pengisian rohani

>> Tuesday, May 11, 2010

wahai orang-orang yang ditimpa musibah, sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kamu. sebaliknya kamu beruntung kerana ALLAH sentiasa menurunkan sesuatu kepada hamba-hambaNYA dengan ketetapan yang dicelah-celahnya terdapat suatu kelembutan, kasih sayang, pahala, balasan dan juga pilihan. justeru itu, siapa sahaja yang ditimpa musibah yang hebat, ia mesti menghadapinya dengan sabar, pandangan yang jernih dan cara berfikir yang matang. dengan cara begitu, ia akan menyaksikan bahawa ganjaran dari musibah itu adalah:

"serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) satu tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (syurga dan nikmat) dan disebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa" (surah al-Hadid:13)

usaha dan ikhtiar boleh dilakukan sebanyak manapun, tetapi hak untuk menentukan tetap di tangan ALLAH secara mutlak!!!

diolah dari bacaan saya - La Tahzan

2 komenz:

Anonymous May 11, 2010 at 2:28 PM  

is looking forward to read La Tahzan

naza delizia May 11, 2010 at 9:01 PM  

sangat menaikkan semangat bila baca buku ni.. setiap baris ayat penuh makna n terkesan dalam hati.. u should read it!