pengalaman setelah lebih setahun tak naik bus ekspress

>> Thursday, August 27, 2009


headline yg berjaya menggambarkan perasaan saya ketika kejadian berlaku

so.. this is a back-dated story..

sjak flight airasia dan MAS menjadi pengangkutan UTAMA saya sejak berada di universiti, saya jarang naik bus.. tambah2 lagi bila kempen airaisa - everyone can fly! yeah! sume org bleh terbang.. (konon!)

recently, tah antu mana rasuk tah, saya dan encek suami decide to buy a bus ticket for going back to kb.. tak pernah lg kitorg bdua naik bus bersama2.. n tak pernah lg kitorg balik kb naik bus! kononnya taknak letihkan badan memandu.. but, lastly.. lebih dari letih! mana taknya, bertolak jam 10 pagi.. kul 1 tghari baru masuk grik.. bus didapati bergerak semakin perlahan.. dan perlahan.. dan perlahan.. sehingga ianya terpaksa diberhentikan! i rasa nak pecat je pakcik drebar bus tu bila dia ckp dia dah agak bus ni akan rosak b4 stat pjalanan td! huh!

pukul 3ptg, bus MUTIARA (take note yeh.. lps ni i taknak naik bus cap mutiara dah!) dengan secara rasminya berhenti.. dikelilingi kawasan bukit bukau.. hutan nan menghijau.. bunyi gemersik fauna.. suasana agak sejuk dan mendamaikan.. tetapi tidak di hati ku ini!!! urgh!



gambar atas - pemandangan dari tempat duduk saya (tempat duduk plg blkg, sblh pintu kecemasan!)
gambar bawah - sayupnye keadaan.. sunyi dan lengang.. beserta dgn hati yg bengang!



keadaan huru-hara di dalam bus... (gambar di atas perlu pengawasan ibubapa @ org dewasa yeh!)

biasanya, bus yg rosak akan menunggu kedatangan bus yg lain utk mengambil penumpang2 yg terkandas.. but this time is different - drebar bus ckp POMEN is on his way! huhuhu! terpaksa menunggu pomen sampai.. n terpaksa menunggu pomen repair bus nih..


beberapa penumpang tgh lepak bersama drebar bus - dlm ati dorg mmg ada rasa nak hempuk drebar bus yg duk buat lawak suh bersahur dlm bus tgh2 utan tuh...

keadaan encek suami yg cuba mengisi masa lapang menunggu pomen dengan memeriksa pintu kecemasan agar ianya berfungsi dgn baik.. bagus utk kecemasan, kan?

sehingga pukul 5 ptg, pomen masih tidak muncul.. keadaan huru hara menjadi semakin haru.. sbb ramai yg tak tahan nak terkencing.. ada jugak yg nak terberak.. tp tak sampai ati nak berak dlm utan berdekatan mahupun berjauhan.. kanak2 yg sebentar tadi bersifat riang telah bertukar mjadi ganazzz sbb rimas dgn keadaan di dlm bus.. jeritan dan lolongan kedengaran menyebabkan penumpang lain rasa nak buat marathon hingga ke KB.. cuma tak sampai ati meninggalkan drebar bus tu, jd plan tu terpaksa dibatalkan atas persetujuan ramai..


keadaan diriku yg menanti dengan penuh sabar agar cepat sampai ke destinasi...
hampir pukul 7, pomen berjaya menjejaki kami... disebabkan terlalu lambat beliau sampai, ramai penumpang telah membuat andaian bahawa beliau tersesat dlm utan ataupun dah masuk gaung ataupun dah ditelan di tasik banding.. ramai yg memanjatkan kesyukuran atas kehadiran pomen tersebut.. setelah beberapa ketika, pomen tu buat gempak pulak.. beliau mengatakan bahwa lupa mbawa perkakas utk mbaiki bus! nasib baik saya tgh tido masa tu.. jika tidak, saya akan mencuri kereta beliau utk balik as semula!
bus tersebut berjaya diselamatkan dan dpt dihidupkan.. saya dan encek suami selamat sampai di KB kira2 jam 10.30 mlm... bygkan.. perjlanan kami tlh mengambil masa 12 jam! uish! sgt mencabar keanjalan bontot saya! sementara menunggu dijemput, encek suami dgn selamba tlh berbaring di atas kerusi simen utk mbetulkan pinggang beliau yg telah senget akibat terlalu lama berada di dalam bus..
lain kali balik KB saya nak try naik keretapi pulak!!!

4 komenz:

cik senah August 28, 2009 at 7:58 AM  

laa... kesiannya dgn dua laki bini nihhh.. samapai 12 jam mengembara dari AS ke KB.. aduhai.. hermm.. terima kasih kerana memberitahu tentang jenama bas " cap ayam" itu.. tidak akan ku pilih utuk ke dmana2 destinasi selepas ini..

heheh.. dulu.. aku penumpang setia TRANSNASIONAL.. sekarang tidak lagi.. okeyy.. kerana.. SANI EKSPRESS telah datanng..!! yey yey bas baru!! tokey bas pun hensemm.. ada ferrari lagikk tauu.. !! heheh

naza delizia August 29, 2009 at 12:05 PM  

ha!tu la..aritu aku mmg nak bli tket sani tu..tp ada booth dia je,blm mula beroperasi..trans lak dh abes..xbyk plihn tket nak p kltn ni..hm..yeke tokeh ensem?nnt nak try p usha lah!

cik senah September 1, 2009 at 7:55 AM  

mesti arr encemm.. outih melepakk.. putih daripada aku laahh to be exact.. heheh.. alah.. dia dulu menyanyi.. kumpulan dia nama impression.. takkan u tak ingat kott.. ada 3 org satu kumpulan.. aku tak berapa ingat arr nama2 anggota kumpulan dia yg lain.. yg pastinyaa.. ahli kumpulan semuanya putih2 melepakk... heheheh..

naza delizia September 2, 2009 at 9:21 PM  

ho...aku tau! Eizlan usop pun 1 of de members kan?owh..buat bisnes bus ni leh pakai ferari noh..aku buat bisnes kain pakai wira je..haha!