ilmu dari mertua

>> Friday, January 22, 2010

baiklah.. ilmu yg telah dipelajari kalo tak amal, takda maknyenye.. karam singh walia ada menyebut, ilmu tanpa amal ibarat bunga kembang tak jadik.. **dia ada sms saya bgtau pepatah ni okeh...

this entry is for those who r interested with tapai pulut.. a home made tapai pulut.. cik marr ada request for the recipe.. tp besala.. org dolu2 ne pakai sukatan tepat dlm liter or sentimeter bagai.. tp nak buat tapai ni sgt senang.. tak perlu pita ukur..

okeh, step pertama.. beras pulut harus dikukus dahulu.. nak tanak cam nasik pun bleh.. sukatan airnya bgantung pada beras pulut, cukup sekadar menenggelamkan beras pulut tu.. meaning, bukan mcm masak nasik okeh... takda guna ruas2 kat jari.. asal tenggelam, agak2 beras pulut bleh lemas, kira ok la tu..


jikalau anda memilih kaedah mengukus, maka tiadalah ia sukatan air yg hendak dinyatakan.. sekadar air kukusan tidak harus terkena pada dasar dimana beras pulut berada (korg paham ke tak ayat aku nih??). setelah beras pulut menjadi separuh masak, hendaklah kamu mengeluarkan ia utk dibilas dgn air sejuk (pastikan air tu rata n kena diseluruh bahagian pulut), tos dan kemudian teruskan kukusan hingga pulut benar2 masak.. tak perlu msk lama sgt. cukup sekadar pulut masak tp ada keras2 sket gitu..



setelah masak n berpuas hati dgn tekstur pulut tersebut, maka keluarkanlah ia dari tempat panas ke suatu talam utk disejukkan.. pastikan pulut benar2 sejok agar tidak menjadi merah tatkala hendak dimakan.. **tapai jd merah bukan sbb org yg buat tu tgh datang bulan okehhhh???



sebaik baiknya, guna talam yg besar.. semakin besar luas permukaan, semakin singkat masa yang diperlukan utk pulut menjadi sejokkk! haa... cikgu sains, kan.. kenala wat hipotesis... mcm buat lab report! ekekekekekek!



while waiting for the pulut become sojuk, saya menge-test daun pisang blakang umah utk digunakan sbg pembalut tapai.. sbb mertua saya ajar, balut guna daun getah.. kat aloq setaq ni, taktau la kat mana nak ghabat (panjat in kedah slang) pokok getah.. tidak sume daun pisang mampu menjadi pembalut tapai.. ini adlh kerana tekstur sesetengah daun pisang yg mudah pecah aka koyak.. jd pembalut tapai bukanla calang2 daun pisang ye... utk makluman, isi di dlm daun pisang di atas adalah span pencuci pinggan mangkuk mak saya!!! hahahahaha!



aktiviti ini dibantu oleh tenaga kerja tambahan.. okeh.. ini adalah encek suami.. sgt hensem ketika sedang mengelap daun pisang!



kepada sesiapa yg tak tau, mari saya perkenalkan.. nama beliau adalah encek ragi.. ragi yg diimport khas dari kelantan.. hehehe!



sesi membungkus bermula.. sukacite saya ingin nyatakan di sini bahwa 1kg beras pulut memerlukan kurang sket dari setengah biji ragi.. saya buat 2kg beras pulut, oleh yg demikian, saya memerlukan 3/4 dari seketul ragi tersebut.. **pandai betul saya mengira!!! ragi hendaklah dihaluskan menjadi serbuk menggunakan jari tangan (jari tangan, okehhh) terlebih dahulu dan ditabur ke atas pulut sejurus selepas ianya sojuk...



antara produk yg telah siap... kalo kat sini, 3 biji tapai daun pisang dijual dgn harga rm1.. di kl, 1 bekas plastik kcik tu dijual dgn harga rm1.. dan isinya sgt sket.. org kedekut mmg cepat kaya! **aar????



setelah siap kesemuanya, bungkus pula dlm plastik.. taktau ape rasionalnye.. maybe nak bagi ahli2 tapai tersebut berada dlm keadaan rapat2 agar tidak kesejukan selama 2 hari..



org dulu2 peram tapai dlm periuk besar.. tp saya sgt malas nak korek periuk besar kat almari belakang rumah kerana perlu berkung fu dgn cicak n lipas, maka saya simpan dlm 2 periuk kukus mak saya.. terima kasih mama!



tutup rapat2 agar tiada anasir luar merosakkan akhlak tapai ini.. letakkan di suatu penjuru.. urm.. tak nak letak kat penjuru pun takpe.. itu sume cadangan hiasan saja... kain polka dot berpetak warna kuning tu adalah penutup toaster.. nape saya perlu bgtau anda disini? kerana ianya adalah hasil kerja tgn saya semasa mengambil kelas ERT yakni KHB di sklh menengah thn 90-an dahulu.. buatan yg sgt cantik dan kemas! hahaha!

notakakiku: proses pemeraman berlangsung slama dua hari dan hanya bleh masuk dlm peti ais setelah benar2 masak

5 komenz:

Anonymous January 23, 2010 at 5:33 AM  

tapaiii.. rindu giler nak makan tapai naza oii..

naza delizia January 23, 2010 at 10:21 PM  

hehe! buatla sendiri.. snang je.. buh dlm tupperware pun boleh...

cik senah January 25, 2010 at 8:31 AM  

hehe.. cikgu sains dah jadik cikgu ERT arr.. syabash betti.. heheh.. hermm... walaupun aku bkn p'gemar tapai.. tapi, bila tgk step2 yg hg tunjuk.. rasa mcm senang nak buat..

herm..kalau aku buattt.. aku nak pelekoh sapa mkn ekkkk..?

ahah!!! pelekoh encek tunangku lerr... sapa lagik..!! heheh... ;)

(p/s : mentang2 dapat tunang pendiam.. keja jd pembuli jer arr aku niee.. hahaha )

naza delizia January 25, 2010 at 3:26 PM  

hehe! dia org asal kltn, kompem suke tapai! hg pelekoh la, dia lg suka! hahaha! aku ada no tepon aduan kes2 buli.. nnt aku bg kat tunang hg na...

cik senah January 26, 2010 at 9:05 AM  

hehe..

elehh.. buli2 manja saja.. teledera pun tak amik port ler.. ;p

tgk arr.. nak kena adakan masa gak buat tapai.. ( nak amik ati lahh katakan.. )

;) hehe

(p/s : nasi dagang punn aku tak besa buat bg cik abg mkn lagik.. erkk?? ntah bila nak buat daaaaa..)