atas permintaan - recipe baked macaroni cheese
>> Monday, August 10, 2009
mm.. ingat taknak letak resepi nih coz nnt kang blog saya mjadi hit melebihi website sajionline.com! hehe! owh.. btw, web saji online tu ok gak resepi dia.. u all bleh rujuk website tu nak2 dekat nak posa nih.. bleh bg idea utk juadah bbuka.. tambah2 psngn yg baru kawin n tak berapa reti nak msk tuuu.. sedar2 la.. jgn malas2 mcm i.. i takpe nak malas msk.. sbb i stay dgn mak i! hahaha! mama, tlg yeh.. msk sedap2 utk kitorg... luv u mom! hihihihi!
recipe ni adalah recipe yg telah diubahsuai sedikit mengikut citarasa saya.. dan ianya lebih menjimatkan sbb saya tak guna byk mozarella.. so, now i would like to present to u the recipe... tadaaaa!!!
Macaroni bakar
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
• 3 ulas bawang putih + sbiji bwg besar (ditumbuk)
• 1 paket daging kisar
• 1 tin cendawan butang (dipotong nipis)
• 3 ekor sotong (dipotong nipis)
• 10 ekor udang (dibuang kulit)
• 1/2 paket macaroni (direbus)
• 6 biji telur
• sedikit garam
• minyak untuk menumis
• mayonis, cili sos, cheese mozarella (topping)
Cara-cara:
1. tumis bawang hingga naik wangi
2. masukkan daging kisar, udang, sotong dan cendawan serta garam
3. tutup api. masukkan macaroni yang telah direbus tadi dan kacau sekejap
4. letak telur dan kacau rata (telur boleh pecahkan dulu, kalo malas buh terus pun takpa)
5. sapukan loyang/casserol dengan mentega dan letakkan macaroni yang telah di masak tadi di dalam loyang
6. taburkan cheese mozarella yang telah di sagat di permukaan macaroni tadi sehingga menutupi permukaannya (kat pasaran ada yg jual yg dah sedia disagat)
7. letakkan mayonis dan cili sos di atas cheese tadi. bakar pada suhu 120 selama 45-60minit
8. siap untuk di makan...
sos tu kalo taknak letak pun takpe.. saya suka letak sos sbb bila dibakar aromanya mcm pizza! hehehe! kalo u all nak lebih cheesy, gaul mozarella dlm step 4 yeh... udang tu besanya saya letak lebih byk.. sbb saya tak guna sotong.. sotong ni kalu bakar, liat dia lain mcm sket (my dad pakai gigi palsu, so i hav 2 consider bout him! hehe!) nak gantikan dgn menda lain pun bleh, contohnya tunggul kayu, besi karat atau kulit bewak.. K? slmt mencuba dan selamat beramal!!! hihihi!
1 komenz:
heheh.. rumber nandri cik bedah kerana telah mendedahkan resipi yg nampak sedap dalam kaca komputer dan jugak aku jamin sure sedap kalau cuba buat sendiri.. heheh.. buleh try nie..
** rumber nandri (bahasa tamil) = terima kasih banyak2
*** kalau tersilap eja tue.. sori arr.. maafkan daku kerana sesedapa rasa jer eja.. apa2 pun.. aku cuma menyahut seruan SATU MALAYSIA.. Merdeka kan nak dekat.. hehehe..
Post a Comment