nak halalkan ke, tidak?

>> Wednesday, March 3, 2010

hmm.. bila saya nak menulis ni, terfikir pula nanti ada yang cakap saya asik mengutuk students sendiri.. tapi adakah ianya dipanggil kutukan jika perkara ini benar2 berlaku? terimalah kenyataan.. jika saya salah, tampil dan buktikanlah bahawa selama ini saya yang salah...

bermula dengan kereta cikgu dicalarkan, kemudian kes maki hamun cikgu, bersikap biadap dan menunjukkan protes dengan menendang kerusi di depan guru, melakukan gangguan seksual terhadap guru, menunjuk simbol penumbuk pada guru.... sekarang timbul pula kes handphone cikgu diculik.. ramai cikgu2 berkata pada tuam empunya hendphone, halalkan sajalah.. hurm.. kemudian handbag ustazah diselongkar.. kemudian kehilangan IC pelajar lembam.. kemudian mencabar guru melihat 'anu' murid kerana menegur pemakaian baju sekolah yang selekeh.. hurm.. tu baru 10% dari keseluruhan kesalahan2 yang berlaku di sekolah 'kebanggaan' saya... adakah semua ini menunjukkan saya tiada bukti kukuh dalam memberi kenyataan yang benar mengenai sekolah 'hebat' ini? tepuk dada kuat2, tanya la sakit ke takkkk....

percaya atau tidak, semua ini berlaku sejak sekolah dibuka pada 3 januari hingga dah masuk bulan mac.. belum sampai pertengahan tahun pun, dah macam2 kes.. cuba anda bayangkan ke-stress-an guru2 di sekolah ini dan cabaran2 yang kami harungi.. sekolah bukan lagi kawasan yang selamat, tidak kira untuk guru mahupun murid2 sendiri.. sadis kan?

guru wanita dikatakan mendapat cabaran yang lebih hebat kerana murid dikatakan begitu 'kebal' dan langsung tidak takut kepada guru wanita.. bukan hendak menyesali menjadi wanita, dan bukan mahukan murid 'takut' dengan guru wanita.. tapi hanya satu perkara yang sangat mudah dilakukan dan sangat diharapkan oleh guru2 wanita - HORMAT!!! **okeh, teringat pulak time bagi command, 'hormat ke kanaaaaaannnnn! hormat!!!!' **

tidak mahu menyentuh mengenai punca kejadian kes2 ini, saya mahu anda diluar sana fikir2kanlah.. guru2 yang membuat 'onar' bilangannya hanya segelintir cuma.. untuk guru yg berdedikasi, tidak pula dibuat sebarang liputan.. kami dipandang sebagai 'kuli' dalam mendidik generasi akan datang...

tidak mahu menyentuh tentang berbaloi atau tidak mendidik murid2, cuma harapan saya agar mereka berubah ke arah kebaikan dan gunalah akal yang telah dianugerahkan ALLAH sebaik mungkin.. kerana itulah yang membezakan kita sebagai manusia dengan haiwan!!!!

p/s: kalau seorang murid membenci seorang guru sekalipun, berubahlah ke arah kebaikan demi untuk diri sendiri.. bukan kerana cikgu yang suruh.. ada fahammmm???

3 komenz:

Anonymous March 3, 2010 at 3:04 PM  

agreed 120% ! pelajar2 sekalian, kamu semua ade akal.. tolonglah belajar bfikir... jangan blagak mcm orang kelas minda KETIGA!

princess.dHani March 3, 2010 at 4:43 PM  

kao memang tabah.. kalu ako, komfem tiap hari nangis air mata darah... huhuhu

naza delizia March 3, 2010 at 9:34 PM  

ziela: yeah bebeh!

kema: aku ni tak setabah mana beb! ni pun duk consider nak sambung blaja je.. dah tak larat nak gi sekolah dgn keadaan mcm ni.. aku dah hilang motivasi..