saat diri ini sangat rajin.....
>> Friday, August 7, 2009
actually i try to upload these pictures by yesterday,tp taktau la wifi umah ini sumtimes bengong sket.. n smlm buat hal... so i fed up nak upload.. but then i stil nak buat this entry to share the skills with others, especially mardhiah! hehe! so mar, here's the recipe...
100ml air
45g butter
60g self-raising flour
2 biji telur
Cara-cara
- Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung (if rajin la). Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih bercampur.
- Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
- Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
- Masukkan telur, kacau cepat-cepat lagik...
- Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm (ukur tau! hehe)
- Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. (kalo puff btanduk, tanduk dia cpt hangit!)
- Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. (i main bakar je.. tak ikut pun yg nih.. ok je jadiknye..)
- Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
yg ni saki baki adunan - waiting for its turn to be in oven...
puff yg tlh siap n sdg mengalami tindakbalas eksotermik - mbebaskan haba ke persekitaran.. hihihi! (sila ulangkaji syllabus sains form 4 yeh!) kalo ada yg gelap2 tu, u all buat2 tak nampak, K? and bila dah siap gini, baru i bleh nampak yg sbnrnya i blom master lagik dgn skill mgunakan piping bag - see all the variety of sizes! ada yang bite size.. ada yg mouthfull bite size! hehe! (wat ever lah.. abaikan ye tuan2 n puan2..)
custard cream
saya tak suka cream butter spt puff yg jual kat bakeri. so leh gantikan ngan custard cream.. kalo u all malas, bleh beli instant custard kat kdai jual brg2 bakeri.. and kalo u all lebih mls, tak pyh pakai cream pape, u all bleh guna kaya je... hehe! sedap jugak tau! ni dia bahan utk buat custard cream sendiri..
Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
cara-cara:
- Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
- Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
- Wrap mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
- Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.
i guna peaches (halves) yg dlm tin tu sbg penambah rasa utk puff i.. u all can do the same or gantikan with other fruit slices yg u all pk sesuai...
so, ni la hasilnya dari air tangan saya!
selamat beramal dan selamat mencuba! hehehe!
3 komenz:
wuyoo..!! cik bedah... bravo! bravo! I pun tak reti buat tau menda nie.. kuih yang i reti buat pun.. apom lengang.. biskut cornflakes..popiah manis.. dan.. lempiang ja.. selain cucuq2 yg memang kita sedia maklum dan makan arr..
hat nie.. memang i baru tgk nie.. menarik utk dicuba dan tenkiu kerana b`kongsi ilmu yer..!! hehehe
hihi! bhn2 sgt mudah dan murah.. n snang juga utk dbuat.. cuma memerlkan skill penggunaan piping bag.. try la.. resepi ni kompem sedap! hehe!
pastinya akan ku cuba.. tapi.. aku kena beli oven dulu arr.. baru leh buat.. pastu bg adik susuan aku dan marka aku jd judge masakan aku.. kalau abis dan licin.. kira sedap arr kan..? walaupun depa secara terang-terangan tak ngaku dan kedekut memuji..!! ( slalu jadik..sebab tue aku paham bebenor.. ) hehehe..
Post a Comment