IKLAN: tiramisu cheese cake

>> Sunday, December 19, 2010

istimewa cake ini adalah tidak perlu baking ye, tuan2 dan puan2.... rasanya juga lazat dan dapat menambah lemak2 tepu di badan! ekekekek!

masa untuk mengedit entry lama telah pun sampai seru.. maaf la kepada sesapa yang ternanti2 resepi cake ni.. ai masih dalam mood cuti, jadik drebar mak pegi langkawi, masak untuk tetamu jauh yang bertandang kat umah i 2minggu... takkan la i nak hadap lappy je kan.. kene entertain dorang sama... makasih la kerana sabar... (mizan, hang tak try recipi cake ni, aku cubit hang!!!)

sebenarnya recipi asal macam lain.. i telah menderhaka resepi tersebut sebab nak buat cake ni sebenarnya agak rumit.. so, i simplified kekdah nya agar sumer orang turut dapat membuat kek ini tanpa rasa ragu kerana kerumitan recipe ini... **bahasa orang masih mabuk laut naik feri**


BAHAN2
  • Sebarang roti keras secukupnya (contoh seperti dalam gambar)

  • cream cheese (i guna brand anchor) 500g
  • whip cream (pun guna brand anchor) 175g - diputar n disejukkan
  • castor sugar 100g
  • kuning telor 3 butir

  • serbuk gelatin (i guna HPA brand i.e. halagel) 8g - direndam dalam 80g air hingga larut

  • serbuk nescafe/kopi 10g
  • gula 125g
  • air panas 300g

KEKDAHNYA:
  1. Larutkan nescafe ngan gula ngan air panas. ketepikan.
  2. larutkan gelatin ngan air. ketepikan.
  3. cream cheese dipotong kecil dan diputar. sambil itu masukkan gula castor dan kuning telur.
  4. putar dengan kelajuan rendah selama 1 minit.
  5. tambah kelajuan dan putar lagi selama 3 minit
  6. perlahankan kelajuan, tuang gelatin yang dah larut perlahan2 dan lemah gemalai.
  7. stop mixer. kaup balikkan adunan ngan whipped cream yg dah putar tadik. sejukkan sebentar.
  8. sediakan sekut keras. letak dalam mangkuk yang seswai.
  9. sekut direndam ngan bancuhan nescafe.
  10. susun sekut yang dah kembang dalam loyang spring (yang khas utk buat cheese cake)
  11. padat2kan sekut tadi. time ni bancuhan nescafe berlebihan akan terkeluar. so, standby kain buruk or dulang utk alas.
  12. tuangkan adunan cheese di atas sekut tadi.
  13. tudung litupkan loyang ngan plastik n letak dlm chiller selama 12 jam.. ye.. 12 jam!
  14. setelah itu putar sedikit whip cream (i pakai 200g. kalo tak suka creamy sgt, leh kurangkan) sampai kembang. lapiskan atas adunan yang dah keras.
  15. ayakkan serbuk koko (i letak 1 sudu besar koko n 1 sudu besar milo) di atasnya.
  16. buka loyang spring dengan berhati2 di jalan raya
  17. taraaaa!!! hidangkan sejuk.. lebih enak dihidang bersama eskrem coklat! nyummehh!!


suppose u have to prepare a choc sponge cake yang padat.. nak beli, macam tak jumpa.. sponge cake yang ringan2 cap giant tu senang la dapat.. so, i gantikan ngan biskut keras ni.. sama je ngan biskut lutut yang orang makan time pantang tu.. cuma yang ni flavor vanilla dia lebih terserlah.. biskut lutut rasa dia lebih berkrim n oily (byk pakai majerin).. so, u ols bleh pilih mana2 sekut yg keras n dapat mengembang dengan jayanya bila rendam ngan air nescafe nanti...


whipped cream perlu di putar hingga betul2 kembang.. nak tau whipped cream dah kembang, u ols try terbalikkan bekas, kalo tak mengalir/tumpah, means memang kompem dah kembang!



sekut yang direndam n mengembang ngan jayanya..



letak dalam chiller doblas jam tau.. u ols jangan ingat i salah taip.. mmg ikut resepi doblas jam.. tapi i letak 2 jam aje lepas tu dah abes separuh dari kek ni di baham!



step terakhir lepas kuarkan dari chiller


tengok! ni baru 2 jam dlm chiller dah separuh tinggalnya... adehhh... tapi kalo letak 12 jam, kek ni lebih kukuh (tak lembik n senang potong)...

sebenarnya, kalo u ols tgk pada angka2 bahagian bahan2 resipi ni, mcm pelik sket, kan.. sebab i buat 1/2 dari resipi asal.. kerana? kerana ai guna loyang spring 10 inch.. suppose kene guna loyang spring 20 inch n buat 2 layer biskut n cheese... tapi yang ini pun dah sedap bangat dah...




nota kakikuku: my dad cakap rasa dia sama ngan cake tiramisu kat hotel! **kembang kempes idung!!**

3 komenz:

Kak Teeha December 24, 2010 at 2:16 PM  

aiyak! kak nazza..

i've been waiting for the recipe tau.. ingatkan u tak update2 lagi pasal tgk tajuk sama je..rupanya dah ada full recipe..

nnt nak try la..rumah i belum ada loyang spring..kena beli ni!

Anonymous December 25, 2010 at 4:45 AM  

lapar!!! *drooling*

naza delizia December 26, 2010 at 10:33 AM  

hehehe! kalo rajin buat ciskek, mmg wajib ada loyang nih.. adik2 i mmg selalu order ciskek esp time birthday... oder air liur je la.. hehehe!