saya tahu bahwa air tiada.. saya tahu bahwa susah nak masak bila air tiada.. saya tahu saya mandi sekali sehari.. saya tahu bahwa saya perlu jimat dengan air yang sedia ada... tapi perlukah itu sume menjadi penghalang untuk saya mahukan ini:
baiklah.. adakah ianya telah berjaya melelehkan air liur anda? ha! nak lebih meleleh? sila
klik
BAHAN UNTUK PASTRI MANIS :-)
200 g mentega
100 g gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur gred A
420 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan gaul rata)
BAHAN KRIM KASTARD :-)
1 biji telur gred A
30 g gula halus
20 g tepung kastard
100 g susu cair
100 g whipping cream (seperti gambar dibawah)
1/2 camca teh esen vanilla
BAHAN LAIN :-)
Coklat cair secukupnya
Strawberry
Blueberry
Raspberry
Sedikit Apricot glaze + sedikit air panas, kacau rata
UNTUK PASTRI MANIS :- Putar mentega, esen vanilla dan gula hingga rata (tak payah kembang), masukkan telur dan putar sekejap, perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dan adunan menjadi doh. Bulat2kan, tutup dengan plastic cling, rehatkan sebentar.
okeh.. oleh kerana ai tak beli plastic wrap tu, maka ai tutup dengan pinggan aje.. part masukkan tepung tu, ai putar dengan mixer separuh, then uli ngan tangan sebab kesian kat mixer ai yang gigih berusaha nak sebatikan adunan
UNTUK KRIM KASTARD :- Satukan susu dan whipping cream, kacau rata dan masak hingga suam. Dalam bekas lain satukan telur, gula dan tepung kastard, kacau rata. Masukkan susu suam tadi dan kacau bancuhan hingga sebati. Tapis ke dalam mangkuk tahan panas. Masak secara double-boiler sambil terus mengacau hingga pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata. Alih ke dalam bekas lain dan tutup dengan palstik cling untuk mengelakkan krim kastard keras dibahagian atasnya.
ai ni suka menderhaka resipi.. akibatnya, krim kastard tak jadi krim.. jadi ketul2! aiyark!!! so, u ols kene ikut betul2 petua resipi ni yeh... hikhik!
UNTUK KULIT TAT (FLAN) :- Ambil doh anggaran sebesar penumbuk, canai nipis (anggaran 3 mm) antara 2 lapisan plastik, doh mesti lebih lebar dari acuan tat (seperti gambar diatas). Buka satu lapisan plastik, dengan berhati2, terbalikkan ke dalam acuan tat tadi. Ratakan, dan tarik keluar plastik. Kemaskan doh, cucuk permukaannya dengan garfu dan alas dengan aluminium foil, isi kekacang dan bakar 15 minit pada suhu 190C (blind-bake). Kemudian angkat keluar aluminium foil tadi, sambung bakar 5 minit lagi. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
ai punya acuan size kecik aje, so ai tak pakai segala kekacang and canai guna 2 plastik.. ai buat sume dengan tapak tangan aje.. haha! dasar pemalas!!!
UNTUK MULTI-BERRY CUSTARD FLAN : Sapu coklat cair pada dasar kulit tat, ratakan. Paipkan krim kastard seperti dalam gambar. Kemudian susun buah2an mengikut kreativiti masing2. Sapu dengan apricot glaze untuk nampak berkilat.
ai tak beli apricot glaze sebab ai rasa tak berbaloi dengan bilangan flan ni.. ai gantikan ngan diebetic apple jem. boleh juga guna jem2 biasa yang lain.. sebab kat umah ada yang itu aje.. hehe! jimattt!!!
untuk ai, resipi ni menghasilkan 24 biji.. u ols bleh guna acuan pie yang besar.. tapi sebab taknak anak sedara ai curik2 buah di atas flan ini, maka ai buat comel2...
resipi ni nampak renyah.. tapi ekceli sangat senang! cubalah!!!
if nak laporan bergamba yang lebih tepat, sila view
blog mat gebu.. banyak resipi dlm blog ni sangat menjadik! suka!!! and this blog is one of my fav blog! salute la mat gebu nih sebab tetiap hari masak n update recipe! thanks for sharing ya encek mat gebu!!!
6 komenz:
Wahhhh...sgt terliur!!rajinnye u!!!em,teringin tp blom cukup utk memberi diriku semangat utk rajin like u.so,tgk gambar je lah..ahaks!! But seriously, cayalah!!!bon apetit!
u ni kan!
alwayz nak buat rasa gatal tangan nak try resepi ni pulak..
kene curik masa jugak buat ni..
a must try recipe! utk beginner yg baru bjinak2 ngan memasak pun i suggest this recipe to try on! senang wpun nampak bhn dia byk... n sgt nyummie jugak!
haihh.. bikin ayaq liuqku meleleh aihh makcik sorang niee.. :P
ala... dah lama aku tak update kesah2 pemakanan yang menyehatkan ini.. sekali sekala hang meleh ayaq liuq.. jangan lupa lap tu.. nnt jadi ayaq liuq basi! hehehe!
haha..baca blog hang ni mcm baca ujang..i dunno that cooking can be hilarious..teruskan share idea2 karut hang n ur resepi because i loiiike..
Post a Comment