trend sanggul tinggi

>> Tuesday, April 27, 2010

first of all, thanks to t.h.e.b.r.i.d.z.a.i.l.a sebab berkongsi info ni.. sangat berguna sebab diri sendiri pun pernah buat jugak kononnya nak nampak segak bergaya tapi diri ini sebenarnya sangat jahil tentang hukum hakam...

okeh.. topik sanggul tinggi ini tidak ditujukan secara spesifik kepada sesiapa.. cuma sebab saya sendiri tak tahu menda ni langsung dan bila tengok keliling rupanya memang ramai buat sanggul tinggi tak kiralah yang pakai tudung ke, free hair ke, pakai shawls ke.. dah namanya trend.. macam saya pun, konon taknak terlepas n konon up-to-date la.. konon... ish.. ish.. ish..

ni ha yang saya nak share with all the muslims peepers out there.. bacalah...



credit to : AishahTur

Mari kita kongsi hadith dimana Rasullah bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

yang bermaksud :

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)



haa.... tuuuu dia! saya mengaku saya pernah buat jugak sanggul tinggi ni dolu2 (masa rambut masih panjang mengurai bak 'simba the white lion' tuuu...) cuma jangan pulak salah anggap yg saya ni berbangga kerana ikut trend sanggul tinggi ni... saya sendiri terkesima **pergh! BM aras tinggi!** dan terkujat sebab tak sangka sanggul tinggi ni tidak dibolehkan dalam agama... so, saya terus nak share dgn u ols la... sebab saya rasa info ni amat bermakna buat saya.. dan harapan agar u ols peepers juga dapat info ni n spread it supaya dapat kita memperbaiki diri.. Insyaallah...

again, kredit to zaila! thanks dear!

peepers, spread the word, bebeh...!!!

10 komenz:

thezaila April 27, 2010 at 4:52 PM  

hi syikin .. sharing is caring.. marilah kita panjang2 kan apa yg kita tahu ni.. sbb sekarang mmg trend sesangat.. i pun pernah buat sekali.. and i'm not proud of it..

Kak Teeha April 27, 2010 at 6:09 PM  

owh..sebenarnya masa saya kawin, mak andam siap tanya kenapa tak simpan rambut panjang2..senang nak sanggul..baru cantik..ala2 arab sikit..

since saya dah tahu benda ni sejak tadika lagi (tadika islam), so saya cakap, saya taknak nampak kepala saya terbonjol menampakkan bentuk rambut..kira aurat jugak tu..

then mak andam tarik muka..cess..sukatilah kan?kita customer..

naza delizia April 27, 2010 at 10:36 PM  

zaila: thanks ya!

fatiha: itula.. orang suka ikut trend je, tp tak tau hukum.. (bcakap pd diri sendiri) akak pun time kawin ada buat gak sanggul tinggi time sesi forografi kat studio.. sib baik kat studio aje.. tapi rasa ralat la jugak.. huhu!

Anonymous April 28, 2010 at 9:45 AM  

thx for this meaningful entry naza

Kak Teeha April 28, 2010 at 9:50 AM  

takpe lah kak naza..sebab kak naza tak tahu masa tu..yg penting kita mohon ampun atas kesalahan kita dan mudah2an diampunkan segala dosa2 kita..

QueenBz April 28, 2010 at 8:22 PM  

ya Allah..betapa jahilnya saya..

thanks 4 sharing..
insyallah akan dikongsikan juga!

Elya Roza April 30, 2010 at 1:17 AM  

ermm betol ke???
tapi yng muslimah2 tu buat jee..celebrity mcm farah adiba semua tu hu3

cik senah April 30, 2010 at 9:44 AM  

elya : kena forward alamat blog nie kat website tv3 lah gamaknyerr.... baru geng2 pengacara/pembaca tv3 "terkesan" cikit dengan perihal sanggoi tinggi niee.. heheh

Juju May 19, 2010 at 5:34 PM  

masyaallah..saya sendiri pun dah terjebak dgn trend terkini..tgk org cantek je bersanggul tinggi, bila dah buat,tak secantek org lain pulak..syukur ada org panjang2 kan info pasal ni..terima kasih sangat2..mohon kebenaran sy nak share info ni dkt blog saya

jue@www.halo-me.blogspot.com