Showing posts with label emo. Show all posts
Showing posts with label emo. Show all posts

maydayyy!!! mayday!!!

>> Monday, April 11, 2011

adusss!

tak sangka, dah masuk minggu ke 11 i buat training kawad krs ni.. n juz realized how tanned i am! huhu! kalo tanned cam JLo tu, ok jugak.. ni dah macam kuda belang jadiknya! huhuhu!

sewaktu zaman muda remaja dolu2, i walked around the campus (beskal pun tak mampu nak beli) and frequently went to swimming pool and joining the SCUBA activities, most of my frens memang jeles kat i sebab i susah sangat to get tanned... BUT NOWWWW...???? y? y? y? y is this happened to me?

HUWAAAA!!!

siyes belang kat muka n tangan n kaki.. DAMN!! cane nih.. cane? HELP ME PLEASE...!!!




notakakikuku: sedang mencari produk yang berkesan untuk mengurangkan the unevenly skin tone.. huhuhu!

Read more...

kerat lah badan ku ini

>> Monday, March 21, 2011

huhuhu! tajuk memang jenis nak bunuh diri! haha! memang tak boleh blah...






ekceli, i'm not a multitasker person.. but i'll try my best to fits everything in my pocket so there will b nothing left behind.. mungkin, ini sebabnya ai keletihan walaupun sekolah baru saja lepas bercuti..

rutin saya pada hari ini adalah seperti berikut:
  • bgn pagi, gosok gigi... pegi sekolah
  • ngaja macam biasa.. marking buku mcm biasa...masih membuat penambahbaikan terhadap kertas kerja
  • masa free buat slide untuk ngaja esok
  • masa free juga buat surat itu n ini
  • habes skolah 2.05 pm, terus bergegas untuk tuition sains form 3 till 3pm untuk tingkatan 3 ceria
  • meeting panitia sains starts 2.15 until jam berapa pun taktau.. masuk jugak wpun sekejap... tu pun sebab ada yang prihatin memanggil.. tengs ya!
  • 3pm bergegas untuk latihan kawad kaki KRS till 5.30
  • 3pm juga prepare untuk latihan koir till 4.30pm - jenguk mereka berlatih sambil terjerit2 kat budak kawad sebab duk kawad ala lenggang mak minah
  • 5pm ada latihan rumah sukan till 6pm - dalam hati duk doa semoga hujan rahmat turun dengan jayanya!
  • 5pm tetiba dpt call ada meeting ngan sponsor - terpaksa abeskan latihan kawad awal setengah jam
  • diskus itu ini, agreement itu ini dan pilih barang itu ini, abes dalam pukul 6.30pm
  • pukul 7pm baru sampai rumah
12jam sehari ai dah peruntukkan untuk keje sahaja.. hal ini berlaku hampir setiap hari sejak bulan februari.. tapi saya masih tak kurus2 dan selera makan juga tak kurang2... haih... metabolic prob i think... (taknak ngaku badan sudah berusia!! haha!)

tak kesahla if orang nak perli ai nak dapat guru cemerlang ke hape.. and segala rumours yang sampai ke telinga ai tu, memang dah lama ai abaikan.. ai bukan jenis mengacum kat pihak pentadbir ke, or mengadu domba sana sini.. buat je keje memasing, insyaallah takda masalah..

and for the time being, maybe i jarang hapdet belog ai.. ye la.. dalam sekolah tu, i sorang je yang bz.. bz body! haha! so, takyah la susah2 jenguk belog ai kerap2 sangat.. oh ya! sebagai peringatan, this is my personal belog ya! kalo tak reti buat belog, jangan kondem2 orang yang mampu ada belog.. kau adaaa??? hahahaha! (evil laugh)

rupanya tak best jadi orang baik.. bila ada unsur2 kekejaman dalam diri, ai rasa itu yang membuatkan orang sekitar bukak mata.. dan sekarang, lihatlah KEKEJAMAN yang ada dalam diri ai ini! kejam takkk? kejam takkk??? muahahahahaha! (evil laugh lagik sekali)



NGENG!!!

nota kakikuku: mahu tukar lirik lagu 'papa jahat' kepada 'tcer syikin jahat', bolehhh????

Read more...

u can call me desperate - ada ai kesah?

>> Monday, October 11, 2010

kadang, untuk achieve sesuatu, kita akan usahakan dengan besungguh sebab keinginan yang sangat tinggi dan kita jadi tekad untuk dapatkannya... selagi tak bertentangan ngan hukum syara', suppose tak jadi hal untuk mencuba dan berusaha ke arah itu....


yang ai rasa terkilan, when there are mangkuks2 yang mperlekehkan usaha kita.. kamon la people out there.. u ols takkan merasa naik kapal terbang if takda adik beradik Wright's yang gila nak terbang macam burung n invent macam2 untuk terbang... if crazy people macam dua beradik Wright's tu tak wujud, u ols pegi buat Haji naik kapal laut aje tau.. silap2 kene bdayung sendirik!

macam ayam kentaki yang u ols bangga sangat tu, u ols ingat pakcik kolonel tu tak gile ke bertekad nak jual AYAM semata padahal orang bukan kenyang sangat.. ratah2 lauk cenggitu aje.. kalo u ols rasa dia gile, abes, u ols yang bangga makan kentaki tu nak panggil ape? kewarasan dan kebijaksanaan yang melampau?

orang yang invent lampu, telegraf/telepon, enjin/motor, dan sebagainya, sumenye bermula dengan kerja2 gila mereka.. tapi hasilnya sekarang, u ols sendirik pakai sume menda yang direka oleh someone so-called orang gila...

mm... ada orang, nak cantik sanggup potong sana, kerat sini, tambah sana, sumbat sini... takde pulak orang panggil dia gile...

orang berusaha mencari jodoh dengan mandi bunga, orang berusaha dapatkan anak dengan minum air rebus taugeh, orang berusaha nak dapat straight A dalam PMR dengan air penerang hati... itu cara mereka.. kalo u ols tak setuju, jangan perlekeh... kesian kat orang tu.. tak bedosa pun dia nak capai keinginan dia... sebaiknya, u ols doakan la mereka2 yang berusaha keras ni mencapai kejayaan dan sentiasa berada dalam rahmat Allah selalu... kan lebih molek....




notakakikuku: masih berusaha dan takkan pernah berhenti... Insyaallah!

Read more...

mmm... huhuhuhu!

>> Monday, August 23, 2010

kiko tido with my mom


hmm... terasa kiko masih ada kat rumah
kaki masih terasa kiko menggeselkan kepalanya
masih ada bau friskies dan ikan rebus untuk kiko
melihat bekas makanan kiko
hati sayu
kiko tak lalu makan di saat beliau tidak sehat
hanya minum air kosong
makanan kiko selalu di curi oleh kucing jiran sebelah
kiko nampak
tapi hanya biarkan kucing tu amik
kiko kucing baik

kiko tak pernah cakar sofa mama
tak seperti kucing2 sebelum ini
cuma
dek kerana kiko tidak sehat
kiko selalu terberak cair dan terkucil atas sofa
kerana tak dpt mengawal rasa nak tberak n tkucil
kesian kiko

kiko selalu mengalah bila bertembung kucing jantan lain
segera akan berlari masuk rumah
tak mahu cari gaduh
kiko memang kucing yang baik

kiko tak pandai mengorat
kiko takda girlfriend
tapi kiko sangat manja dengan kami semua
kiko suka cari port n bersandar pada kami
kiko manja dan baik

kiko tak pernah berebut time makan
kalo ada kucing lain
kiko akan beri laluan
kiko hanya akan makan jika tiada kucing lain
kiko kucing baik

kiko tahu namanya dipanggil
setiap kali dipanggil, kiko akan segera berlari2 anak
berjumpa dengan orang yang memanggil
terus terlentok atas kaki

kiko asalnya kucing gemok
tak suka main lari2
hanya suka main sambil baring
tapi bila sakit
kiko kurus
perutnya busung
kesian kiko

kiko suka baring terkangkang
tido lena sampai ternganga nampak taring
suka tido beralas bantal di kepala
katil mama jadi mangsa
kiko memang comel

harap kiko tak marahkan kami
melihat betapa sukar kiko mengangkat badan
dengan perutnya yang busung
hati jadi sedih
makanan yang dihidang
hanya dilihat saja oleh kiko
kiko tak lalu makan
harus dipujuk dan dipaksa
barula kiko jamah sedikit
seekor ikan pun tak habes

badan kiko juga juga selekeh
kiko tak mampu membersihkan diri kerana perutnya yang bengkak
anus kiko juga kotor
mama selalu cucikan bontot n telinga kiko
kesian kiko

mama pesan pada kiko
'jangan lupa sebut nama kami sekeluarga di syurga'
kiko hanya memandang dengan pandangan kosong
sayu hati.......

selamat tinggal kiko
harap kiko aman di sana
kami takkan lupakan kiko
sebab kiko kucing baik!
kiko memang kucing yang baik!

Read more...

special dedicated entry - MY DEAR KIKO

>> Sunday, August 22, 2010


at school this morning, i received an sms from my dad - "kiko dah takda. mama dan nazrin pi hantar kat datuk kumbar (vet clinic). tanam pukul 10.17am kat pokok limau. ayah sedih. kiko kucing baik."

all of sudden, my tears running...

kiko suffered having jaundice for a few months... he's having a severe fever n depression.. his stomach getting bigger, swollen due to his liver failure. the disease already caught his kidney and lungs. he hardly to walk n clean himself.

KIKO...
saya sangat sedih dengan pemergian kamu
kamu sememangnya kucing yang baik
tak pernah sesekali mencuri ikan di dapur
(tak macam kucing jiran sebelah!!! i'll kill you!!!)
kamu juga tak pernah bising2 seperti kucing jantan gatal
saya tahu
kamu tidak ada ramai kawan
girlfriend pun takda
maafkan saya kerana menganggap kamu adalah gay
mungkin kamu terlalu menjaga diri dan kehormatan kucing lain
maafkan saya
semoga kamu memaafkan kami sekeluarga
keputusan ini adalah sesuatu yang sukar untuk kami
tapi melihat kesengsaraan kamu
juga membuat hati kami meruntun
maafkan kami, kiko
kami tak pernah menyesal menjaga kamu
walau sebentar cuma

kiko.... saya sayang kamu!!!!!!!

Read more...

**self-monologue**

>> Monday, April 26, 2010

kadang terleka
tersungkur
tersedar
hanya pabila musibah menimpa

kadang hati berduka
bersedih
menangis
tak terfikir mereka yang lebih menderita

kadang bicara merungut
mengkritik
menyoal
tanpa peduli isi hati sekitarnya

bersyukurlah...
pabila diri tersedar dari alpa
pabila diri sebenarnya jauh lebih bertuah
pabila kemaafan masih dapat diberi


sulaman tinta:
~cikgu yang tengah jaga ujian~

nota kakikukuku: jiwa kacau...........

Read more...

cerita orang

>> Friday, April 16, 2010

before i proceed, credit untuk this blog http://puisitepijalan.blogspot.com/
saya peroleh thru fatiha, so thanks to you, ya!

last week, seorang rakan guru telah bercerita perihal anak... saya tahu, niatnya hanya untuk berkongsi cerita, takda niat untuk menyindir atau memperlekehkan saya.. sekadar share the moments yang dia hadapi sendiri...

saya namakan guru ini sebagai A

A bercerita perihal anak dan rezeki. pada mulanya i feel quite offended (yela, bab2 ni memang sensitif bagi orang macam aku dan orang yang faham dunia aku, bukan aku sorang je macam ni sebenarnya). aku ni jenis dengar. kalo rasa tak kene aku smash kan aje. nasib baik aku dengar sampai dia abes cerita. kalo tak, tak pasal2 dia kene smash dengan aku. hehe!

okeh, back to the topic!

akak A pernah ada cubaan untuk mengambil anak angkat beberapa tahun yang lalu. A berjaya memperoleh anak angkat ini melalui sorang rakannya yang juga seorang guru. rakannya membantu kak A ini berjumpa dengan si ibu yang sanggup memberikan anaknya kepada orang lain untuk dipelihara. khabarnya si ibu ini mempunyai anak terlalu ramai dan hidup dalam kesempitan yang amat sangat. perkara ini dapat dilihat sendiri dari keadaan rumah ibu malang ini yang serba daif, hidup sebatang kara..

dengan niat seikhlas-ikhlasnya, kak A ni menyuarakan hasratnya untuk memelihara seorang dari anak ibu malang ni. niat beliau itu dipersetujui oleh si ibu tersebut, maka pulanglah akak A ini bersama seorang anak kecil perempuan yang dikatakan berkulit gelap tetapi sangat comel.

hati akak A ini terubat memandangkan beliau mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat. dengan keletah anak angkatnya itu, akak A semakin bersemangat untuk bkerja, mencari wang dan meluangkan masa di rumah. terbit keceriaan akak A ni semasa beliau ceritakan betapa gembiranya beliau diberi peluang menjaga anak kecil itu.

selang beberapa bulan, kesihatan akak A tidak mengizinkan, memaksa beliau menghantar anak angkatnya itu kepada rakannya utk dijaga sementara waktu. berita ini sampai ke telinga si ibu, lalu terus mahu mengambil semula anaknya. tanpa mahu mendengar alasan kenapa anaknya dijaga oleh orang lain, si ibu ini bertindak kasar dan mahu repot kepada polis atas dakwaan menculik anaknya. si ibu menuduh akak A tidak seorang manusia yang tidak bertanggungjawab.

mahu tidak mahu, akak A tiada pilihan lagi.

seminggu selepas kejadian itu, akak A sudah sehat seperti sediakala dan pergi melawat anak angkatnya kerana hati terlalu rindu. pabila sampai, terkejut besar kak A kerana anak angkatnya itu telah DIJUAL kepada pasangan jutawan! rupanya tindakan si ibu mengambil anaknya semula bukan di atas alasan kak A tidak bertanggungjawab, tetapi si ibu mahu mendapat LABA YANG LEBIH!

sewaktu kak A menceritakan hal ini, rasa sebak dihatinya dapat saya rasai.. sudahla membuat kesalahan kerana memperoleh anak luar nikah, dijualnya pula anak itu demi keuntungan.. ini membuatkan saya berfikir panjang... jika ditakdirkan saya mengambil anak angkat, patut atau tidak saya mengambil kira latarbelakang bayi yang tidak bersalah itu? dosa yang si ibu buat bukannya kecil.. dan bukan sekali dua kesalahan sama dilakukan.. dan adakah pasangan yang membela anak angkat sebegini boleh dikatakan seperti tong sampah atau pembersih najis yang telah dilakukan oleh manusia2 sebegini?

membaca blog yang saya telah link di atas, membuat hati saya terdetik untuk menulis hal ini. owner blog itu juga mengalami perkara yang sama. manusia2 kotor ini tahu mereka boleh menjadi KILANG penghasilan bayi, maka dengan sewenang-wenangnya PRODUK mereka dijual dan mendapat keuntungan yang sangat lumayan.

hurm.. sangat sadis... najis mereka dikutip orang lain dengan niat 'nak membantu' tetapi mereka jenis tak serik2.. seolah2 kita membeli tahi dengan harga ribuan ringgit!

nota kakikuku: sehingga kini akak A masih merindui anak angkatnya dan berdoa agar mereka dipertemukan semula.....

Read more...

serba tak kena

>> Monday, April 5, 2010

kadang kita tak reti bersyukur dengan apa yang telah terbentang di depan mata.. kadang kita juga jadi mangsa keadaan atas kezaliman dan keegoan orang yang berada disekeliling kita.. kalo amik port nanti kena banned.. tak amik port pulak, nanti jadi mangsa buli...

kadang dengan title yang ada, orang salahguna kuasa... tu tak termasuk orang yang gila kuasa, at least dia buat juga kerja dibawah 'kuasa' yang dia pegang... kadang dengan amanah yang diberi, orang buat sambil lewa..

kalo orang ada 'pasang geng', serba tak kena pula.. tak bermesra dengan orang2 begini nanti dikata sombong.. bila bermesra, dituduh kita pula yang 'join the gang'...

kadang orang suka kompelin.. ini sebenarnya termasuk dalam golongan tak reti bersyukur.. ye, saya juga ada kompelin perkara yang tak kena... i admit it.. cuma part yang rasa serba tak kena ni bila ingatkan orang yang kompelin tu pandai dan hebat dalam melakukan keja sebagaimana hebatnya dia kondem orang.. tapi hakikatnya...??? hmm.. payah... payah...

memang susah nak puaskan hati semua pihak.. ye, dalam apa jua hal, memang susah.. tapi, kalo kita melakukan yang terbaik, insyaallah.. akan ada outcome yang baik juga... kita manusia, bukan sempurna seperti TUHAN.. cuma bila ada kekurangan, orang susah nak terima.. terutama bila dah kene atas batang idung sendiri..

suatu organisasi melibatkan ramai orang.. janganlah hanya kerana sorang dua yang tak puas hati, abes memalitkan tahi pada seluruh organisasi terbabit... tolonglah kesiankan pada mereka yang menjadi mangsa keadaan.. kami juga manusia.. tiada sapa mahu keburukan menimpa pada diri sendiri.. yang datang itu adalah ujian, sejauh mana kita dapat bersabar dalam menjalankan tugas dan amanah.. jangan pandai cakap bab2 solat, akidah dan akhlak, tetapi diri sendiri tidak seperti yang diungkapkan...

saya ada banyak kekurangan. saya juga masih belajar. banyak perkara yang masih baru bagi saya. sesetengah perkara memerlukan saya memperuntukkan lebih banyak waktu agar saya dapat memahami dan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. saya juga tahu, ada yang lebih sebok dan lebih banyak tugas dari saya. tetapi kalo kita saling faham memahami dan bertolak ansur, Insyaallah... khabar yang baik akan datang pada kita semua..

duit hasil titik peluh kita hanya DIPINJAMKAN pada kita sebagai harta dunia... ingatlah, bila2 masa saja TUHAN boleh menarik balik anugerah yang dipinjamkan itu.. tugas itu adalah amanah dan tanggungjawab.. anda lebih arif perihal agama berbanding saya.. tapi mengapa begini jadinya?????

nota kakikuku: ada pulak yang terasa.. padahal blog aku ni untuk cerita perihal idup aku dengan environment aku.. takde aku tulis nama sesapa kat sinih.. n takde niat aku nak kondem orang... itula, sapa suruh makan cili.. kan dah cirit!!!!

Read more...

menanti zuriat - isu maruah????

>> Tuesday, March 30, 2010

saya membaca satu blog yang amat menyentuh perasaan saya.. ingin saya kongsi bersama with all the peepers out there.. sebagai suatu ilmu dan juga pandangan peribadi sahaja.. tidak bermaksud untuk menunding jari pada mana2 pihak...

sekarang ni sudah terlalu ramai rakan2 dan kenalan yang berkahwin tetapi masih tidak menampakkan hasil walaupun dah sambut anniversary berulang kali.. tak menampakkan hasil? owh... bagi mereka yang narrow minded, tentu perkataan MANDUL telah terbit keluar dari awan pemikirannya (macam kartun yg kuar lampu dari otak dia tapi dilukis lampu mentol tu dalam awan).. ape2 pun, sebelum saya teruskan, ingin dinyatakan bahawa orang sebegini sebenarnya NGENG!!!

menurut blogger yang berjaya mencuri perhatian saya ini, mempunyai ahli keluarga yang digelar OKU adalah sesuatu yang agak memalukan, terutama bagi keluarga yang tidak redha dengan apa yang telah ditentukan olehNYA.. mempunyai ahli keluarga yang MANDUL juga merupakan sesuatu yang memalukan.. penaakulan mantiknya, golongan OKU = golongan mandul? ye.. itulah realiti... u olz akan jawab TIDAK SAMA tetapi sebenarnya cara u olz treat golongan2 ini sebenarnya tak jauh bezanya.. kannnnn? **sudahla.. korang ngaku je laa...**

saya sendiri dah penat menjawab soalan2 yang sudah tersedia skema jawapannya.. rasa nak rekod suara pun ada.. jawapan cliche sentiasa diberi.. BELUM ADA REZEKI... dan orang kadang tolong jawab sendiri bagi soalan2 yg mereka tanya bila saya tidak menjawab.. dah tau jawapan, watpe nak tanya?? skali lagi, NGENG!!!

bagi mereka yang tidak mengerti, tidakkah mereka tahu bahawa dosa yang paling besar dalam isu ini adalah menuding jari hanya pada si isteri... tahukan anda bahawa untuk menghasilkan janin memerlukan suami? memang subjek sains korang failed agaknya... Malah pernah terjadi.. si isteri menderita diperli keluarga mentua kononnya menjadi punca tidak memperolehi anak. Sedangkan sebenarnya si isteri menyimpan rahsia bertahun-tahun dan menelan penghinaan semata-mata menjaga nama suami. Selain persoalan 'mengapa isteri yang dituduh' timbul persoalan dalam fikiran saya : 'kenapa perlu menjaga nama suami?' jawapannya kerana.. MASYARAKAT MENGANGGAP MANDUL PERKARA MEMALUKAN...!!!!!

tepuk dada, tanya selera.... bukan bertujuan menyebelahi mana2 pihak.. tetapi isu ini hanya dapat difahami oleh mereka yang mengalami.. jangan berani cakap, "saya faham perasaan kamu" sedangkan u olz tak berada ditempatnya..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma’aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

(Al-Baqarah:286)


nabi Zakaria juga pernah diujji lewat memperoleh zuriat..

bersetuju dengan pendapat blogger ini, ingin saya rumuskan apa yang beliau titipkan dalam blog beliau:

1. ketiadaan anak itu boleh menjadi suatu ujian atau penyelamat. Allah lebih tahu jika tiada anak lebih baik untuk pasangan tertentu.. mungkin kewujudan anak itu akan melalaikan pasangan tadi.. atau kewujudan anak itu boleh mengundang masalah-masalah lain yang hanya Allah yang mengetahui..

2. sebagai balasan terhadap kejahatan yang lalu - Kalau benar, alangkah beruntungnya yang diberi balasan itu ...mudah-mudahan mereka menjadi orang yang sedar dan bertaubat. Jadi mengapa harus memandang rendah? seharusnya kita mencemburuinya kerana Allah memberi dia PERINGATAN untuk bertaubat.. **sekarang u olz jeles tak dengan i?haha!**

nak bagi u olz jeles lagi ni.. golongan2 yang selalu u olz sakiti ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan.. dan saya sangat bersyukur di atas segala kelebihan ini:

1. always in honeymoon mode.. i loike!
2. mempunyai masa senggang yang berlebih2.. sepatutnya laa.. tapi oleh kerana pemikiran rakan sekerja yang jeles, dorang lambakkan kerja pada orang yg single dan belum ada anak.. ye, dorang sememangya jeles!
3. masa untuk refleksi diri, mengenali pasangan lebih baik
4. belajar hidup berpasangan - always in adaptation mode, yeh... esp baru2 kawin mcm i.. **i baru kawin ke?**
5. layan FB n berblog! haha! **jangan marah ye abang..**

okeh2.. get serius! rumusan dari pendapat dan nasihat blogger ini juga ada menyatakan bahawa:

1. Jadikan ruang kosong itu sebab utk merapatkan hubungan suami isteri dan aktiviti-aktiviti lain..
2. Pedulikan apa kata masyarakat
3. Tekanan orang sekeliling pada awal perkahwinan sahaja
4. Kalau kita sabar, teruskan usaha
5. Kalau kita nak sesuatu tak dapat, jangan beria-ia mahukannya. Sebab Allah tahu apa yg terbaik utk kita
6. Sedangkan nabi diuji, apatah lagi kita
7. Ada hikmah disebalik sesuatu
8. Mungkin kita tak layak
9. Berita gembira untuk orang yang sabar. ..ada lagi rasanya tapi byk sangat, tak tersenarai...

kesimpulannya (cececehhh! macam buat thesis lak!):
bagi saya... ia bukan sesuatu yang memalukan. Tidak kira PUNCA dari isteri atau suami. Kerana sejak saya sedar saya sedang diberi ujian, saya jelas dengan Qada' dan Qadar. Selain itu.. kerana saya tahu semua ini hanya pandangan masyarakat yang 'bermata celik tetapi buta' jadi saya perlu menguatkan hati.. yang saya tidak harus malu dengan pandangan masyarakat. Cuma.. mengapa perasaan begitu sensitif bila disentuh isu anak.. itu sukar dihuraikan sehingga kini. Mungkin sedikit masa nanti saya akan kupas mengikut pandangan saya sendiri. Kalaupun ia berkaitan malu.. atau rendah diri.. ia datang dari masyarakat BUKAN dari kefahaman diri sendiri. Kerana ... PENYEKSAAN OLEH MASYARAKAT TIDAK DAPAT KAMI UBAH MELAINKAN MASYARAKAT ITU SENDIRI BELAJAR UNTUK MEMAHAMI.

notakakikuku: tak sabar mendapat berita gembira.. ye, hanya untuk orang yang sabar.. jadi saya kena belajar bersabar dahulu...

sumber manusia: puan nazha rahman
dipetik dari blog: irtiyah (thanks!)

Read more...

Hati ku panas!!! RASA NAK LEMPANG BUDAKKK!!!

>> Sunday, February 7, 2010

OKEH.. terus terang aku cakap, ini entry MAKI HAMUN.. sapa rasa tiada faedah membacanya, sila palingkan pandangan anda dari blog ini…

Hari khamis lalu, bersamaan 4 februari 2010, bertempat di makmal sains 2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANGGAR, I’d discovered some ‘fucking sentence’ **wahhh! Teacher syikin sudah pandai mencarut!!! yg tertulis di salah sebuah meja di bahagian blkg makmal.. siap ada ‘Logo’’ lagikkk! lakaran itu dikaitkan dengan nama 'cikgu syikin'.. Tulisan tersebut sgtla buruk, seburuk hati manusia yg menulis perkataan tersebut! Saya dpt tahu perkara tersebut setelah salah seorang pelajar saya yang baik dan prihatin (nama beliau nisa) mengadukan hal ini kepada saya.. **thanks 2 her!

Dengan semangat berkobar2, pada hari Ahad, iaitu bersamaan dengan 7 februari 2010, saya ke sekolah dengan kamera canggih saya **takda la canggih sgt sebenarnya.. utk mengdokumentasikan perkara ini.. amatlah terkejut saya rasakan apabila rupanya ada lagi tulisan2 yang ditujukan kepada saya di meja2 yang lain yang mana tidak kelihatan pada hari khamis, tetapi muncul dgn tiba2 pada hari ahad!!! Tulisan baru itu sangatla besar, sebesar kepala batu orang yang menulisnya.. **b4 this org tu tulis dgn pen saja, kali ni dgn liquid paper! Tulisan yang lama telah tiada (mungkin dah dipadam)…
yang mengkagumkan saya, waktu pendidikan seni malas pulak kau nak melukis.. tp ni siap lukis body saya lagikkk!!! **wah! saya kelihatan kurus dalam lukisan tersebut!!!!

Dengan hati yang panas dan perasaan yang menggelegak, saya snap tulisan besar itu untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa atas alasan HAVING SEXUAL HARASSMENT at my workplace!!!

Seperti yang anda (yang mengenali diri ini) telah sedia maklum, saya adalah seorang guru mengajar matapelajaran sains dan pendidikan seni and I am dealing with HUMAN that hav an organ called BRAIN, placed on top of their head.. hey, stakat tu je ke u olz boleh pegi?? Hahahaha! Sangat melucukan! Oh my dear beloved students, awak ingat saya terancam ke dgn sume tu? Awak fikir saya mengalami kerugian besar ke bila awak tulis semua tu? Kau fikir, kau siapa? Masa depan kau pun belum tentu lagi.. datang skolah, bila ada masalah, aku juga kau cari.. sakit perut la.. pening la.. nak balikla.. kau ingat, duit gaji aku bkurang ke bila kau buat macam tu???? Kau datAng skolah menuntut ilmu dari pokok pinang tepi sekolah ka? Bila orang pukul kau, dimana tempat kau mengadu? BULLSHIT la kamu yang cari pasal dengan saya.. **minta maaf, seperti yang anda maklum, ini adalah entry maki hamun! DENGAN INI SAYA MENDOAKAN BAHAWA SEMOGA ALLAH AKAN MEMBERI BALASAN TERHADAP MEREKA YANG GELAP HATINYA DAN BUSUK TINGKAH LAKUNYA DAN MENGANIAYA SAUDARA SESAMA ISLAM.. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA ADIL!

Di sekolah saya, menegur murid melakukan kesalahan merupakan suatu KESALAHAN guru yang menegur.. bila guru tidak menegur, mereka ini mampu memijak kepala guru, manusia yang mencurahkan ilmu pada mereka.. kereta guru di ‘hias’ cantik akibat menegur mereka ini.. lukisan2 lucah memenuhi ruang2 kosong yang ada untuk mereka curahkan idea2 dan mengaitkanlakaran2 indah itu dgn guru yang menegur.. HEY! KAMU MURID2 SMKL! YA, KAMU!!! KAMU INGAT, CIKGU DAPAT DUIT KE TEGUR KAMU? KAMU INGAT, DENGAN MENEGUR KAMU, CIKGU DPT JADI JUTAWAN? IDUP BAHAGIA? HAPPILY EVER AFTER??? Peliknya, bila kamu semua berperilaku sedemikian, ADAKAH KAU JUGA MENDAPAT FAEDAH? Wang ringgit??? SEKADAR HATI PUAS, TAPI HIDUP KAMU DIBELENGGU DENGAN DOSA.. itukah yang kamu cari???

notakakikukuku: aku dapat kau, lunyai aku kerjakan!!!!!

Read more...

**tak tahu nak letak tajuk hape

>> Thursday, January 14, 2010

hari ini ari kamis.. spatutnya saya berada di sekolah.. tp skrg berada di rumah.. kenape saya di rumah? sbb saya tak berada di sekolah! hihihihi!

saya sgt sebok.. saya ada banyak kerja.. ya, org lain pun byk keja.. tons and tons of work to b done.. loads and loads to carry... apa yg saya buat skrg? escapism? oohhhhh... lari dari masalah hanya memberi penyelesaian sementara....

the white side said: "dah byk keje, masih nak berblogging? tak reti2 nak buat ke?"

the black side answer: "rileks dulu.. keje ni mmg takkan pernah abes.. abes satu, datang lagi keje lain..."

for this whole week, i hav received tons of new assignments... n most of it actually keje org lain yg tak pernah disiapkan or half-ly done! saya tak suka buat keje sisa org! i hate it! urgh! n saya juga dipaksa memikul tugas2 dimana sepatutnya dilakukan secara group, but i hav to do it alone! saya sgt benci ini org! dlm meeting pandai protes itu dan ini.. tp kalo bab nak menganiaya org lain, sgt hebat! kalo idup lu olang tarak berkat, lu jgn salahkan takdir la wehhhh....

saya mengambil cuti hari ini..CRK pertama utk tahun 2010.. saya bleh je amik MC.. jumpa doc n ckp sakit perut.. cirit.. then minta mc.. padahal saya tidak sakit.. byr rm20 utk obat n skeping kertas.. jimat CRK saya.. tp biarlah org lain buat bgitu... CRK tetap mjadi pilihan... **sedang buat muka poyo

kenapa saya perlu amik cuti? ok.. jawapannya - IKUT SUKA SAYA LAAA! huhu! bukan niat saya nak mengorbankan masa students yg hadir di sklh harini.. tp saya perlu submit data ke PPD hari ini dan menda ni tak siap lagi dan saya sgt tak suka membuatnya dan saya rasa terbeban sbb this is not my part dan saya rasa sakit ati sbb bg keje last minit dan saya rasa letih dan lesu hingga mengganggu P&P saya sbb tiap ari asik tido kul 2-3 pg n balik keje lewat dan saya sakit ati lg skali sbb ini spatutnya keje org 'atasan' dan saya rasa sgt tidak patut sbb gaji saya tak sama dgn GK n PK tp buat keje mcm bangang dan saya rasa tak sabar nak pencen dan saya rasa patut saya isi borg transfer buat kali ketiga dan saya tak puas hati sbb ada org janji nak buat ini dan itu tp apa pun tak buat dan saya tak puas hati skali lg sbb akhirnya saya tpaksa buat sume menda dari menghadiri mesyuarat yg tidak patut sy hadir, hingga anta data ke PPD... **sedang buat muka stress pulak!

ok.. mari buat keje! keje sampai mati!

kill! kill! kill! die! die! die!

Read more...

OMG!!!!!!!!

>> Thursday, January 7, 2010

ok.. ok.. bawak bertendang... tarik napas.. hembusssss... huuuuu...! ok everyone.. stay calm.. b in control..... n continue reading.....

i'm GAINING ANOTHER KILO THIS MONTH!!!!

OMG!

gila! katakan ini sume karut belaka..! ooohhhh!!! tidakkkk!!!! weighing scale ni dah rosak ke spring nye? or, tshirt i ni yg berat? hurm.. mungkin i belum 'membuang' utk hari ini kot!!!! urgh!!! wat everrrrrr!!!!

it's gaining.. n stil rising... it's hav been a week of dieting n challenging myself to reduce the amount of food n stop baking cakes n desserts!n also stop from buying jajan n always bring a no-sugar-mint candy to help me sustained n avoid heavy foods... urghhhh!!!!

DAMN!

need to try harder..

i found this article that i think it is related to me:

"kajian menunjukkan bahawa tekanan boleh meningkatkan pengeluaran sesetengah hormon yang melambatkan pembakaran kalori. jika kamu berasa stress n berat badan pula naik, cuba untuk rileks!!!"
yea... rileks.. dah lama aku tak dengar perkataan ni.. bengong rasanya... aiseh! rileks beb! kalo naik lagi berat i lepas ni, rileks lagi.. dan lagi.. n berat pun btambah lagi.. dan lagi.. dan lagi...
diriku membesar bagai johan!!! tahniah!!! **bengong!



Read more...

>> Tuesday, December 15, 2009

suke sgt lagu ini..

Agnes Monica – Teruskanlah


Pernahkah kau bicara
Tapi tak di dengar
Tak di anggap
Sama sekali


Pernahkan kau tak salah
Tapi disalahkan
Tak di beri
Kesempatan


Reff :

Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku


Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau begitu


Kau tak butuh diriku
Aku patung bagimu
Cinta bukan
kebutuhan mu


Back to reff.


Hoo.. Hooo


Kau dengan dirimu saja
Kau dengan duniamu saja
Teruskan lah.. Teruskan lah
Kau.. kau begitu


Teruskan lah… teruskan lah..



Lirik lagu Agnes Monica – Teruskanlah ini dipersembahkan oleh LirikLaguIndonesia.Net. Kunjungi DownloadLaguIndonesia.Net untuk download MP3 Agnes Monica – Teruskanlah.

Read more...