acara trek dan padang @ stadium darulaman
>> Thursday, March 25, 2010
hari ini bermulanya acara trek and padang kat stadium.. macam biasa, setiap tahun kebanyakan acara dikuasai oleh sekolah2 sukan.. memang tak bleh compare sebab dorang ada peruntukan khas untuk tu semua berbanding SMKL yang terletak di ulu, tapi kononnya perasan macam sekolah bandar.. hehe...
alhamdulillah, SMKL berjaya membawa pingat perak untuk hari pertama dalam acara lompat kijang.. hanya sedikit perbezaan dengan yang dapat 1st.. takpe, ini sudah cukup bagus dan boleh berbangga... tahniah untuk mar'atus!
ingin juga saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana tidak menjadikan pakaian satu isu besar untuk memperoleh pingat.. tidak seperti atlet2 yang lain, pingat pun takda, tapi ada hati nak bukak tudung n tukar pakai baju jarang (kononnya panas kene pakai jersi) n pakai baju takda lengan (esp the girls).. sebagai guru pengiring, tanggungjawab untuk menjaga disiplin mereka terutama murid perempuan menjadi suatu tanggungjawab...
anda mesti ingat bahwa anda datang membawa nama sekolah.. kalo wakil diri sendiri saja takpe la jugak.. dan anda fikir cantik sangatkah anda dengan muka berbelang kat pipi n dahi tu untuk ditunjuk2 kepada orang ramai? anda rasa lengan anda tu putih dan mulus ke untuk didedahkan? anda rasa ketiak menggerutu dan berbulu anda tu cantik ke untuk ditayangkan?
paling menghampakan, ada pihak yang pandai 'bagi green light' kononnya bersikap terbuka kerana ini adalah SUKAN.. okeh, kalo ALLAH dah tetapkan rezki untuk kamu mendapat pingat, dengan pakai tudung pun Insyaallah akan ada bahagian untuk anda.. kalo tidak didunia, di akhirat pun kene amik kira la...
saya rasa sangat serik dan berharap lain kali saya tidak lagi ditugaskan membawa murid olahraga ni.. bukan ape, bila nak melaksanakan tindakan atau menjaga disiplin, ada pihak yang menghalang.. bila ditanya kenapa perlu buka tudung, jawapan yang saya terima "ala... c**** *** yang bagi!!!" kelu lidah saya ni.. takpelah, anda memang boleh jawab dengan saya di dunia, tapi cubala anda menjawab dengan Tuhan anda di akhirat kelak macam tu... selamat maju jaya!!!
0 komenz:
Post a Comment