mari merungut beramai2

>> Sunday, October 10, 2010

lepas aje timbalan perdana menteri kita announce pasal PMR nak dimansuhkan pada 2016, mula la cikgu cikgi 'sembang style kedai kopi' dalam fesbuk bagai nak rak.. abes status2 yg naik pasal pemansuhan PMR di komen sampai panjang berjela.. termasuk la ai.. nak je ai letak komen2 dorg tu (print screen) tp ai rasa macam banyak sangat la pulak.. tak mampu u ols nak baca dengan tulisan cam semut kene trafik jem! ;P


meh ai nak share pe yang dorang komplen:
  1. students takda fokus belajar, cikgu juga takda aim mengaja.. memang msian education ni exam oriented sangat.. tapi untuk sekolah berprestasi rendah, cikgu2 memang perlu exam awam macam ni untuk bantu anak didik
  2. ministry of education takdak RM sbb yuran xm dah mansuh.. lor... sapa suh mansuh yuran.. lagipun, dalam mana2 pembentangan bajet/belanjawan negara, part education ni memang antara yang menjadi keutamaan.. tak faham nape sekarang nak hapuskan PMR pulak.. aiyo!

  3. orang yang buat keputusan memansuhkan PMR tidak mempunyai background dalam education area.. sebab tu nabi suh kita pilih pemimpin dikalangan kita.. meaning, lantik pengetua dari kalangan guru2.. lantik pengarah kesihatan dari kalangan docs.. sebab tu msia punya education tak sama level dengan negara2 maju walhal sendirik ngaku mesia dah maju.. (okeh.. part ni memang laser..)
  4. IPTA/IPTS akan rendahkan standard dorang sebab student sekolah menengah tak dapat achieved standard tinggi yang telah ditetapkan di semua uni/college pada awalnya... (ni ai tak sure betul ke leh jadik cenggini sebab ramai jugak anak mesia pandai bangett!)
  5. penilaian berasaskan sekolah akan menggantikan PMR dan melambakkan keje cikgu
  6. cikgu2 lebih banyak buat extra work dari mengaja - ngasuh budak, jadi doc, jadi pengadil, akauntan, IT n computer, data, keje2 kerani, cleaner, stock checking/inventory, penceramah (pembebel lebih tepat!), manager, runner, surveyor, secretary.. bla.. bla.. bla... (gile kuasa betul cikgu zaman skrg!)
  7. keje cikgu susah dapat claim.. kerani berkelulusan SPM pun dapat duk opis ada ekon.. cikgu ngaja budak tengah padang.. tengah panas.. mostly bilik guru pun takda ekon.. kipas dinding pun dah tercabut dah dekat setahun (aik! macam aku kenal je tempat kejadian nih..)
  8. kerani dapat komputer sorang sejibik, cikgu 30 orang share sejibik komputer... printer? buat hiasan aje sebab ink tak pernah ada...
  9. gaji guru adalah yang terendah starting point nya dalam mana2 gred 41 - inilah yang dikatakan pegawai PROFESIONAL paling low class...??? mm.. maybe...
  10. buat tusyen pun kene minta kebenaran walaupun untuk kebaikan anak2 didik.. bila cikgu buat side income lain, tau pulak nak bising2
  11. buku teks yang dibekalkan tak releven dengan silibus! mentang2 free.. then, cikgu jugak yang kene beli macam2 buku rujukan because wants to meet with the syllabus! takut anak didik tak dapat jawab exam la katakan...
  12. kalo betul nak buat penilaian berasaskan sekolah, kene letak rules ini - SESAPA YANG TAK LULUS, TAKLEH NAIK FORM 4 sebab students form4 skrg pun masih ada yang buta hurup! adehhh!!!
  13. kerja2 kursus bagi subjek sejarah, geog, PEKA sains pun tak releven - bazir masa, tenaga, kertas, wang ringgit aje.. kata dah takde income.. apesal tak mansuhkan aje mende2 macam tu?
  14. pelajar tak datang sekolah sepnjang tahun masih boleh amik exam SPM... macam tu releven ke? baik mansuh jugak SPM tu... takde makna...
  15. banyak sangat komplen... besala.. kerja perguruan ni memang sifat semula jadinya suka komplen (mostly ye.. tak sumer) nanti ada lagi komplen baru, ai tambah sinih... hahaha

haaaa... jenuh tak u ols nak baca???? best kan? last2 dorang cakap, nak ngaja ni kene ikhlas.. supaya mendapat balasan di 'sana' nanti.. mmm.. dah komplen panjang berjela, then buat kesimpulan camtu aje ke? aiseh.. apa kan daya... meh ai nyanyi sket.. ~~aku orang kecil~~ engkau orang besar~ kau ibarat GAJAH~~ ku hanya semut merahhhh~~~~~ la~ la~ la


from my point of view, ai pun tak sure nak cakap macam mana.. ai dalam bidang ni sangat la baru.. and pengalaman ai di sekolah berprestasi rendah membuatkan ai pun macam tak setuju la ngan keputusan nak mansuh PMR... kalo sekolah2 premier ke, sekolah2 elit ke.. ada ke takde PMR, tak jadik masalah bagi dorang... sebab memang dorang datang sekolah nak belajar... dah terdidik macam tu...


bukan nak komplen gaji ke, peruntukan ke, facilities yang tak cukup ke... taaaaakkkk.. ni ai cakap ni part MENGAJA... our core bisnes in this field... siyes, sekolah berprestasi rendah ni kalo dilihat dari pandangan saya, students datang nak cari jodoh aje.. datang sekolah dengan bercelak, perfume, compact powder, blusher... kalo tiada fokus (contohnya tumpuan nak berjaya dalam PMR), memang budak2 macam ni lagi rilek la jawabnya... memangla ada yang tak kesah pun ada PMR tu.. tapi, dengan usaha cikgu, INSYAALLAH, PASTI ada segelintir pelajar2 yang bermasalah ni dapat membuka mata dan hati untuk terima pengajaran cikgu... cikgu2 jugak takde la syok sendiri nak ngaja...


itu pendapat ai aje... tapi yang dapat melihat view ini dengan lebih meluas pastinya dari guru2 yang dah berpuluh tahun dalam bidang ni.. ai tak bantah keputusan kerajaan tu.. cuma ai harap, penggantian PMR tu biarlah releven... kalo setakat nak lambakkan beban pada cikgu, takde makna... kan?


notakakikuku: kalo pegi shopping, orang selalu dpt beza cikgu ngan org2 'kebanyakan' yang lain... agaknya sebab cikgu ni suka tanya macam2 n komplen macam2 kot! hahaha!

1 komenz:

Anonymous October 10, 2010 at 10:52 PM  

'students datang nak cari jodoh aje.. datang sekolah dengan bercelak, perfume, compact powder, blusher'.. sokong nazza..