blueberrylicious muffin recipe
>> Tuesday, June 1, 2010
baiklah.. atas permintaan ramai **takde la ramai sangat, 3 0rang kira ramai takk?** entry ini adalah untuk anda and also to all the muffin's maniac macam saya.. hihihi! owh.. encik muffin.. nape la anda sangat sedap di telan..........
BAHAN2
Bahan A
• 1 1/2 buku Butter (Sebuku = 250gram)
• 2 cawan Gula Perang
Bahan B
• 4 biji Telur size besar
Bahan C
• 4 cawan Tepung Superfine (saya guna cap BlueKey Superfine)
• 3 sudu teh Baking Powder
• 1 sudu teh Garam Halus
Bahan D
• 2 cawan Susu Segar
• 2 sudu teh Esen Vanila
Bahan E
• 2 cawan Fresh Blueberry (boleh dpt kat giant bhgian fruits or canned)
• Sedikit Kismis Hitam sebagai hiasan
CARA2
1. Pukul "Bahan² A" sehingga kembang
2. Masukkan "Bahan B - Telur" sebiji demi sebiji... Pukul sehingga sebati
3. Ayak "Bahan² C" dan masukkan sedikit demi sedikit di selang selikan dengan "Bahan² D". Ulang sehingga selesai. **kalu guna superfine blue key, tak payah ayak okeh..**
4. Alaskan papercup ke dalam acuan muffin, masukkan satu sudu besar, kemudian masukkan 6-7 biji blueberry segar. dan masukkan sesudu lagi adunan tadi dia bahagian atas.
5. tabur buah kismis hitam sebagai hiasan di atas adunan muffin tadi. Bakar dengan suhu 185-190 darjah celcius selama 30 min.
senang je kannn??? SELAMAT MENCUBA!
1 komenz:
thanks heaps nazza~!
Post a Comment