menanti zuriat - isu maruah????

>> Tuesday, March 30, 2010

saya membaca satu blog yang amat menyentuh perasaan saya.. ingin saya kongsi bersama with all the peepers out there.. sebagai suatu ilmu dan juga pandangan peribadi sahaja.. tidak bermaksud untuk menunding jari pada mana2 pihak...

sekarang ni sudah terlalu ramai rakan2 dan kenalan yang berkahwin tetapi masih tidak menampakkan hasil walaupun dah sambut anniversary berulang kali.. tak menampakkan hasil? owh... bagi mereka yang narrow minded, tentu perkataan MANDUL telah terbit keluar dari awan pemikirannya (macam kartun yg kuar lampu dari otak dia tapi dilukis lampu mentol tu dalam awan).. ape2 pun, sebelum saya teruskan, ingin dinyatakan bahawa orang sebegini sebenarnya NGENG!!!

menurut blogger yang berjaya mencuri perhatian saya ini, mempunyai ahli keluarga yang digelar OKU adalah sesuatu yang agak memalukan, terutama bagi keluarga yang tidak redha dengan apa yang telah ditentukan olehNYA.. mempunyai ahli keluarga yang MANDUL juga merupakan sesuatu yang memalukan.. penaakulan mantiknya, golongan OKU = golongan mandul? ye.. itulah realiti... u olz akan jawab TIDAK SAMA tetapi sebenarnya cara u olz treat golongan2 ini sebenarnya tak jauh bezanya.. kannnnn? **sudahla.. korang ngaku je laa...**

saya sendiri dah penat menjawab soalan2 yang sudah tersedia skema jawapannya.. rasa nak rekod suara pun ada.. jawapan cliche sentiasa diberi.. BELUM ADA REZEKI... dan orang kadang tolong jawab sendiri bagi soalan2 yg mereka tanya bila saya tidak menjawab.. dah tau jawapan, watpe nak tanya?? skali lagi, NGENG!!!

bagi mereka yang tidak mengerti, tidakkah mereka tahu bahawa dosa yang paling besar dalam isu ini adalah menuding jari hanya pada si isteri... tahukan anda bahawa untuk menghasilkan janin memerlukan suami? memang subjek sains korang failed agaknya... Malah pernah terjadi.. si isteri menderita diperli keluarga mentua kononnya menjadi punca tidak memperolehi anak. Sedangkan sebenarnya si isteri menyimpan rahsia bertahun-tahun dan menelan penghinaan semata-mata menjaga nama suami. Selain persoalan 'mengapa isteri yang dituduh' timbul persoalan dalam fikiran saya : 'kenapa perlu menjaga nama suami?' jawapannya kerana.. MASYARAKAT MENGANGGAP MANDUL PERKARA MEMALUKAN...!!!!!

tepuk dada, tanya selera.... bukan bertujuan menyebelahi mana2 pihak.. tetapi isu ini hanya dapat difahami oleh mereka yang mengalami.. jangan berani cakap, "saya faham perasaan kamu" sedangkan u olz tak berada ditempatnya..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma’aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

(Al-Baqarah:286)


nabi Zakaria juga pernah diujji lewat memperoleh zuriat..

bersetuju dengan pendapat blogger ini, ingin saya rumuskan apa yang beliau titipkan dalam blog beliau:

1. ketiadaan anak itu boleh menjadi suatu ujian atau penyelamat. Allah lebih tahu jika tiada anak lebih baik untuk pasangan tertentu.. mungkin kewujudan anak itu akan melalaikan pasangan tadi.. atau kewujudan anak itu boleh mengundang masalah-masalah lain yang hanya Allah yang mengetahui..

2. sebagai balasan terhadap kejahatan yang lalu - Kalau benar, alangkah beruntungnya yang diberi balasan itu ...mudah-mudahan mereka menjadi orang yang sedar dan bertaubat. Jadi mengapa harus memandang rendah? seharusnya kita mencemburuinya kerana Allah memberi dia PERINGATAN untuk bertaubat.. **sekarang u olz jeles tak dengan i?haha!**

nak bagi u olz jeles lagi ni.. golongan2 yang selalu u olz sakiti ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan.. dan saya sangat bersyukur di atas segala kelebihan ini:

1. always in honeymoon mode.. i loike!
2. mempunyai masa senggang yang berlebih2.. sepatutnya laa.. tapi oleh kerana pemikiran rakan sekerja yang jeles, dorang lambakkan kerja pada orang yg single dan belum ada anak.. ye, dorang sememangya jeles!
3. masa untuk refleksi diri, mengenali pasangan lebih baik
4. belajar hidup berpasangan - always in adaptation mode, yeh... esp baru2 kawin mcm i.. **i baru kawin ke?**
5. layan FB n berblog! haha! **jangan marah ye abang..**

okeh2.. get serius! rumusan dari pendapat dan nasihat blogger ini juga ada menyatakan bahawa:

