heavenly carrot cake

>> Thursday, November 25, 2010

seperti yang anda sedia maklum... ai buat kek ini khas untuk ibunda ai yang tersayang sempena ngan birthday beliau.. entry sebelum ini dah kuarkan laporan penuh mengenai sambutan tersebut.. dan sekarang tibalah masa untuk reveal the recipe of the cake! jeng! jeng! jeng!






BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang


BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
  3. Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
  4. Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
  5. UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
bersempena dengan publish nya recipe ini, ingin diri ku ini mengucapkan jutaan tengs kepada blogger masakan hebat, MAT GEBU, kerana recipe2 beliau adalah sangat berjaya n takda cacat buat stakat ni.. tak macam dalam buku2 recipe yang ai beli memahal tapi tak menjadik pun!! hihi! untuk melihat sendiri kehebatan carrot cake hasil air tangan MAT GEBU, boleh klik sini...

2 komenz:

Anonymous November 27, 2010 at 7:59 AM  

dah salin :D . heheh !

naza delizia November 30, 2010 at 1:03 PM  

gud! gud! hihihi! jgn lupa try tau..