tak mo lah!!!

>> Wednesday, September 15, 2010

sempena ngan cuti raya yang bersambungan dengan cuti sekolah ni, ramai la pulak yang amik peluang ni nak wat kenduri.. kenduri kawin, kenduri naik umah baru, tahlil.. yang orang beriya nak pegi adalah open house.. kalo dapat jemputan n betul2 buat open house takpe jugak... ni apa kes nak beraya kat umah ai pukul 2 pagi??? setahu ai, ai buat open house time raya pertama aritu je.. kompius jugak ai.. ngok la ko! ko tak pegi sekolah ke? aku cekgu tau! meh aku nak sekolah kan ko! NGOK!!!

ops! baru je bermaafan ai dah mencarut balik.. sorry yeh.. nanti ai minta mahap raya tahun depan pulak! haha! actually ai nak dedicate my congrates to rini razak, membe KPLI dan nurul huda, rakan sejawatan smkl.... u ols memang sangat santekkk lah dengan mekap dan baju bling2 u ols tuh! hahaha! tahniah ye... semoga berkesudahan dengan khabar yang baik dan bahagia hendaknya... lupa pulak.. adik ipar ai pun bertunang jugak kan.. so, to amirullah a.k.a ngah and partner, izarti, congrates jugak.... ai tau u ols happy giler.. asik sengih manjang.. hahah!

mm.. u ols ada dengar tak pasal usul CUEPACS tu.. ala.. pasal opsyen nak lanjutkan usia persaraan dari 58 ke 60 tahun tu.. aiseh.. ai ni nak tunggu pencen 58 tahun tu pun dah rasa terseksa bangat! nak sambung lagi? ooohohohohoooo.. tidak.. tidak...

seperti entry fatiha tu, ai sangat setuju la... lebih2 lagi pasal momentum keje... sebab dah 4 buah sklh ai pegi.. semua bagi alasan yang sama.. masuk je 'tenaga' baru dalam institusi, terus dilambakkan keje itu dan ini kononnya orang lain dah lama dalam bidang tu n dah nak pencen, tak larat (atau lebih tepat lagi dah MALAS) nak buat segala makneka (maknenek dlm slanga lain)... tapi bila ada menda tak kena, kondem itu dan ini and cakap yang 'tenaga baru' ni takda pengalaman nak handle those things.. sehubungan dengan itu, tak payahlah CUEPACS bsusah payah memperjuangkan usul usia persaraan tu.. hehe! syaitan betul ai nih...

sebenarnya ada kebaikannya juga.. ai rasa dorang kene letak benchmark dalam keadaan tertentu saja yang membolehkan individu tu layak meneruskan persaraan sehingga usia 60 tahun.. pengalaman sendiri jugak yang ai nak bagitau ni.. kalo dah tua nyanyuk, bagi arahan tapi kemudian tak hengat, naik turun tangga pun susah, suara dah tak kuat dan tak semangat, macamana orang lain nak respek.. esp dlm bidang perguruan.. suara dan aura tu sangat penting.. nak naik turun tangga mengaja kat bangunan 4 tingkat dengan sakit gout, heart attack, dsb.. releven ke? students pun buat kita ni bahan ejekan aje.. takda maknanya.. kalo individu tu masih kuat bersemangat, berkaliber dan mempunyai daya kempimpinan yang baik, tak salah jika luluskan permohonan lanjutan usia persaraan..

ni ai tengok, yang termengah tercungap kena kejar students sana sini, yang kene hypertension n heart attack duk marah students bab disiplin, yang sakit gout ajar PJK, yang ada buasir duk terjerit terpekik ngaja dalam makmal or bengkel yang luas tanpa bantuan mic... u ols rasa boleh ke dorang mendidik anak bangsa dengan jaya, cemerlang, gemilang n terbilang?

jangan kerana negara jiran buat macam tu, kita pun kene ikut.. mungkin bagi penjawat awam selain dari bidang perguruan tiada masalah dengan lanjutan usia persaraan.. mungkin, ye.. mungkin... tapi honestly, bagi cikgu cikgi, ai rasa dorang kene kaji betul2... kalo betul nak buat, dorang kene tengok n selidik dulu individu tu ok ke tak terutama dari segi kewibawaan, kesihatan dsb... tak ke naya bebudak sekolah dibuatnya... nanti apa2 hal cikgu jugak yang dipersalahkan.. adeh... yela, kalo dah jadi satu2 hal, bukan ada sapa nak ngaku salah.. masing2 nak tunjuk tuding jari kat orang lain.. kan?

untuk diri ai sendirik.. ai memang tak minat la nak keje sampai tua ganyut... kalo umor panjang, lebih baik bawak2 rehat, beribadat, jaga kesihatan, pegi melancong n jaga cucu (kalo ada la..), berkebun ke... nak kejar duit, memang tak kemana.. duit pencen kan ada.. cukup2 la tu.. kalo tua nyanyuk pun ai nak keje jugak, buat bahan maki je nanti.. haha!



nota kakikukuku: serius... 4 ketul sekolah nyer pengalaman dalam masa 4 tahun ngaja.. ai memang suka pindah randah.. idup nomad! haha! jangan tanya ai macamana ai senang dapat pindah yea.. tu sumer rejeki ai! hihihi!

0 komenz: