geng bas skolah!
>> Sunday, July 26, 2009
di suatu petang yang damai, setelah tamat sesi persekolahan hari itu, saya menunggu bas skolah bsama geng bas skolah yang lain.. saya ada bersama dengan siti, baizura panjang, baizura pendek, nadia dan azwan.. ramai lg yg lain tp mls sgt nak tegur (kcik2 dah pandai menyombong, besar2 dorg nak jd pe tah.. **sigh)
bus skolah kontot berwarna kuning, tertera dengan besar tulisan di badan bus tersebut 'bas sekolah' telah sampai setelah saya dan geng bus skolah mkn sardin roll (sangat rangup! masih tbayang rasanya), sengkuang skeping yang ada sapu kuah rojak n tabur kacang kat atasnya n air anggur yg takda rasa, siap terhadam dalam usus kecil (peristalsis mknn terhadam belum sampai ke usus besar lagi).. disebabkan kami adalah manusia yang bertamadun dan ibubapa serta guru berjaya mendidik kami dgn baik, kami naik bas tersebut dalam keadaan yg teratur sbb kami beratur..
bas berjalan dan sesekali berhenti (sbb nak anta penumpang la..).. saya dan geng bas skolah masih khusyuk menikmati pemandangan bandar yang tak berapa indah (waktu tu alor setar tak brapa membangun sgt).. azwan yang berada di tempat duduk belakang bangun dan cuba mencari tempat duduk baru kerana bus dah smakin lapang.. dan beliau menuju ke arah saya.. saya buat tak eran je.. sbb tgh syok gila layan muka saya kena angin yang masuk melalui lubang tingkap bus yang tak bertingkap tu.. hehe! tah masa bila tah, sedar2 azwan dah duduk sblh saya.. saya tak berasa rimas waktu tu sbb krusi saya bleh muat 5 org (stakat tambah sorg azwan, si kurus keding tu, apala sgt...)
kami merupakan penumpang terakhir pada hari itu.. destinasi kami ialah ke TAMAN MELOR.. on the way ke destinasi, tiba2 saya berasa peha saya panas dan sedikit geli.. saya mengalihkan pandangan saya dari luar tingkap ke peha saya utk melihat apakah yg telah berlaku.. dan sambil itu saya terdengar suara, "peha awak ni cantikla.. putih.. gebu..!"
**sebagai rekod, pinafore adalah pakaian seragam skolah yg majoriti murid2 zaman batu dahulu kala pakai nak pegi skolah...
saya bertindak balas secara sgt rasional terhadap perlakuan beliau yang telah menyentuh peha saya.. saya rempuh azwan ala2 rempuh pemain ragbi dalam tv tu.. dan beliau tersungkur di lantai bus.. dari atas seat, saya melompat memijak perut azwan dan kemudian dengan sepantas kilat saya duduk atas perut beliau dan cuba menumbuk mukanya.. tapi tindakan saya yang terakhir itu tak dpt dilaksanakan kerana geng bus skolah yang lain telah menarik tgn saya ketika itu.. sy sgt tidak puas hati.. sgt tidak puas hati!!
auntie drebar bus bketurunan cina yg kami pangge 'mak nya' memberhentikan bus beliau dgn menggunakan skill emergency break yg telah beliau blaja time memuda dulu.. pada waktu itu baru saya sedar yang kami telah sampai ke TAMAN MELOR - tmn perumahan yg saya diami bersama keluarga saya serta geng bus skolah yang tlh disenaraikan td adalah anak jiran2 saya.. mak nya terjerit-jerit dalam pelat cina yg saya tak brapa nak paham, tp sy tahu niat beliau yg mahu menyuruh kami segera turun dari bus beliau.. **sib baik perempuan cina ni cepat bertindak. kalo tak, mmg lunyai si azwan aku kerjakan!!!
sejak dari kejadian tersebut, azwan tidak lagi naik bus skolah yg sama dgn saya.. thn berikutnya, saya mendapat tahu bahawa azwan telah berpindah rumah n skolah.. saya tak sempat berjumpa dgnnya utk meminta maaf.. dan kini, saya mendapat tahu bahawa azwan bukan lagi dipanggil azwan.. beliau tlh menukar nama kerana telah menjadi PONDAN profesional di suatu tempat yg dirahsiakan... nama baru beliau juga dirahsiakan atas sebab tidak mahu mengaibkan beliau dan keluarga beliau yg mungkin membaca blog saya.. apapun, saya tetap mdoakan yang terbaik utk azwan dan keluarganya.. dan saya sgt berharap bahwa tindakan saya yg memijak perut beliau dahulu bukan penyebab utama beliau bertukar watak... **aiseh! rasa bersalah la pulak..! ke aku salah pijak ar aritu?
4 komenz:
wah..dahsyatnye!!..saya juz setakat pernah kejar bdk lelaki sambil bwk pnyodok keliling sekolah..konon2 nk pukul dia dgn penyodok..tp last2 sy yg sempot!
sbenarnya kejadian berlaku pada tahun 1993... hehe!
lamer tak naik bas skolah ghitewww.. ehehe, salamm
heheh.. alah cik bedah.. i don`t think yg perbuatan memijak si azwan tu menjadi penyebab perubahan dia ketika ini... dia yg pilih nak jadik laghu tuh.. nak wat ghumana kan? lagipunn.. tindakan u tu memang patut pu pada ketika kejadian tersebut berlaku.. rasanya.. kalau jadik kat aku.. heheh.. masak la budak tuh aku kerjakannn..!!
Post a Comment