PANGKOR - day 2 (evening activities @ coral island)

>> Saturday, March 20, 2010

sekian lama saya meninggalkan dunia SCUBA DIVING, kali ini saya berpeluang untuk snorkelling... kira ok la tu.. perasaan rindu nak dive semula sangat membuak2 selepas pergi snorkeling... ada sesiapa nak ajak saya untuk join group SCUBA kat memana tak? let me know yeh!



first timer - ayahanda memberi taklimat asas kepada ibunda.. ibunda nampak sangat konfiden nak snorkeling... chaiyok2!


okeh.. sepatutnya my dad yang pimpin my mom into the water.. tapi my mom was so eager to know how it feels doing the snorkeling activity... hehehe! tak sabar2...!


daddy: "apa yang penting, biskut ni jangan makan sendiri.. ini ikan yang punya.. ingat! ikan yang punya!!!"
mommy: "baiklah!"

actually my mom takut dengan aktiviti air ni.. but she's so sporting and wont let us down sebab datang dah jauh2 ni takkan nak duduk atas batu bawah pokok saja kan... tahniah mama kerana berjaya melakukan aktiviti ini walaupun sebentar cuma.. hehe!


ada gaya macam lifeguard kat sunway lagoon tak? haaa... itula sapal... encek suami tetap anggun bergaya dalam apa jua keadaan.. u olz tak caya... hehehe! ini sebenarnya adalah aktiviti menjaga beg sementara orang lain sebok berhungga dengan biskut n ikan2...



muka saya yang sudah burn dan muka hubby yang memang dah lama burn... ape pun, abang tetap hensem.. dont worry... hehehe! **juz ignore kesengetan spek itu yeh**



baiklah.. kepada students M3P KPLI Sains Menengah dan ERT, u olz ingat tak tempat kita snorkel time BIG dulu? ha... kat batu besar tengah panas tu la kita berkumpul lepas penat snorkeling.. kita makan nasik dengan masak lemak cili padi cik airin kita.. ye, time tu beliau masih lagi CIK yeh... hehe!



ini pulak bahagian lain pada pulau yang sama, di mana kita landing kat sini time berkayak dengan kayak buatan sendiri... saya masih ingat partner saya semasa kayak tu... owh! lovely! hehe!



hanya dari jauh - tapak kita bebudak sains men dan ERT buat khemah.. dan jugak port group aku praktis untuk buat persembahan TERBAIK! yeah! memang terbaik! hahaha!



night activities - lepas makan ikan bakar, perut kenyang suka hati... aktiviti tangkap sotong ni memang disukai ramai kat sini.. sambil2 diorang cuba candat sotong, saya juga tumpang tangkap ikan.. gambar menunjukkan encek suami sedang mencuba joran baru beliau.. hehehe!



hasil tangkapan - encek sotong besar! haaa.. jangan tertipu, ini adalah hasil tangkapan (or should i say hasil candatan?) jiran sebelah kitorang.. budak sekolah rendah beb! terer ah! saya dan encek suami tak berjaya juga kali ini.. takpe.. sila cuba di lain kali...

0 komenz: