segalanya sudah TAWAR.... (mode: luahan rasa)

>> Tuesday, March 8, 2011

dah la sebelum ni asik update entry pasal lasik aje.. sekarang nak main luahan rasa hati pulak! memang memboringkan!!! yang menaip ni pun bosan.. apetah lagi yang membaca.. ah! tak kesah la.. asal reda sket kekusutan ai ni...

it's nearly a month i berpenat lelah, pecah peluh, busuk ketiak, perah otak dan keringat demi memenuhi kehendak pentadbir - kononnya nak perkemaih koku especially badan beruniform dan KADET REMAJA SEKOLAH (KRS) terpilih sebagai bahan projek.. atau lebih tepat lagi sebagai bahan eksperimen, mungkin..??

hampir setiap hari diadakan latihan kawad, dan latihan formasi juga seudah bermula baru2 ini.. sebagai sekolah pinggir bandar dan terletak dalam hutan serta tidak ramai yg tahu lokasi sekolah (ye la.. dah duk dalam utan kannn), saya tidak meletak harapan tinggi untuk melihat ke-sukses-an projek ini.. cuma saya cuba melakukan YANG TERBAIK dari diri saya... (tetiba tuka kata ganti nama diri!)

walaupun saya banyak terasa hati with certain people, saya masih meneruskan latihan kawad, semata2 nak tengok pelajar saya masuk bertanding dalam pertandingan kawad unit beruniform peringkat daerah. dan amat mengagumkan apabila pelajar2 yg kebanyakannya mempunyai masalah pembelajaran dan a few yg mempunyai masalah disiplin di sekolah dapat memberi komitment di luar jangkaan! saya kagum dengan mereka! saya tabik dengan semangat mereka! disebabkan SEMANGAT mereka itulah yang mendorong saya meneruskan latihan kawad walaupun tidak mendapat sokongan padu dari pihak koku sekolah. (walhal ni projek 'dia' kan??? ada 'dia' amik tau? ada 'dia' datang n puji pelajar yg dapat bagi komitmen?)

saya tahu, untuk berjaya dan sampai ke puncak, perlu masa yang panjang.. perlu perancangan.. perlu strategi.. dan perlu KEWANGAN YANG KUKUH.. saya tak target untuk dapat nombor 1... tidak sama sekali! sebab saya berpijak di bumi yang nyata.. tapi dah alang2 penat berlatih, biarlah kita buat yang terbaik.. itu yang saya pesan kepada skuad saya.. BUAT YANG TERBAIK! kalau ditakdirkan menang, alhamdulillah..

sebenarnya, kekangan yang timbul dapat diatasi jika pihak yang berkenaan mengambil tindakan dengan lebih awal.. sebab masing2 tahu, sekolah pinggir bandar seperti sekolah ini tidak mendapat peruntukan besar seperti sekolah2 di tengah bandar.. tapi saya mengambil risiko untuk melatih skuad saya, dengan harapan 'dia' berfungsi selari dengan pangkat dan kedudukannya sebagai orang atasan.. ini sekadar tulis nama dan jawatan.. makan hasil gaji pun berdasarkan pangkat dia.. tapi......................... hurm.. malas nak cakap.. andaikata 'dia' nak saman saya atas statement2 ni, saya tak kesah... biar satu malaya tahu kenapa saya bertindak begini.. dan dia sendiri juga yang menanggung malu walaupun dia dapat makan duit hasil dari menyaman saya...

bila saya bising2, saya kelihatan tidak profesional.. bila saya marah2, dikatakan saya memang jenis hangin satu badan.. bila bagi pendapat, tak pernah diterima.. bila menyuarakan masalah, tak pernah bantu untuk selesaikan... bila saya punya alasan sendiri atas segala tindakan saya, diberinya alasan lain yang MEGA KUAT untuk mematahkan alasan2 saya.. hello! saya yang melatih mereka, saya lebih tahu keadaan skuad saya! tak pernah dia sms atau tanya masalah2 yang saya hadapi.. dan akhirnya saya dah hilang kepercayaan pada dia, dah hilang hormat pada dia, dah hilang rasa nak bantu dia terutama dlm hal ehwal koku sekolah..







SAYA


SUDAH


TAWAR


HATI







selepas apa yang berlaku, jangan harap la saya nak libatkan diri dengan koku.. sekelumit dan sebesar kuman pun, saya tak hingin ada sebarang kaitan dengan dia... saya pohon, berilah saya tugas2 lain yang tidak melibatkan dia.. saya serik, pedih dan terluka... dan saya tidak mahu buat keje bodoh lagi! buang masa, tenaga, wang ringgit hanya untuk dapat malu... biarlah orang anggap saya tidak profesional.. saya lebih tahu apa yang saya rasa sekarang.. orang boleh cakap apa saja selagi tak kene batang idung sendiri, kan...?

saya tak tahu macamana nak berdepan dengan ahli skuad saya lepas ni.. rasa bersalah yang amat sangat! saya memperjudikan semangat dan komitmen mereka! dan semua itu takda nilai pada akhirnya? YA ALLAH! teacher minta maaf sangat2.. tiada niat di hati pun nak menyusahkan ahli skuad saya.. saya dah cuba sedaya yang mungkin...

nak mengajar pun sudah hilang semangat.. asik pikir psl KRS yang akhirnya berhenti di jalan buntu.. saya harap semangat saya pulih kembali.. kesian anak murid saya, tengok cikgu mengajar dalam keadaan stress dan 'muka cekang'!






to all KRS squad, i'm really sorry...........................................................................................

0 komenz: