diri ini teraniaya..
>> Sunday, February 7, 2010
**ini adalah entry susulan selepas aku rasa nak lempang budak sampai mati...
setelah beberapa ketika saya menyejukkan hati yang menggelegak, barulah saya dapat berfikir dengan lebih baik.. sbb itulah orang selalu pesan, jangan ikutkan amarah.. saya ni memang jenis cepat melenting.. mungkin afterwards saya perlu amik kelas anger management.. hehe!
walaupun hati ini telah reda dari kemarahan, namun ada beberapa perkara yang memusykilan:
1. pengetua aku tak amik tahu hal ini
2. mungkin juga pengetua aku taknak amik tahu - saya bjumpa dengan beliau secara baik untuk mbincangkan hal ini dan ingin mengetahui tindakan susulan yang boleh dilakukan terhadap pesalahlaku, tetapi tiada feedback.. malah ditukar topik.. ada ke patut dia tukar topik pasal nak suruh aku cari budak nak boria time hari anugerah cemerlang (speech day)????? ish! ish! ish!
3. perjumpaan dengan PK HEM juga tidak memberikan maklumbalas terhadap kes ini - kalo perkara yang sama berlaku ke atas mak, isteri n anak mereka, adakah waktu itu baru mereka nak berfikir dengan baik?
4. yang bersungguh2 dalam membantu saya yang teraniaya ini adalah guru-guru biasa yang tidak dapat mengambil sebarang bentuk tindakan kerana kononnya perlu mengikut 'saluran yang betul' di mana saluran tersebut adalah melalui pengetua yang tak amik tahu hal2 kebajikan anak buahnya! by the way, credit to ustaz hery n ustaz abu talib kerana mberi kerjasama n mbantu saya meleraikan kekusutan saya.. smoga ALLAH membalas jasa kalian!
5. keadaan yang sengaja tidak dikawal setelah berlaku kejadian sexual harassment ini akan mbuahkan 'hasil' yang lebih 'bermutu' di masa depan kerana murid2 berasa guru wanita ni sama taraf dengan perempuan murahan.. di aibkan n dijatuhkan maruah kita sesuka hati mereka.. sekalipun mereka/murid itu adalah kawan baik saya, mereka tidak layak untuk berbuat perilaku sedemikian!
6. saya telah meminta kerjasama pengetua untuk membuat suatu sesi mohon maaf secara terbuka di perhimpunan yg dihadiri oleh semua warga SMKL n disaksikan sendiri oleh ibu bapa murid2 tersebut tetapi cadangan ditolak kerana perkara itu kononnya akan memberi kesan terhadap murid n keluarganya - baiklah, kalo itu pilihan pengetua, saya ada penyelesaian sendiri..... sexual harassment boleh didakwa di mahkamah n saya berhak saman malu terhadap keluarga murid tersebut dan pihak sekolah yang tidak memberi kerjasama kepada saya!!!
7. saya juga ada memberikan cadangan bahawa murid2 tersebut dikenakan tindakan sewajarnya (kalo ikutkan rotan la kan?takpun buang skolah je..) dan menulis/menandatangani suatu surat akujanji agar jika mereka mengulangi kesalahan, dengan apa cara sekalipun, mereka tidak lagi layak berada di SMKL.. tetapi pengetua saya cakap "TUNGGU DULU!" baik, saya akan tunggu.. kalo itu yg pengetua nak.. tp saya akan buat tindakan sendiri jika saya rasakan saya tertindas n jika penyelesaian tersebut bukanlah win-win situation!
8. saya sekarang mempunyai mentaliti bahawa sekolah adalah medan untuk murid2 bersikap biadap.. sekolah bukan lagi tempat bagi mereka medapat ilmu.. kenapa begini? cubalah datang ke sekolah saya untuk melihat keadannya!
9. kes-kes besar seperti ini dianggap remeh oleh pihak pentadbiran.. bagaimana nak membentuk generasi cemerlang jika begini sikapnya?
10. saya telah mendapat 'bonus keaiban', imej dan kredibiliti saya sebagai guru tercalar, maruah saya dipijak sesuka hati - belum cukup ke untuk ambil tindakan terhadap persalahlaku???
sebagai rekod, murid yang terlibat adalah merupakan pesalah laku tegar di mana muka merekalah yang selalu merempit, datang skolah lewat, ponteng kelas, bersikap biadap terutama dgn guru wanita, merokok, melakukan vandalisme.. dan pelbagai jenis lagi kesalahan, muka yang sama - itupun belum cukup ke untuk pihak sekolah amik tindakan??? heran... patutla disiplin skolah ini sangat teruk! tindakan yang diambil oleh guru biasa saja, tak memberikan kesan jangka panjang terhadap semua pesalahlaku tegar... ini kerana pihak pentadbiran tidak pernah ambil pusing.. nak tunggu ada cikgu kene rogol dgn budak ke baru rasa kes tu BESAR????
notakakikukuku: saya masih lagi marah rupanya.... hihihi!
4 komenz:
Ya Allah...
Sabarlah nazza dgn dugaan ini.
terkejut sara baca both entry ni.
tibe rase geram yg amat..
yess..saya dpt bayangkan keadaan itu.
Susah kalu deal dgn pengetua/org2 vateran yg selalu cool je 9maybe pengetua tu dh tua kot)...
sabar ye kwnku..Tuhan kan menguji org2 yg DIA sayang.Mungkin lepas ni ada yang manis tersembunyi.
Jgn sedey2 ye..jgn stress2...
thanks sara 4 ur concern.. bila fikir je mesti nak bgenang airmata.. bygkan, macamana nazza nak bdepan dengan budak2.. depa bayangkan apa kat tubuh badan kita, jumpa kita tsengih2 perli kita.. di aibkan n mengganggu perasaan nak bkerja.. ye, mmg sah kerja guru ini kerja yang tidak selamat.. terutama dari segi mental!
semoga hati mu sesejuk salju kelak :D. takpe nazza.. setiap perbuatan.. ade pembalasan ok? chill out!
doa org yg teraniaya adalah sgt makbul...
doa yg baik2 utk diri sendiri je... tak payah doakan utk org yg menganiaya kita walaupun doa semoga mereka diberi balasan.
apply CBBPTB tu... angkat kaki dari sekolah itu.
Post a Comment