cerita orang

>> Friday, April 16, 2010

before i proceed, credit untuk this blog http://puisitepijalan.blogspot.com/
saya peroleh thru fatiha, so thanks to you, ya!

last week, seorang rakan guru telah bercerita perihal anak... saya tahu, niatnya hanya untuk berkongsi cerita, takda niat untuk menyindir atau memperlekehkan saya.. sekadar share the moments yang dia hadapi sendiri...

saya namakan guru ini sebagai A

A bercerita perihal anak dan rezeki. pada mulanya i feel quite offended (yela, bab2 ni memang sensitif bagi orang macam aku dan orang yang faham dunia aku, bukan aku sorang je macam ni sebenarnya). aku ni jenis dengar. kalo rasa tak kene aku smash kan aje. nasib baik aku dengar sampai dia abes cerita. kalo tak, tak pasal2 dia kene smash dengan aku. hehe!

okeh, back to the topic!

akak A pernah ada cubaan untuk mengambil anak angkat beberapa tahun yang lalu. A berjaya memperoleh anak angkat ini melalui sorang rakannya yang juga seorang guru. rakannya membantu kak A ini berjumpa dengan si ibu yang sanggup memberikan anaknya kepada orang lain untuk dipelihara. khabarnya si ibu ini mempunyai anak terlalu ramai dan hidup dalam kesempitan yang amat sangat. perkara ini dapat dilihat sendiri dari keadaan rumah ibu malang ini yang serba daif, hidup sebatang kara..

dengan niat seikhlas-ikhlasnya, kak A ni menyuarakan hasratnya untuk memelihara seorang dari anak ibu malang ni. niat beliau itu dipersetujui oleh si ibu tersebut, maka pulanglah akak A ini bersama seorang anak kecil perempuan yang dikatakan berkulit gelap tetapi sangat comel.

hati akak A ini terubat memandangkan beliau mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat. dengan keletah anak angkatnya itu, akak A semakin bersemangat untuk bkerja, mencari wang dan meluangkan masa di rumah. terbit keceriaan akak A ni semasa beliau ceritakan betapa gembiranya beliau diberi peluang menjaga anak kecil itu.

selang beberapa bulan, kesihatan akak A tidak mengizinkan, memaksa beliau menghantar anak angkatnya itu kepada rakannya utk dijaga sementara waktu. berita ini sampai ke telinga si ibu, lalu terus mahu mengambil semula anaknya. tanpa mahu mendengar alasan kenapa anaknya dijaga oleh orang lain, si ibu ini bertindak kasar dan mahu repot kepada polis atas dakwaan menculik anaknya. si ibu menuduh akak A tidak seorang manusia yang tidak bertanggungjawab.

mahu tidak mahu, akak A tiada pilihan lagi.

seminggu selepas kejadian itu, akak A sudah sehat seperti sediakala dan pergi melawat anak angkatnya kerana hati terlalu rindu. pabila sampai, terkejut besar kak A kerana anak angkatnya itu telah DIJUAL kepada pasangan jutawan! rupanya tindakan si ibu mengambil anaknya semula bukan di atas alasan kak A tidak bertanggungjawab, tetapi si ibu mahu mendapat LABA YANG LEBIH!

sewaktu kak A menceritakan hal ini, rasa sebak dihatinya dapat saya rasai.. sudahla membuat kesalahan kerana memperoleh anak luar nikah, dijualnya pula anak itu demi keuntungan.. ini membuatkan saya berfikir panjang... jika ditakdirkan saya mengambil anak angkat, patut atau tidak saya mengambil kira latarbelakang bayi yang tidak bersalah itu? dosa yang si ibu buat bukannya kecil.. dan bukan sekali dua kesalahan sama dilakukan.. dan adakah pasangan yang membela anak angkat sebegini boleh dikatakan seperti tong sampah atau pembersih najis yang telah dilakukan oleh manusia2 sebegini?

membaca blog yang saya telah link di atas, membuat hati saya terdetik untuk menulis hal ini. owner blog itu juga mengalami perkara yang sama. manusia2 kotor ini tahu mereka boleh menjadi KILANG penghasilan bayi, maka dengan sewenang-wenangnya PRODUK mereka dijual dan mendapat keuntungan yang sangat lumayan.

hurm.. sangat sadis... najis mereka dikutip orang lain dengan niat 'nak membantu' tetapi mereka jenis tak serik2.. seolah2 kita membeli tahi dengan harga ribuan ringgit!

nota kakikuku: sehingga kini akak A masih merindui anak angkatnya dan berdoa agar mereka dipertemukan semula.....

0 komenz: