai spectacles! SAY HI TO LASIK!!!

>> Saturday, March 5, 2011

kemarin i pegi buat follow up for my eyes at optimax.. alhamdulillah.. so far, my 'new pair of eyes' doing great!

selepas i buat lasik ni, ramai yang tanya macam2 soalan.. dan harap entry2 sebelum ni dapat menjawab FAQ u ols itu.. tapi ramai yang perlu tahu sesuatu sebelum menjalani lasik.

  1. buat survey. tanya doc, rakan2 dan pandangan orang ramai. kumpulkan info yang tepat.
  2. sekarang, government hospital pun sudah sediakan khidmat lasik. so, try check at ur nearest GH bout this.
  3. before lasik being done, kene buat eye checking. and before buat eye checking, takleh pakai contact lenses for a week, and 3 weeks for those who wearing toric lenses.
  4. lepas eye checking, tanya seberapa banyak soalan yang boleh. sebab tu sangat penting u ols gather all the info 1st. bila doc explain bout ur eyes, u can argue with the doc pasal info yg u dapat tu untuk dapat further info.. k?
  5. lepas eye checking juga, mata u ols jadi silau. this is because the reaction of the ubat titis yang dorg guna semasa eye checking.. ur pupil (anak mata) become larger (dilated) and too many light enter ur eyes menyebabkan silau. so kene standby sunglasses ya..
  6. ask somebody to drive for u. sebab takut sesetengah orang rasa pening after eye checking. ini bergantung pada individu. ditambah pula rasa silau, so there's be a big possibilities that u can't afford to drive back home
  7. usually, kalo di optimax, doc bagi few choices of doing lasik. tanya doc why and what's the differences and which one is the best for you.
  8. it's ok if tetiba u change ur mind taknak buat lasik.. jangan rasa terpaksa or MESTI BUAT lasik lepas eye checking.. sebab u ols kene ada confidence dulu, baru rasa selesa.. and di optimax, memang doc tak paksa u ols... dia cuma bg choices, kita boleh balik, and pertimbangkan.. bila dah pilih kaedah lasik yang kita mahukan, then juz make a phone call to set the appoinment
  9. pakai baju yang selesa semasa buat eye checking.. sebab u akan masuk dalam bilik2 yg sejuk dan banyak pergerakan bangun-duduk.. ada banyak hi-tech machine over there.. and every machine tak boleh berpindah2 tempat (fixed), so kita as a patient yang kene berpindah2..
  10. jangan pakai mekap semasa LASIK.. takut kandungan mekap menjejaskan proses lasik.
  11. kalo rasa tak selesa, juz inform to ur doc.. biasanya doc akan offer ubat penenang supaya kita tak panik semasa lasik berlangsung.
  12. jika bawa anak kecil, bawa sedikit bekal sebab eye checking biasanya agak lama.. tapi LASIK sangat sekejap! ;P
  13. make sure u ols tak pregnen or tgh breast feed ya... baru buleh buat lasik!
  14. lepas buat lasik, takleh pakai mekap (esp bahagian mata - mascara, eye shadow, etc) for 1-2 weeks and tak boleh main sukan lasak for a month esp diving, swimming
  15. lepas lasik, mesti jaga mata bebaik - takleh gosok mata, prevent from pegi area byk habuk cthnya pasar malam.. nanti kene asap orang bakar sate! haha! sentiasa standby sunglasses ya..
banyak lagi info pasal sebelum and selepas menjalani lasik ni.. yang i listed above are the general things saja.. or kalo u nak dpt info dengan lebih tepat, klik here


kagum dengan kasut biru!! hehe!


setelah i succeed with this LASIK thingy, masih ada orang yang sceptical with it.. dorang masih tak faham mengenai risiko lasik dan selalu mempertikaikan keberkesanan lasik. yang dorang faham, lasik is laser.. macam orang buat laser untuk kanser tu.. ekceli it's not the same.. tapi takpe la, kalo rasa tak selesa, takyah la buat kan.. cuma jangan merendah-rendahkan orang yang yakin dengan cara ini.. everyone got their own opinion.. lagipun we are talking bout the eyes - pancaindera yang penting untuk kita..

kepada yang masih ragu, please.. do gather a lot of info.. bila orang pertikai, u already got all the answers! believe me.. because i'm facing it rite now.. hehe!

Read more...

gadai moto buat lasik pun ok!!!

>> Monday, February 28, 2011

promot optimax - patut dapat lebih diskaun nih! haha! (gambar diambil sejurus selesai menjalani LASIK)


ada mereka yang mempertikaikan harga membuat LASIK surgery nih.. aiseh! ekceli, ini terpulang pada pendapat masing2.. kalo rasa tak berbaloi, takda sapa pun paksa u ols buat.. kan? macam sesetengah orang rasa berbaloi beli kete bmw, merc, lexus, peugot, etc... alang membeli kannn... tapi ada setengah orang rasa baik pakai kancil atau viva je... sep minyak katanya.. TERRRRPULAAANGG.....

to be honest, cost untuk i buat LASIK ni around 5K for both eyes plus medication plus post-surgery eye check-up.. and i yang pilih method custom LASIK.. custom lasik adalah antara jenis lasik yang mahal berbanding kaedah2 lain.. i dah tak hengat nama2 jenis kaedah lasik tu.. i juz ingat aritu doc ada sebut pasal intra lasik, epi lasik, custom lasik ngan ape ntah lagi.. doc akan bagi banyak pilihan untuk kita.. dia takkan paksa kita pilih kaedah yang mahal2.. dia terangkan semua choices that suits with our cases and dia suh kita balik, think and decide.. then call them for an appoinment.. (i cerita ni pengalaman i kat optimax ye.. kat tempat lain, i taktau la layanan dia macamana)

seingat i, optimax offer harga paling rendah around rm1300 per eye.. i dah survey tempat lain, but i rasa optimax's price is very reasonable... sebab tu i pilih optimax.. and i rasa u ols better survey on your own sebab kita perlukan service terbaik dan selesa.. yela.. dah melabur beribu riban kan.. lagipun ni melibatkan pancaindera kita yang penting..

ada orang tetiba datang cerita yang kawan dia pernah buat laser mata dan sekarang ni jadi tak nampak n worst than b4 buat laser.. ok.. u ols tau tak laser yang kebanyakan hospital biasa offer is laser yang betul2 laser, guna pancaran macam atromen tu? laser yang dipanggil LASIK is totally different... memang dia still guna cahaya laser, tetapi bukan dipancarkan directly to our cornea/lenses... tp sinaran yang membentuk gelembung2 udara.. gelembung ini menyimpan  chemical substances untuk reshape cornea/eye lens semasa doc shoot laser ni kat mata.. and everything is computerized yeh.. ni bukan zaman kita baru nak kenal nuklear.. eye laser yang biasa memang mempunyai risiko untuk tidak sembuh.. most cases doc bagi chances 50-50 je...

walaupun i cekgu, tapi still lemah nak terangkan kat u ols.. better u ols pegi optimax, and they will explain everything! hehe! (ekceli too many terms nak kene ingat, tapi bila nak tulis dah lupa.. then susah la nak explain.. huhu)

i tau.. ada orang kata i ni membazir.. and bila sentuh bab duit, mesti otomatik sentuh bab anak.. konon i takda masalah kewangan langsung la kan.. tapi tahukah anda, hanya diri i sendiri yang tahu kedudukan kewangan i? dan i berusaha ke arah ini.. i tak ganggu sesiapa.. so, tolongla.. mana sensitiviti u ols yang konon dah ada anak suppose lebih rasa loving, caring..? ni tidak.. mengalahkan orang mereng... ops!! theheheheeh! mohon maaf dipinta.. selamat hari raya!!! tata!!!

Read more...

risiko lasik dan jaminan

>> Sunday, February 27, 2011

i selalu diajukan soalan ini.. tak sakit ke? takda side effect ke buat laser2 ni? nanti kirannya tak payah pakai spek sepanjang hayat ke?

hurm.. ok.. to be honest, semasa proses lasik berlangsung, takde la rasa sakit bagai nak mati.. ada sket2 je.. ye.. sakit sikit.. dan sikit yang dimaksudkan di sini adalah sakit seperti senak perut.. erk! tak reti la i nak bagi perumpamaan.. ekceli tak de la sakit mana.. rasa tekanan je kat mata disebabkan oleh mesin laser tu sendiri semasa doc nak shoot laser tu je.. YE!!!.. i found the words! it's TEKANAN! bukan rasa sakit..! (-_-)"

side effect? mm.. takda kesan sampingan.. cuma doc tak gerenti 100%.. setakat ni, nisbah client yang mempunyai kesan sampingan adalah 0.1%  bagi seluruh dunia! ye! seluruh dunia! (baca dengan semangat yang membara okehhh!)

dan jaminan selepas membuat lasik agar tidak rabun kembali - TIADA! memang doc tidak memberi sebarang jaminan kerana semua itu bergantung kepada penjagaan mata selepas membuat lasik.. menjaga mata ni maksud dia, jangan baca dalam gelap... jangan tengok tv dekat2... jangan pandang cahaya yang kuat secara direct... jangan main fb lelama... (ops! thehehehe!) sayangi mata anda! sayangi duit anda buat lasik! maka kompem la kene jaga mata tu kan.. lain la kalo nak buat lasik banyak2 kali sebab taktau nak buat ape dah ngan duit tu! hihihi!

satu soalan glamer yang perlu saya jawab - BERBALOI KE BUAT LASIK BERIBU RIBAN NIH?

ok.. ok.. berbaloi atau tidak, itu terpulang.. memang parents saya tak menggalakkan saya buat lasik ni.. tetapi setelah berbincang mengenai keadaan mata saya sekarang dan kos membuat spek baru setiap tahun dan kos contact lenses saya setiap bulan, personally,  i feel it very worth to make it! bayangkan, kanta spek saya untuk kedua- belah mata saja mencecah harga seribu hengget (most of the time lebih dari itu), belum lagi i nak pilih bingkai spek yang cun melecun.. kompem la harga paling lekeh pun 1.5k kan... kalo setiap tahun i spent 1.5k utk spek, plus contact lense i stok untuk 3 bulan  is rm200, tak termasuk solution dia lagik... setahun i belanja rm800 untuk contact lense saja tau... memandangkan i rabun teruk, i takleh pakai contact lense murah or yang biasa orang beli.. contact lens i adalah custom made n perlu ditempah, that's y harga dia lebih mahal...

so, adakah berbaloi membuat lasik? untuk saya, YA! MEMMMAAAANG BERBALOI!!!

Read more...

general thing about LASIK

>> Saturday, February 26, 2011

salam peepers

alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.. 24hb feb aritu i menjalani laser surgery untuk membaiki mata i yang rabun tahap dewa.. dan sekarang, i dah say babai kat spek n contact lenses! no more visual aids for me! yeay! yeay! YEAY!

ramai yang nak tau apa itu lasik n macamana lasik ni boleh memulihkan pandangan rabun.. okeh.. i nak cerita sket.. tapi ni versi yang i paham.. kalo salah or bcanggah ngan doc, sorry ya! hihi! u ols kene buat research sendiri untuk compare info2 yang i bagi nih..

ekceli lasik ni ada mcm2 jenis.. epilasik la.. intra lasik la.. dlm 5-6 jenis jugak la.. semua ni bergantung pada kerosakan mata kita or kaedah yang kita pilih untuk jalankan lasik.

lasik menggunakan laser untuk membentuk semula bahagian dalam kornea mata kita.. bahagian luar kornea tidak akan di laser kan, tapi di potong sedikit untuk dijadikan 'flap', lepas tu flap itu di buka (lift up) and laser akan betulkan mana2 bahagian yg tak betul kat kornea.. kemudian flap akan diturunkan semula (tutup).. kornea kita mengambil masa paling kurang 2 minit untuk tumbuh sel2 baru dan anda boleh recover sepenuhnya dari potongan flap itu paling lama setengah jam! sebab tu buat lasik ni sekejap aje..

waktu i buat lasik ni, mmg nebes plus excited! doc akan tanya whether nak amik ubat penenang ke tak.. ini takda paksaan.. sapa2 yg nebes terlampau, memang i advice u ols amik la ubat tu.. then assisstant doc akan bersihkan sekeliling mata kita, pakai baju, cap n kasut khas, then masuk dlm OT, baring2, usha lampu ijau (penanda supaya mata sentiasa memandang ke depan).. tup2 sekejap je dah selesai! wallahhh!!!

sebenarnya terlalu banyak info yang i nak cerita pasal lasik ni.. tapi sket2 dulu la yeh.. kang pening u ols nak baca entri i panjang2.. ada apa2 yang u ols nak tau, dont be hesitate to ask.. buh la komen kat entry ni.. takmau letak nama pun takpa.. buh la anynomous.. insyaallah, i akan berikan jawapan yang i tahu berdasarkan pengalaman i.. k? till then? cerita ini akan bersambung lagi.. bubbye!!!

Read more...