hari jaya gemilang 2010
>> Wednesday, March 31, 2010
kadang skolah lain besa guna istilah hari anugerah cemerlang.. bagi sekolah yang HEBAT sikit, guna istilah majlis graduasi.. untuk sekolah saya, istilah hari jaya gemilang digunakan.. ape2 pun istilahnya, purpose event ni adalah untuk menghargai usaha dan kejayaan murid2...
okeh.. yang paling cantik tetapi sedikit chubby di tengah2 tu adalah saya.. **saja nak highlight perkataan paling cantik tuu!** bulat gile muka! tambah2 pakai shawl.. bersama2 saya adalah students yang menjayakan koir.. they are awesome! sangat cute dorang ni tau masa atas pentas! i loike!!!!
cikgu rofiza bersama dayang2 beliau.. dayang2 zaman sekarang susah nak cari yang berpinggang lembut.. tapi yang herannya, kalau jumpa bf bleh pulak lembut tengkok! haha! jangan marah.. bukan tujukan kat orang di atas ini yeh... juz being random...
ustaz2 ni sebenarnya ada ramai lagi dalam team ni.. nama pun ustaz, jadi kebanyakannya sangatlah pemalu orangnya.. tawaddu' betul la.. ni team nasyid.. ye, nasyid je.. takde maknanya u olz malu2 amik gambar tapi pegi dating or smoking takde pulak nak rasa malu.. aiseh!
taman herba kebanggaan pengetua.. rasanya la.. aku rasa dia aje yang bangga dengan taman herba ni.. tak sure la pulak.. kene refer kat ustaz zambry.. cikgu qais tu saje je nak promot janggut dia.. kira herba la jugak tuuu.. hehehehe!
ustaz zambry yang berdedikasi.. ye, beliau seorang ustaz.. mana pegi kopiah? okeh, silap.. ini adalah uncle zambry... (tetiba rasa macam nak cakap: 'hi uncle! how do u do? i'm fine, thank u!' hahaha!)
muka cikgu2 yang keboringan.. kalo rasa boring tu, tolong2 la sapu sampah ke.. cuci longkang ke.. ilang la jugak boring tu.. besala, part berucap aje, kompem la boring.. cuba kalo faizal tahir yang berucap depan tu.. kompem rasa best gile walaupun dia cakap dalam bahasa tamil!
yang berkot tu VIP.. yang berbaju batik tu papa rock smkl - tuan haji ramli sarip!
penunggu - setia betul la bebudak berdua ni.. awal2 lagi dah terpacak.. sampai orang konfius tengok dorang ni terlibat ngan koir ke tak... aiseh.. ape pun, bagus! semoga anda berdua dipermudahkan segala urusan... amin!
ex-students smkl yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM juga dijemput bagi memeriahkan majlis..
di sebalik tabir - kesian tau... dorang cakap, tak pernah orang amik gambar dorang wat keje kat bilik jamuan ni.. orang yang in charge dokumentasi sebok amik gamba kat luar n VIP je.. tapi i suka la gamba ni.. sume nampak sweet je... esp yang senyum nampak gigi tu.. ceria betul! hehe!
banyak jugak gamba aku amik.. tapi malas nak upload banyak2.. sebab rasa macam tak berapa best je.. hehe!
tcer ingin ucapkan terima kasih kepada team persembahan, terutamanya team koir kerana memberi kerjasama yang padu dan tidak pernah jemu dengan saya walau anda dimarah kerana menggaru hidung semasa menyanyi... minta maaf atas segala kesilapan terutama pada mereka yang mekapnye senget pada hari itu.. saya nak cepat sebab nak setting kamera.. maaf yeh! huhu! semoga kita dapat bekerjasama lagi di event yang lain... tcer susah nak buat team yang baru if u olz takda nanti... kesianla kat tcer.. hehe! luv u olz!!!
0 komenz:
Post a Comment