1. Jadikan ruang kosong itu sebab utk merapatkan hubungan suami isteri dan aktiviti-aktiviti lain..
2. Pedulikan apa kata masyarakat
3. Tekanan orang sekeliling pada awal perkahwinan sahaja
4. Kalau kita sabar, teruskan usaha
5. Kalau kita nak sesuatu tak dapat, jangan beria-ia mahukannya. Sebab Allah tahu apa yg terbaik utk kita
6. Sedangkan nabi diuji, apatah lagi kita
7. Ada hikmah disebalik sesuatu
8. Mungkin kita tak layak
9. Berita gembira untuk orang yang sabar. ..ada lagi rasanya tapi byk sangat, tak tersenarai...

kesimpulannya (cececehhh! macam buat thesis lak!):
bagi saya... ia bukan sesuatu yang memalukan. Tidak kira PUNCA dari isteri atau suami. Kerana sejak saya sedar saya sedang diberi ujian, saya jelas dengan Qada' dan Qadar. Selain itu.. kerana saya tahu semua ini hanya pandangan masyarakat yang 'bermata celik tetapi buta' jadi saya perlu menguatkan hati.. yang saya tidak harus malu dengan pandangan masyarakat. Cuma.. mengapa perasaan begitu sensitif bila disentuh isu anak.. itu sukar dihuraikan sehingga kini. Mungkin sedikit masa nanti saya akan kupas mengikut pandangan saya sendiri. Kalaupun ia berkaitan malu.. atau rendah diri.. ia datang dari masyarakat BUKAN dari kefahaman diri sendiri. Kerana ... PENYEKSAAN OLEH MASYARAKAT TIDAK DAPAT KAMI UBAH MELAINKAN MASYARAKAT ITU SENDIRI BELAJAR UNTUK MEMAHAMI.

notakakikuku: tak sabar mendapat berita gembira.. ye, hanya untuk orang yang sabar.. jadi saya kena belajar bersabar dahulu...

sumber manusia: puan nazha rahman
dipetik dari blog: irtiyah (thanks!)

7 komenz:

Melly Malik March 31, 2010 at 12:24 AM  

beb,
Even aku x kawen lagi tp aku phmla prasaan hang.

Xpe, kalo Allah x bg kite zuriat awal2 mesti ada hikmah. Kan kite kene percaya, Allah turunkn rezeki dan bala tu dlm bentuk yg mcm2 & semua brsebab. Jgnla kite tgk rezeki dr segi anak je tp kite lupa yg Dia bg kite rezeki dlm bentuk lain.

Aku pun brdoa agar kwn aku ni dpt zuriat yg sihat & soleh. Aminnn...

Anonymous March 31, 2010 at 2:13 AM  

rezeki ALLAH itu ada. hanya lambat dan cepat sahaja. Nazza, cheer up. pelangi pasti datang Insyaallah! Amin :)

Kak Teeha March 31, 2010 at 9:33 AM  

hermm..sy pun dah mula dihujani dgn soalan2 pasal anak ni..jwpn skema, 'belum ada rezeki' ataupun juz mampu tersenyum kambing..

tp mmg sedihlah kalau orang tuduh kita pentingkan diri sendiri..konon kita merancang xnak baby..konon kita nak selamanya hidup berdua..

tp dlm hati siapa tahu, kan?

kalau org ty2 lagi, rasa nak je jawab,

"tunggulah..sperm tengah berenang2 dlm bdn i ni"

boleh tak bg jawapan ni?=)

naza delizia March 31, 2010 at 12:24 PM  

dear all,

entry ini bukan sebab i rasa down sebab belum ada anak, tetapi tentang orang sekitar yang memberikan tekanan kepada golongan seperti kami. i selesa dengan idup i sekarang, walaupun masih mendambakan suatu keajaiban akan berlaku nanti.

to fatiha, masih awal lagi la sayang.. i dah masuk tahun ke-3 tau.. rasa fobia nak balik umah mertua esp bila ada kenduri..

Kak Teeha March 31, 2010 at 1:01 PM  

that's the reason! masih awal lagi but they keep asking & make their own prediction..

janji kita selesa dgn hidup kita, kan?itu yg penting..

=)

naza delizia March 31, 2010 at 3:06 PM  

untuk semua yang telah memberi semangat,dorongan, pandangan dan nasihat... thanks! saya rasa saya cukup kuat menghadapi semua ini cuma ada ketikanya saya rasa ralat dengan sikap segelintir manusia... setahu saya orang melayu memang sangat sensitive berbanding dengan bangsa2 lain di dunia tetapi sebenarnya masih mempunyai minda kelas ketiga walaupun teknologi kita telah pun berada di kelas pertama........

Sumijelly April 1, 2010 at 12:57 PM  

yup...x semestinya tidak mendapat zuriat di kira mandul..
mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu..
mungkin tuhan belum beri rezeki..
sepupu ku dh hampir 5 tahun kahwin..tp x der zuriat... x der pun org kata2 mengata..
tp kalu org luar x tahu la kan...
apa2 pun...berdoa banyak2 pada tuhan..semoga melindingi kita dr musibah...

Sumijelly.com