tiramisu cheese cake - the altered recipe

>> Monday, May 23, 2011

salam peepers!!!

hari ni nak upload menda makan lagik! yeszaaaa!!! **sabar je la korang ngan aku ni. asik makan je kejenye..**

kek tiramisu ni sebenarnya dah buat few times dgn recipe berbeza.. sblm ni tiramisu dari resepi yg diperoleh dari kedai kek sayang, atas jenama ANCHOR je yg paling menjadi.. lepas buat few times n do some research, i produce my own recipe yg pada tekak i adalah sangat sedap n mudah!!!

ops! ekceli takde la betul2 i cipta resepi ni.. i gabungkan 3 resepi yg i cuba n adjust dia nyer measurement mengikut kesesuaian.. ni namanya derhaka resepi ganda tiga! ekekekek! memula, meh layan gamba dulu...







recipe for this cake:

TIRAMISU YUMMILICIOUS


 Base 9 keping biskut sponge fingers (patahkan 2)
**SAYA pakai kek span perisa coffee beli kat tesco aje 

Filling
 3 kuning telur
 100gm gula kaster
 100ml susu segar
 1 tbsp gelatine + 50ml air panas
 500gm mascorpone atau Phil cream cheese (pada suhu bilik) **SAYA pakai cream cheese aje.. campur 1 cup plain yogurt utk dptkan rasa seperti mascoporne cheese
 200ml UHT whipping cream (di pukul hingga pekat)

Sirap Kopi
 2 tbsp serbuk kopi segera
 2 tbsp gula kaster
 100ml air panas
1 tbs koko powder 
 (Campurkan semua, kacau hingga gula larut)

 Hiasan : 200 ml whipped cream (dipukul hingga bertanduk. whip cream yg btanduk, bukan saya yeh!) dan sedikit serbuk koko

Cara-cara:
 1. Satukan kuning telur, gula dan susu segar. Masak secara double boiler hingga betul2 pekat. Sentiasa kacau agar tidak jadi scramble egg. Ketepikan.
 2. Larutkan gelatin dengan air panas, then larutkan bancuhan kopi **SAYA guna nescafe
 3. Kacau mascorpone cheese dengan sudu (jika menggunakan Phil cream cheese, pukul dengan whisk kerana lebih keras dari mascorpone cheese) hingga lembut dan tidak berketul. Masukkan No. (1), dan whipping cream, gaul hingga sebati. (if guna yogurt, masukkan time ni yeh). last sekali baru masukkan gelatin yg dah larut.
 4. Celup biskut sponge fingers di dalam sirap kopi, jangan terlalu lama nanti biskut hancur. Letak dan susun biskut tadi ke dalam loyang **SAYA pakai loyang 10" / **SAYA renjis air nescafe ke atas kek span yg disusun rapat dalam loyang
 5. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih. Hias dgn whipped cream dan tabur  serbuk koko sebelum dihidangkan.
  

tips: Jika menggunakan cream cheese Phil, campur 3 tbsp sour cream(krim masam) dan 2 tbsp whipping cream untuk mendapatkan rasa seakan Mascorpone cheese. **saya hanya guna plain yogurt 1 cup aje.. ok je rasa dia! hihi!

notakakikuku: kalo nak lebih bercoklat, disarankan tabur serbuk milo atas sponge fingers/kek before dilapisi dengan adunan cream cheese. jika anda penggemar coffee, leh tambahkan rasa coffee tu, asal kek tak jadi pahit sudehhhh..!!! dan 1 lagi, jika anda menggunakan springform 8", bleh buat separuh dari adunan diatas.. cuma kuning telor kene pakai 2 biji, dan jika guna kek span, kene bahagi 3 (nipiskan layer)

2 komenz:

Anonymous June 25, 2011 at 11:56 AM  

akak, saya nk belajar buat resepi ni.. tapi kurang faham la tang nk susun lapisan tu.. boleh akak bagi note tak? maksud sy mula2 susun kek span yg disiram air nescafe tu ke.. pastu apa lak? tolong yer.. mesti anak sy suka.. trma kasih

naza delizia July 1, 2011 at 12:58 AM  

yupp.. mula2 pada dasar springform tu kene letak kek span n tekan2 sket.. then siram ngan coffee syrup, then tuang cream cheese mixture separuh, then ulang ngan layer span tadi, coffee syrup then last skali lebihan cream cheese mixture tu.. tunggu till dah set ( dlm 4 jam dlm peti ais) leh letak whipped cream di atas nya n tabur ngan serbuk koko..