teacher's day 2010

>> Saturday, May 15, 2010

ingin diucapkan jutaan THANK YOU kepada semua yang memberikan ucapan dan mendoakan saya sempena dengan hari guru ni.. pengalaman saya masih sedikit, tetapi sedikit sebanyak saya telah mendapat gambaran sebenar liku-liku dan cabaran menjadi seorang guru.. **ayat karangan time SPM daa..**

ada murid tanya saya, "teacher, teacher nak hadiah takkkk?"

saya jawab, "nakkkk! mesti la nakkk! nak sangat2!" saja je saya nak tengok reaksi dia...

murid, "teacher nak hadiah ape? nanti saya belikan, nakkk?" cewah! macam awak tu banyak RM je.. kang aku minta emas satu kedai kangggg.....

saya, "teacher nak kamu bagi kat teacher success!!!" tetiba budak tu buat muka kerut2...

saya, "maksud saya, saya nak kamu berjaya.. kalo tak pandai dalam akademik, sekurangnya awak ada peribadi dan sahsiah yang baik.. Insyaallah, kejayaan menanti awak di hadapan"

**helo, i ni cikgu kannnn.. mestilah kene bagi ayat power.. kepada member2 i, sila jangan ketawa, okehhhh!!!!**

mm.. takda moral value sangat pun citer ni.. cuma nak students sume tau, sebenarnya bukan cikgu je yang nak tengok anak didik dia berjaya.. of course mak bapak dia jugak nak anak dia berjaya.. pepetah budak takde akal ada menyatakan, "kalo sume orang masuk universiti, sapa nak keje bendang?" okeh.. orang nak keje bendang pun kene ada akal yang bijak, baru boleh jadi petani yang berjaya.. kalo dah nak membaca pun tersangkut2, kira2 pun tak reti, ada ke nak untung? ada pahammm?

saya sebenarnya percaya, orang yang berhati baik akan dipermudahkan urusannya oleh ALLAH.. sebab tu students mesti tau, berjaya ni bukan setakat akademik, tapi juga melibatkan unsur2 rohani **bukan nama cikgu rohani yeh** dan pegangan agama tu mesti kuat...

kepada ibu bapa **ada ke makpak students i nak baca ni**, jangan laa serahkan anak anda bulat2 pada guru di sekolah.. sama2 la kita didik anak2 kita **okeh, 'anak2 kita' pulak ye sekarang** janganlah dengan mudah berkata "cikgu buatlah apa yang patut, sebab saya sendiri dah taktau nak buat macamana lagi dah..." seolah olah anda sebagai ibubapa nak lepaskan tanggungjawab dan amik mudah hal anak2 sendiri.. pernah seorang guru memberitahu saya tatkala saya tengah stress dengan students.. saya bgtau, saya dah fedap nak tegur, marah and berleter sebab mereka terlalu degil.. guru ini memberitahu saya,

"berleter dengan budak ni **meaning, students laa** macam kita makan nasi la, cikgu.. cikgu cemuih **means boring** dak makan nasi? memang ada hari kita ada rasa nak makan mi atau bihun, tapi kita takkan tinggal nasi terus, kan?"

bila fikir2 balik, memang ada betulnya.. kita sebagai umat pun selalu kene ingat mengingatkan, inikan pula students yang masih bebudak...

anyway, selamat hari guru kepada semua yang mengajar dan mendidik anak bangsa... selamat hari guru juga kepada cikgu/tutor/lecturer saya di SK Puteri Pandan 2 (KL), SMK Sultanah Asma, matrikulasi KPM ITTAR langkawi, UNIMAS gemilang (sarawak), vet/trainer/animal keeper Underwater world langkawi (walaupun anak murid kita adalah animals! hehe! cute!), vet/trainer/animal keeper zoo taiping and night safari MAZPA course, lecturer di IPG perlis... dan semua yang pernah memberi ilmu kepada saya secara langsung atau tidak.. terima kasih! didoakan anda semua mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH sentiasa... aminnnn...

3 komenz:

Anonymous May 16, 2010 at 6:24 AM  

yeah! nampak suasana yg sgt harmoni di sekolah itu~
happy teachers day nazza!

Kak Teeha May 16, 2010 at 10:45 PM  

eh..eh..kak nazza sekolah puteri pandan 2?

saya puteri pandan 1

=)

naza delizia May 17, 2010 at 12:25 AM  

ziela: ye.. memang 'sangat2' harmoninya.. hehe!

fatiha: owh! yeke! dekat sklh kita tu ada sklh laki kan? dorang selalu ejek sklh kita.. dorang kata sklh putri pondan! hampeh! ne ada budak laki kat sklh kita..