recipi EGG TART
>> Sunday, May 2, 2010
okeh.. ramai pulak nak buat egg tart ni lepas tengok gamba yang saya upload nih.. sehubungan dengan itu, saya mahu meng-share-kan recipi ini untuk kalian..
yang perlu anda sediakan:
bahan untuk crust
- 2 cawan setengah tepung gandum
- 1/4 cawan gula halus
- 1/4 tsp garam
- 1/2 tsp baking powder
- 1/2 cawan butter (bahagikan kepada beberapa bahagian kecil agar senang nak uli nanti)
- 2 biji telur
bahan untuk filing
- 1 cawan susu cair
- 4 biji telur
- 1 cawan gula halus (saya kurangkan sedikit sebab saya tambahkan senyuman manis je!)
- 1 cawan air
- 2 tbs tepung custard
- 1/2 tsp vanilla essence
- sedikit pewarna kuning jika suka
jom buat egg tart!!!
untuk buat crust:
- campur tepung, gula, baking powder, garam dalam tempat pengayak. ayakkan.
- masukkan butter. sebatikan (guna jari kaki aje pun boleh. saya tak pakai mixer)
- masukkan telur. uli hingga jadi doh. jika melekit, tambah lagi tepung agar jadi segumpal doh. saya buat biar ada lekit2 sket sebab nanti nak canai baru tambah tepung. if u wish untuk taknak mencanai, then boleh letak tepung lebih sket, k?
- ketepikan
untuk buat filing dia pulak!
- pukul gula dengan telur. pukul pakai garfu aje pun takpe.
- masukkan semua bahan filing yang lain tu. campak2 je, okeh?
- kacau hingga mesra.. ewah! mesra youuu!
sediakan acuan tart. kalo takde, bleh guna acuan kek yang saiz kecik and cetek. saya pernah pakai acuan kek. sila refer di sini.
acuan tart saya ni pun baru beli **saja nak bagitau u ols! hehe!**
amik doh yang dah siap tadi, tekan2 dalam acuan tart u ols tu. kalo nak cantik, u ols boleh canai guna roller yeh.. kalo buat acuan kecik2, crust dia nipis2 aje, k? nanti tak berasa pulak filing dia sebab u ols letak crust tebal bebenor.
dah siap? haa.. boleh la tuang filing tadi tu... by this time, u ols akan dapati crust dia jadi kecik sket dari u ols buat awal2 tadi. tak mengapa. ianya akan kembang dalam oven nanti.
then, bakar dalam oven. i tak dapat nak bagi exact temperature and time because i pakai microwave yang dah sedia ada auto setting untuk pie. u ols agak2 la mcm bakar biskut n jangan biar lama sangat sebab menda alah ni cepat masak. agak2 crust dia dah jadik brownish and filling dia dah tak gegar2 bila u goyang, kira dah masak la tu.. k?
dah masak? bawak kuar la dari oven tu, kang hangus pula. tunggu suam2 kuku kaki baru kuarkan dari acuan dia, yeh?
haa.... senang tak kawan2? selamat mencuba ya!!!
p/s: kepada mereka yang takde oven, boleh mencuba recipi yang sama ini dengan kaedah mengukus, ye.. crust dia akan jadi sedap and lembut macam kek, tau! nyum! nyum!!!
2 komenz:
macihh kerana berkongsi resipi.. akan ku coba buat sedaya mungkinnn.. ;P
ye.. coba.. jangan tak coba... cobaannnn...
Post a Comment