diri sendiri

>> Sunday, September 5, 2010

tak tahu nak update ape selain dari makanan.. asik2 makanan.. makanan.. dan makanan lagik.. dan makanan lagik.. dan lagik.. dan lagik..! huhu! ai tak mahulah orang label ai sebagai monster pemakanan pulak.. and belog ai ni bukan ikut stream tertentu macam kebanyakan belog.. ini belog cacamerba.. sungguh cacamerba! tiada ketetapan.. tiada format... tiada skema.. **ewah! sejak bila aku pandai berpuitis! gelik aih!!!** tapi nak jugak.. aku pun slalu jugak follow belog fynn jamal ape... hahaha! tapi aku takde la sebagus dia..

ai tergerak hati me-hapdet setelah melihat suatu situasi...

ai bukan orang baik sangat
apatah lagi alim
baik pun dalam erti kata tertentu
tidak baik dalam segala hal
ai tidak sempurna

cuma luangkan sikit masa yang ada
renung kembali
kenapa hasil kerja yang diusahakan
dengan teruk memerah keringat dan kederat
tapi hasilnya biasa2 saja

ingatkah kita
segala kesusahan itu adalah ujian dari-NYA
tapi
tak ramai amik peduli
bila terima kesenangan yang melimpah
sedangkan kesenangan itu juga adalah dugaan dari-NYA

berbalik pada diri sendiri
apakah segalanya telah cukup?
pengisian dunia saja tidak membawa erti
sebok ke sana sini
canang segala susahnya suatu kerjaan
tapi diri sendiri masih ingkar taat bersujud
melatah begitu dan begini bila ditegur
padahal semua orang boleh lihat dan faham
itu adalah suatu kesalahan
harus diperbetulkan
sebelum terlambat

tak perlu hangin satu badan
tak perlu canang pelusuk kota dan kampung
tak perlu melatah teguran diberi
tak perlu mengeluh ditimpa kesusahan

semuanya berbalik pada diri sendiri
diri sendiri
mahu atau tidak
semuanya perihal diri sendiri
berubah atau tidak
bergantung pada diri sendiri



nota kakikukuku: peringatan untuk diri sendiri