resepi apam polka dot

>> Sunday, June 19, 2011

petang tadi banyak betul projek kat dapur.. dengan tiramisu nye.. dengan apam demam kepialu nye.. dengan karamel lapis nye.. dengan kuah durian n roti benggali nye... packed! hihi! apa2 pun i tak rasa tensen sebab sume tu adalah FOOD BEBEH! IT'S A FOOD!!! mana bleh tension2.. kannnn? hahaha!

meh nak kongsi resepi.. tajuk resepi hari ni adalah...

THE ULTIMATE APAM POLKA DOT! **ngeeeee**


senang bangat nak buat menda alah ni.. sedap.. lembut.. gebu.. nyaman.. sedap.. **eh.. eh.. i dah cakap dah ke tadi?**

di copy dan di paste dari FB sepupu ku yang rajin masak tp badan maintain tak macam hakuuu ini .. huhuhu!

3biji telur di putar bersama 200gm gula halus n 1 cmt ovelete...sampai kembang

  masukkan 275gm tepung kek(d ayak bersama baking powder) berselang seli dgn 150gm susu segar...bila sudah sebati..asing kan ikut warna..masukkan adunan dlm cup..n masukkan jem tutup smula dgn bancuhan n titikkan atas adunan...(gunakan piping bag)..kukus 5-6 min.

sepanjang proses meng-apam dan mengedot, i guna piping bag aje... senang  mudah cepat lazat tema nya.. hihi! cuba la.. n not to forget, i oso selling this apam yg best ni ya.. do visit my other belog ya!!! muacksss!

Read more...

cheezy chiffon cake

>> Friday, June 17, 2011

hurm.. dah tercerna sume dan penyerapan asid amino, glukosa, asid lemak serta gliserol pun dah lama berlangsung... baru ada masa nak hapdet ini resepi.. gebus gilers kek nih! best2!!!






CHIFFON CHEESE CAKE





BAHAN-BAHANNYA :-)
60 ml susu cair
40 g cream cheese
25 g mentega
1/2 camca teh esen vanilla
65 g tepung gandum
4 kuning telur
4 putih telur
100 g gula halus
Secubit garam halus
1/4 camca teh cream of tartar
 
CARA MEMBUATNYA :-)

1.        Satukan cream cheese, susu cair dan mentega dalam bekas tahan panas, cairkan menggunakan kaedah double-boiler (seperti dalam gambar) hingga semua sebati dan bersatu. Alihkan dan biar sejuk sedikit.

2.        Masukkan tepung, gaul rata. Tambah kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan sebentar.

3.        Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis, tambah garam halus dan cream of tartar. Putar hingga kental.

4.        Gaul no.3 ke dalam no. 2 secara kaedah kaup balik hingga rata. Tuang dalam tin chiffon berukuran 23cm (tin tak payah sapu mentega).

5.        Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 35 - 40 minit, bergantung pada oven masing2. Bila kek masak, keluarkan dan terbalikkan tin, biar dalam keadaan begini sehingga sejuk.

6.        Sisip tepi tin dan dasarnya untuk mengeluarkan kek chiffon, potong dan boleh dihidangkan. Kek akan sedikit mengecut bila masak...

walllahhhhh!!! sedap dan gebu.. rasa cheese yang sangat light... nampak ada sedikit rekahan seksi di situuu.. owh... menurut tip pembuatan kek, kek merekah terlebih seksi ada 2 sebab - oven tak cukup panas atau oven panas ter-over! hahaha! mana 1 kesalahan i.. ntahhh!!! hihihi! wat ever it is.. kek tetap SEDAPPPP BANGETTT!!!

Read more...

kek apple lembab gebu

>> Friday, June 10, 2011

tengok tajuk je rasa menggebu2 diri ini nak try recipe.. time mula2 potong, mcm bengkang..tapi bila dah sejuk sikit, memang terselah kegebuan kek ni.. walaupun dia moist kek, kek ni tak terlalu berat.. moisture tu dari apple tu sendiri sebenarnya.. it's a worth trying! memang sedap! tambah2 kalo mkn time panas2.. atas kek ni agak crunchy, itu yg paling menarik.. maybe sebab i tabur gula halus+cinnamon powder kot.. apapun, memang menarik tertarik lah ngan kek ni! ada masa, nak buat lagik!







moist apple cake



  • 1 1/4 cups sugar (DIVIDED 1 and 1/4 cups)
  • 1/2 cup vegetable oil/butter
  • 1 tsp vanilla
  • 200 gm cream cheese
  • 2 large eggs (I used Egg Replacer)
  • 1 1/2 cup flour
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • 1/4 tsp salt
  • 2 tsp cinnamon
  • 3 cups chopped peeled apples (I used red apples)
  1. preheat oven to 175 degree C and spray 9 inch spring-form pan with cooking spray (or lining with baking paper)
  2. Beat 1 c sugar, oil/butter, vanilla and cream cheese until well blended. Add eggs 1 at a time and beat until blended after each. Combine flour, baking powder, and salt. Add dry to creamed mixture and beat on low til blended.
  3. Combine 1/4 cup sugar and cinnamon (to be honest you can use a little less). Combine 2TBSP of cinnamon mixture to apples and mix to coat. Stir apple mixture into batter. Pour batter (it is THICK) into a 9 inch spring form and sprinkle with remaining cinnamon mix.
  4. Bake for 1 hour 15 minutes or until cake pulls away from pan at sides or a toothpick comes out clean. Don’t be afraid-it takes a long time to bake, maybe even longer than written. If it gets too brown cover it loosely with foil.
  5. This is under dessert but it is the best breakfast ever. Make muffins too.
 
i kurangkan sket gula sbb rasa macam dah manis dah.. ;D

Read more...

solemnization n reception - lisa & syah

>> Thursday, June 9, 2011

ah-ha!!! salam peepers! sorry for the long silence.. tak sah kalo cuti skolah, i pun bercuti dari segala kerja termasuk cuti dari meng-online kan diri..

takde mende interesting sangat time cuti.. lebih kepada sakit jiwa dan raga (dengan soalan2 orang yang merimaskan pankreas dan rektum ku ini)

hanya event besar yg berlaku dalam family.. family saya dan family encek suami.. my parents n parents in law dapat menantu! yeay!! **tetiba!!!*

i letak gamba event kat tanah merah dulu yeh.. yg ini event adik i with his wife, happened at tanah merah kelantan..









HAAAA!!!! gamba yang last ni penting.. sebab ini je air tangan i... hahaha! ini adalah sireh junjung kedua selepas i tolong gubah untuk my buddy - MELLY nyer wedding aritu.. tak kesah la bunga idup campur bunga tak berapa idup ke.. asal pada mata i memang menarik sekali! muahahahaha! puji diri sendiri tak hengat!!! this time i buat tinggi sket, then kelam kabut sebab nak tumbang! wakakaka! lawak la... the most important lesson that i learnt is, ORANG LAIN TAK KESAH, WATPE AKU NAK KESAH...! ekekekekek!

Read more...

hamekkaw!!!

>> Thursday, May 26, 2011

my other blog punya la lama tak hapdet, sekali hapdet... AMEKKK!!! sampai berangkai-rangkai... bukan lepas geram ke hape.. bz dengan preparation my bro wedd, then tempahan untuk naza delizia, then sekarang kene marking paper lagik.. then nak kene packing untuk bertolak ke rumah bakal pengantin lagi.. dengan kereta ku yang kemek itu.. hadeh! mikir je pun dah penat.. hahaha!

peepers, jangan lupa untuk view my new product in NAZA DELIZIA! yeay! actually there are more to come.. cuma i je kadang kalut ntah hape2 ntah.. rasa macam keje banyak.. tapi cek fb hari2 boleh pulak! ahahaha! NGENG BETULLL!!!

by the way, terima kasih kepada customer saya yang dah pun jadik repeat customer dan harap lepas ni leh di cop sebagai regular customer pulak! hehehe! suka! suka! suka! lebih men-suka-kan diri ku ini bila ada tempahan dari luar (tempahan bukan datang dari kawan2) iaitu kak ros, staffness dari GH sultanah bahiyah yang buat special request.. makasih la bebanyak.. ALHAMDULILLAH, mungkin inila rezeki i.. syukur sesangat! harap berterusan la..

projek seterusnya adalah mencari resepi untuk buat popcakes sebagai jualan di bawah anjuran KRS SMKL sebab sekolah i yang comel itu memang tak banyak dapat peruntukan tapi banyak duit nak pakai dan i mahu kasut kawad baru dan i sudah tak mahu pinjam sana sini tebal muka 3 inci dan bila pulangkan kasut rosak dan sebagainya kene repair pastu mahal gilos - abes duit aku!!! (taip dengan 1 napas nih!) doakan kejayaan projek i ini.. harap sangat dapat berjalan sebab i rasa i dah berjuang separuh jalan.. lepas dapat semua yang i nak n i puas hati, then i'll stop.. hehe! (mampos! sampai bila baru nak rasa puas hati??)

oh ya... terlanjur berceloteh pasal KRS,  ingin juga menyampaikan jutaan terima kasih terutama kak lizamurni yang banyak membantu tanpa disuruh.. she's so concern and alert with my condition.. terima kasih banyak2.. jangan ambil pusing apa orang kata, memang di mana2 pun akan ada yang mahu jatuhkan kita.. cukuplah sepanjang handle KRS ni, dah banyak sangat perkara yang i dah belajar.. susah nak dapat team mate macam kak lizamurni! thanks so much ya!! god bless us all!!! ameen!

Read more...

tiramisu cheese cake - the altered recipe

>> Monday, May 23, 2011

salam peepers!!!

hari ni nak upload menda makan lagik! yeszaaaa!!! **sabar je la korang ngan aku ni. asik makan je kejenye..**

kek tiramisu ni sebenarnya dah buat few times dgn recipe berbeza.. sblm ni tiramisu dari resepi yg diperoleh dari kedai kek sayang, atas jenama ANCHOR je yg paling menjadi.. lepas buat few times n do some research, i produce my own recipe yg pada tekak i adalah sangat sedap n mudah!!!

ops! ekceli takde la betul2 i cipta resepi ni.. i gabungkan 3 resepi yg i cuba n adjust dia nyer measurement mengikut kesesuaian.. ni namanya derhaka resepi ganda tiga! ekekekek! memula, meh layan gamba dulu...







recipe for this cake:

TIRAMISU YUMMILICIOUS


 Base 9 keping biskut sponge fingers (patahkan 2)
**SAYA pakai kek span perisa coffee beli kat tesco aje 

Filling
 3 kuning telur
 100gm gula kaster
 100ml susu segar
 1 tbsp gelatine + 50ml air panas
 500gm mascorpone atau Phil cream cheese (pada suhu bilik) **SAYA pakai cream cheese aje.. campur 1 cup plain yogurt utk dptkan rasa seperti mascoporne cheese
 200ml UHT whipping cream (di pukul hingga pekat)

Sirap Kopi
 2 tbsp serbuk kopi segera
 2 tbsp gula kaster
 100ml air panas
1 tbs koko powder 
 (Campurkan semua, kacau hingga gula larut)

 Hiasan : 200 ml whipped cream (dipukul hingga bertanduk. whip cream yg btanduk, bukan saya yeh!) dan sedikit serbuk koko

Cara-cara:
 1. Satukan kuning telur, gula dan susu segar. Masak secara double boiler hingga betul2 pekat. Sentiasa kacau agar tidak jadi scramble egg. Ketepikan.
 2. Larutkan gelatin dengan air panas, then larutkan bancuhan kopi **SAYA guna nescafe
 3. Kacau mascorpone cheese dengan sudu (jika menggunakan Phil cream cheese, pukul dengan whisk kerana lebih keras dari mascorpone cheese) hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan No. (1), dan whipping cream, gaul hingga sebati. (if guna yogurt, masukkan time ni yeh). last sekali baru masukkan gelatin yg dah larut.
 4. Celup biskut sponge fingers di dalam sirap kopi, jangan terlalu lama nanti biskut hancur. Letak dan susun biskut tadi ke dalam loyang **SAYA pakai loyang 10" / **SAYA renjis air nescafe ke atas kek span yg disusun rapat dalam loyang
 5. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih. Hias dgn whipped cream dan tabur  serbuk koko sebelum dihidangkan.
  

tips: Jika menggunakan cream cheese Phil, campur 3 tbsp sour cream(krim masam) dan 2 tbsp whipping cream untuk mendapatkan rasa seakan Mascorpone cheese. **saya hanya guna plain yogurt 1 cup aje.. ok je rasa dia! hihi!

notakakikuku: kalo nak lebih bercoklat, disarankan tabur serbuk milo atas sponge fingers/kek before dilapisi dengan adunan cream cheese. jika anda penggemar coffee, leh tambahkan rasa coffee tu, asal kek tak jadi pahit sudehhhh..!!! dan 1 lagi, jika anda menggunakan springform 8", bleh buat separuh dari adunan diatas.. cuma kuning telor kene pakai 2 biji, dan jika guna kek span, kene bahagi 3 (nipiskan layer)

Read more...

pengisian rohani

>> Saturday, May 21, 2011

bahaya jugak if i choose to bake for my stress therapy.. hahaha! mana taknya, aku ynag baked, aku jugak yang makan! yessszzzaaa!!! layaaannnnn................










ops.. tidak lupa untuk attach recipe kat sini.. tak hengat amik dari belog mana.. harap tuan punya resepi halalkan ajela yek.. lgpun i byk derhaka kat recipe di bawah ni.. hihi! i bagi u ols recipe asal yeh..






BREAD AND PEACH PUDDING (i buat BREAD AND ORANGE PUDDING)
  

Bahan:
1 cawan susu segar

4 keping roti sandwich ~ dipotong dadu
1 biji telur A ~ asingkan
1/3 cawan gula castor ~ asingkan 1 sudu besar
secubit garam ^__^
parutan kulit lemon
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar mentega cair
1 sudu teh cream of tartar ~ I gantikan dgn 1 sudu teh jus lemon
sedikit buah peach dalam tin
air panas mendidih secukupnya utk kaedah waterbath

Cara:
Panaskan oven 175C.
Masukkan roti yg dipotong dadu dan susu segar kedalam sebuah mangkuk dan kacau hingga sebati.
Dalam sebuah mangkuk yg berasingan, campurkan kuning telur, gula castor, garam, parutan kulit lemon, jus lemon dan mentega cair. Pukul dgn handwisk hingga sebati.
Tuangkan ke dalam mangkuk berisi roti dan susu segar tadi.
Gaul hingga sebati dan tuangkan ke dalam mangkuk tahan panas yg dah digriskan.
Bakar dalam oven dengan kaedah waterbath selama 30 - 45 min.
Pukul putih telur hingga membentuk soft peak, masukkan jus lemon. Pukul lagi.
Kemudian masukkan gula dan pukul hingga menjadi stiff peak (kental/bertanduk).
Keluarkan puding roti dari oven dan tuangkan adunan putih telur/meringue. Ratakan.
Susun atur hirisan buah peach di atasnya.
Masukkan ke dalam oven yg dinaikkan suhu kepada 185C dan bakar lagi selama 10 - 15 min sehingga meringue menjadi perang.
Keluarkan dari oven dan hidang ketika puding masih suam2 panas.


mana2 yg guna peach tu, i suubstitute ngan orange sebab time nak buat baru perasan stok peach dlm tin takde! hahaha! tapi orange pun sedap jugak!!! nyummehhh!!! 

Read more...

resepi RED VELVET BROWNIES

>> Monday, May 16, 2011

SALAM PEEPERS


setelah dapur baru siap, i terima tempahan ciskek.. n after that, i buat kek ni setelah beberapa lama teringin nak buat dek kerana kemerahan warna kek tersebut..










·              125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus

·                     1/2 sudu kecil garam

·                     60g mentega - suhu bilik

·                     110g gula halus

·                     1 biji telur saiz A - suhu bilik

·                     1/2 sudu kecil essen vanilla

·                     120ml susu segar - suhu bilik

·                     1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren

·                     1/2 sudu kecil pewarna merah - i guna merah strawberi

·                     kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco

·                     1/2 sudu kecil cuka

·                     1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

·                     200g cream cheese - suhu bilik

·                     1 biji telur saiz B@A - suhu bilik

·                     60g gula galus

·                     1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan ambik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...


ekceli resepi ni menghasilkan kek agak padat.. red velvet yg pernah i mkn adalah sgt lembut.. ye la.. nama dia pun dah baldu merah.. suppose kene gebu n lembut mcm baldu la kan.. tapi not bad la.. akan try resepi yg lain pula, yg menggunakan topping mascaporne cheese di atas velvet cake! insyaallah...




nota kakikuku: blogspot buat hal.. susah nak edit.. huhu! nyampah tul!!!

Read more...

the kitchen...

>> Saturday, May 14, 2011

salam peepers...

hurm.. lemah betul bab2 nak edit gamba.. berpeluh2 i dibuatnya! owh.. before showing you my new kitchen (dapur umah my mom, i ni idop menompang aje), nak jugak announce kat sinih, NAZA DELIZIA sudah mula beroperasi ya! yeay!

dengan customer yg telah meng-oder oreo cheese cake, beliau telah berjaya merasmikan dapur i ini.. makasih ye kak zehan...


dapur yang bersepah, belom 100% dikemaskini sebaiknya.. tp tak sabar nak baking n dah segan reject tempahan kengkawan, maka, inila port terbaru i.. ngehehehehe!

harap dapat beri semangat untuk i teruskan perjuangan dalam dunia pem-baking-ngan.. haha! mampos cikgu midah marah aku kalo baca belog aku ni ha.. ekekeekk!

lately, i agak tak bersemangat.. especially kat tempat keje.. too many rumours, too many controversy, too many potpetpotpet... n baking is one of my therapy.. rasa lega sangat dapat baking! bukan setakat tunaikan tempahan orang, i juga berjaya buat red velvet cake (collaborate with my sis)... nantikan resepi red velvet cake i itu yeh!

notakakikuku: MODE NYUMMEH ACTIVATED!!!!

Read more...

penunggu

>> Friday, April 22, 2011

orang kata, umah kita, kalo lelama ditinggalkan, nanti ada menda lain yang duk situ.. contohnya PENUNGGU...

penunggu ni keje dia tunggu aje ke? nak tau jugak skop tugas dia.. dari mana datangnya title 'penunggu' tu.. sebab i rasa kat umah i sekarang ni pun macam ada penunggu.. maksud i, dia suka tunggu at the same spot.. sekali sekala jenguk2 manusia n buat manusia macam i ni hampir2 kene heart attack...  adakah memberikan 'seprais' kepada manusia adalah antara bidang tugas utama bagi sesuatu penunggu? sapa boleh tolong jawab nih...???

i suka buat roti bakar... tak kira masa... nak kunyah apa2 je, suka buat toasted bread.. roti pilihan, tentula gardenia... kat langkawi n sarawak, susah nak jumpa roti cap nih...

tetiba tukar tajuk... ahahahaha! terasa tertipu? (-_-)" eh.. eh.. bukan.. bukan.. belum tukar tajuk.. ada kene mengena pasal penunggu dengan toasted bread nih...

penunggu yang i maksudkan itula yang selalu mengganggu ketenteraman i semasa membuat roti bakar... kadang i rasa semua ni karut tapi hakikatnya kerap berlaku pada diri i...

saya: ~la~ la~ la~ la~ la~ (sedang asyik buat roti bakar)

penunggu: CAKKKK!!! hi! awak buat roti bakar yeh..??? (menjenguk sambil mendongak sedikit)

saya: ................................................................ (blur skejap)
        UWAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (otomatik terjerit bagai orang gila)

penunggu: ish! ish! ish! sahih la manusia ni gila... baik aku masuk balik bawah toaster nih... buang masa aku je..





cicak zaman sekarang memang tak makan saman... hadehhhh... penat aku menjerit!!!

Read more...