risiko lasik dan jaminan

>> Sunday, February 27, 2011

i selalu diajukan soalan ini.. tak sakit ke? takda side effect ke buat laser2 ni? nanti kirannya tak payah pakai spek sepanjang hayat ke?

hurm.. ok.. to be honest, semasa proses lasik berlangsung, takde la rasa sakit bagai nak mati.. ada sket2 je.. ye.. sakit sikit.. dan sikit yang dimaksudkan di sini adalah sakit seperti senak perut.. erk! tak reti la i nak bagi perumpamaan.. ekceli tak de la sakit mana.. rasa tekanan je kat mata disebabkan oleh mesin laser tu sendiri semasa doc nak shoot laser tu je.. YE!!!.. i found the words! it's TEKANAN! bukan rasa sakit..! (-_-)"

side effect? mm.. takda kesan sampingan.. cuma doc tak gerenti 100%.. setakat ni, nisbah client yang mempunyai kesan sampingan adalah 0.1%  bagi seluruh dunia! ye! seluruh dunia! (baca dengan semangat yang membara okehhh!)

dan jaminan selepas membuat lasik agar tidak rabun kembali - TIADA! memang doc tidak memberi sebarang jaminan kerana semua itu bergantung kepada penjagaan mata selepas membuat lasik.. menjaga mata ni maksud dia, jangan baca dalam gelap... jangan tengok tv dekat2... jangan pandang cahaya yang kuat secara direct... jangan main fb lelama... (ops! thehehehe!) sayangi mata anda! sayangi duit anda buat lasik! maka kompem la kene jaga mata tu kan.. lain la kalo nak buat lasik banyak2 kali sebab taktau nak buat ape dah ngan duit tu! hihihi!

satu soalan glamer yang perlu saya jawab - BERBALOI KE BUAT LASIK BERIBU RIBAN NIH?

ok.. ok.. berbaloi atau tidak, itu terpulang.. memang parents saya tak menggalakkan saya buat lasik ni.. tetapi setelah berbincang mengenai keadaan mata saya sekarang dan kos membuat spek baru setiap tahun dan kos contact lenses saya setiap bulan, personally,  i feel it very worth to make it! bayangkan, kanta spek saya untuk kedua- belah mata saja mencecah harga seribu hengget (most of the time lebih dari itu), belum lagi i nak pilih bingkai spek yang cun melecun.. kompem la harga paling lekeh pun 1.5k kan... kalo setiap tahun i spent 1.5k utk spek, plus contact lense i stok untuk 3 bulan  is rm200, tak termasuk solution dia lagik... setahun i belanja rm800 untuk contact lense saja tau... memandangkan i rabun teruk, i takleh pakai contact lense murah or yang biasa orang beli.. contact lens i adalah custom made n perlu ditempah, that's y harga dia lebih mahal...

so, adakah berbaloi membuat lasik? untuk saya, YA! MEMMMAAAANG BERBALOI!!!

0 komenz: