resepi RED VELVET BROWNIES

>> Monday, May 16, 2011

SALAM PEEPERS


setelah dapur baru siap, i terima tempahan ciskek.. n after that, i buat kek ni setelah beberapa lama teringin nak buat dek kerana kemerahan warna kek tersebut..










·              125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus

·                     1/2 sudu kecil garam

·                     60g mentega - suhu bilik

·                     110g gula halus

·                     1 biji telur saiz A - suhu bilik

·                     1/2 sudu kecil essen vanilla

·                     120ml susu segar - suhu bilik

·                     1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren

·                     1/2 sudu kecil pewarna merah - i guna merah strawberi

·                     kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco

·                     1/2 sudu kecil cuka

·                     1/2 sudu kecil baking powder

Lapisan Cheese

·                     200g cream cheese - suhu bilik

·                     1 biji telur saiz B@A - suhu bilik

·                     60g gula galus

·                     1 sudu besar jus lemon

Cara

1. Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.

2. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.

3. Ayak tepung dan garam. Ketepikan.

4. Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.

5. Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.

6. Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.

7. Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.

8. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Lapisan Cheese

Cara

1. Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.

2. Tuang atas kek dan ambik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.

3. Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba...


ekceli resepi ni menghasilkan kek agak padat.. red velvet yg pernah i mkn adalah sgt lembut.. ye la.. nama dia pun dah baldu merah.. suppose kene gebu n lembut mcm baldu la kan.. tapi not bad la.. akan try resepi yg lain pula, yg menggunakan topping mascaporne cheese di atas velvet cake! insyaallah...




nota kakikuku: blogspot buat hal.. susah nak edit.. huhu! nyampah tul!!!

2 komenz:

Wa@Wawek@Siti ;) May 17, 2011 at 8:21 AM  

Sedapnye nampak!! Kenapalah jauh sgt nak order..huhuhu...

naza delizia May 17, 2011 at 10:11 PM  

hehe! baru 1st time try.. outcome resepi ni biasa2 je sebenarnya..