blog - blogging - blogger - bloghoping - roadblock!
>> Thursday, April 29, 2010
pe hal la pulak nak mencarut petang2 nan damai ni.. ish.. ish.. ish... **damai ker?**
aku bermula sebagai reader setia untuk beberapa blogger yang kebanyakannya adalah dari orang kebanyakan.. also known as rerakan aku.. mostly member2 unimas la yg banyak influenced aku untuk jadi bloghopper setia mereka dan akhirnya aku jugak buat blog sendiri yang tah hape2 ni... tapi sekarang dah ada 16 followers - kira femes la jugak kan.. **perasan mode** orang lain siap beribu yg follow, takde pulak bising2 macam aku.. chait!
ramai kawan2 ada tanya pasal blog-memblog nih.. macamana nak start.. pe perlu buat dengan blog.. cane nak promot blog.. cane nak tuka layout.. dan soklan paling ketat aku nak jawab is, APA TUJUAN BLOGGING...
ish.. macamana aku nak jawab eh.. bleh tak aku tanya balik kat orang tu, apa tujuan dia ikut trend fesyen baju... aku rasa jawapan tu lebih kuang kot.. boleh jadi suka2, suka2 buang masa, suka2 buang RM, suka2 nak bagi orang jeles, suka2 nak cari gaduh sebab rasa diri hebat2, suka2 nak kongsi pengalaman dan pendapat, suka2 hati mak bapak tiri sepupu pak tam sebelah mak susuan dia... macam2 lagiklah jawapannya..
meaning, apa pun tujuan blogging ni sebenarnya bergantung kepada individu.. dan yang paling penting bila buat blog, SILA BUKA MINDA TERLEBIH DAHULU.. sebab anda takkan dapat expect ape dan bagaimana sambutan orang terhadap penulisan blog anda.. orang yang belum terbuka pemikirannya akan menyebabkan blog yang dibaca oleh mereka menjadi 'medan peperangan'... heloooo!!! setiap orang ada pendapat yang tersendiri.. dah tau lain padang, lain belalang, pehal pulak nak pertikai pendapat orang.. nama lagi PENDAPAT... aiseh.. paham ke tidak korang nih...??? buat2 paham ajelah.... aku pon tak amik kesah sangat...
**cengkerik**
hurm... aku pon kadang naik fedap dengan blog2 tertentu sebab aku rasa macam tak patut je aku view.. so, aku pon dah lama tak visit blog2 yang aku kategorikan sebagai 'tak sedap, toksah layan' tu... samalah macam korang, rasa tak suka, pehal pulak nak terus baca kat blog aku ni. nampak tak ada icon pangkah kat penjuru atas sebelah kanan tetingkap u ols tuuuu? ha, tunggu ape lagik? **nak klik pun kena aku jugak yang ajar... haih!** bak kata eskrem kat tv tu, HIDUP BIAR SEDAPPP!
kepada blogger yang baru nak mula tu, wishing u best of luck.. ingat ya.. BUKA MINDAAAAA... BUKA MINDAAAA.... (baca dengan suara macam jin) dimana ada kemahuan, di situ ada highway! hahaha! adnan sempit tu yang bagi inspirasi aku tulis topik ni sebenarnya! tima kasih adnan!
**cengkerik lagik!**
dalam hati ada taman...
**lagi cengkerik**
last but not least, AKU MENULIS, BUKAN KERNA NAMAAAAA.....
sekian, terima kasih....
5 komenz:
ehehe!
nazza.. ade sesetengah org yg kelas minda ke-3 .. buat blog sebab nak mengutuk.. mengumpat... bangsa sendiri... hmmm... that is sooo.. saddd. bpelajaran tinggi.. tp akal.. RENDAH !
haha..last picture tu mmg kiut=)
saya pun pernah jugak terdiscover secara tak sengaja 1 blog wrote by someone yg saya pernah kenal & dia mmg pernah tak puas hati dgn saya..
bila baca blog dia,dpt rasa yg dia mmg bc blog sy sbb tiap kali saya tulis entri baru walhal takde kaitan dgn dia pun, dia msti nak kondem..mcm dia pulak terasa..mcm meroyan sorang2 dlm blog sndiri..kesian jgk tgk dia..kelas minda ke-3 rupanya..
dan skrg sy mmg tak baca dah blog dia..lantak dia lah nak baca blog sy,pstu terasa sendiri then meroyan dlm blog sndri..
pelik,kan?benci kita, tapi hari2 nak bc blog kita..SIBUK JEEE...
=)
hehe! macam2 ragam kan? kalo sume orang sama, tak best la pulak.. hehe!
tahniah! da femes..hahah..(^_~)
hehe me also just start blogging.. working w nuffnang but no blog..dah setahun baru la dtg nur terbuka hati wahhh terbuka hati nak berblog..tension bila jumpa nuffnanger smua tanya do u blog?? errr tatau nak jawab apa..finally im a blogger..mari la kita sama2 rajin ngeupdate blog ahh... go naza.. i suppost you
Post a Comment