HSG - apekebende tu?

>> Thursday, June 3, 2010

ai tergerak untuk buat entry ni lepas kawan2 ai pakat dok tanya pasal HSG kat ai.. but plz bare in mind, procedure ini bukan utk mereka yg mempunyai masalah infertility saja.. sekadar nak mengetahui tahap kesihatan rahim anda...


Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?
Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan
Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG
1.Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
2.Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
3.Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
4.Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
5.Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
6.Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.

Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.

6 komenz:

Anonymous June 3, 2010 at 2:40 PM  

thx for sharing nazza.
so informative

wanie June 3, 2010 at 3:33 PM  

kak nazza..

thanks for sharing the info...

cik senah June 4, 2010 at 8:08 AM  

huhu.. macam Dr. Sakit Puan arrr.. heheh.. serba boleh arr cikgu syikin niee.. :)

p/s: tq 4 sharing.. - utk aku yg belum lg melangkah ke alam perkahwinan.. hehe

naza delizia June 4, 2010 at 9:11 AM  

bukan ape.. ramai yg tak tau psl ni.. aku pun tau bila dah buat prosedur ni.. and alhamdulillah everything is normal.. kedudukan dan size yg 'cantik' kata doc... hehe!

Irtiyah June 7, 2010 at 7:01 PM  

Salam

Tahniah dah lalui ujian ni. Tahniah ke 2 sebab result yang baik. Teruskan perjalanan.. InsyaAllah semakin dekat dengan impian. :)